Khamis, 15 Januari 2015

Sembang Pasai Anis & Sekolah

Hari ni dah masuk 4 hari bersekolah...Hati aku masih was2 nak tinggalkan dowang lebih2 lagi Anis. maklum la baru masuk darjah 1...banyak lagi kena belajar. Pagi dah sekolah Agama Rakyat..petang baru sek keb. Ammar lak sekolah agama petang pagi sekolah keb...bersilang . Sian penat dowang, balik sekolah pagi sure terkejar2 nak gi sekolah petang pulak.

Ammar dah biasa , tapi dalam dah biasa2 pun still wat perangai ermmm anak2. Anis 1st day sekolah punya excited leh dia bangun 5.15 pagi...dia yang kejutkan aku hahahha...bila dah masuk ke 4 hari mula la macam2 tak kena. Pasai tudung pun leh meraung huhuhu..Susah betoi anak dara sorang ni... payah nak paham apa y ang dia tak suka dan suka...aku jadi stress tau. Yang dia tau dok meleleh jer. 

Semalam Ammar n Anis dah naik van...Anis yang paling aku risau bantai nyer salah van hah sudah payah tu...driver van pulak bertukar2 orang, sure dia tak kenal muka2 budak ni. Sekolah pagi ramai ler sampai berdiri2 dalam van tu sekolah petang clear la sikit,,, Aku ajar Anis jadi ganas sikit hahahha tapi jangan sampai ler tolak2 jatuh anak orang kang tak pasal2 anak aku dapat label pembuli pulak. Macam pagi tadi...Anis boleh pulak biarkan orang naik dulu sekali turn dia ader pulak budak pompuan ni tolak dia ke belakang ish2 berani btoi budak tu sedangkan Mak Anis dok kat belakang ni ermmmmm payah kalu dok berlembut sangat ni kang orang pijak kepala. Dari dulu aku ajar Anis jadi tegas bukan garang...kalu garang pun bertempat jangan sampai orang buli kita.

Dulu aku tak pun sekolah pagi petang ni...hbs jer sek keb hbs la....banyak masa, so petang2 leh main nak zzzzzzzzzzzz pun blh , sekarang budak2 padat tu belum aktiviti lain...ermmmm sian ke dowang. Anis punya penat 1st day balik sek petang belum pukul 7 dah terbungkang tido.... apa nak buat nak jadi bijak pandai macam ni ler kena berkorban sikit.

Hari ni aku tak tunggu dah Anis iyer ler dah start keje,  time rehat pandai2 la ye...berdikari. Wat bekal so tak yah membeli di kantin. Ramai berebut2 kang tak pasai2 mandi dengan mee or nasi lebih dasat mandi dengan kuah sup... Ader sesuatu yang tak kena aku rasa kantin sekolah tu,,,hahhaha nanti kita kaji yer tapi aku tak suka cara pengurusan dowang slow dan paling aku tak suka ader ker kaunter kantin ader stage of kos ader tangga sempit dan bahaya. Nanti aku snap bagi korang nilai sendiri.. 

hari pertama, muka kerek tapi suka sangat  meleleh apa citta???? hahahhaa
Hari pertama sampai kol 4 aku dok sekolah sampai bengkak kaki la.. tunggu dapat kelas dah sekian...nak tggu rehat dah sekian...ermmm memang masa tu mak bapak yang excited tapi tahun ni tak der pulak aku tegok yang meraung pegang kain seluar mak bapak

kena wat test nak tentukan kelas...sepatutnya 28 Nov tahun lepas tapi Anis bertukar so terpaksa ler wat ujian lambat, budak2 yang lain aku tak tau apa kes hahahha

 hari ke 3 bekpes dulu....tu pun nasik Along tak hbs. Dowang ni susah nak makan tak tau apa yang dowang peberet, Atok mula la bising peyot kena isi pagi2 tapi dah dowang tak mau tak kuasa aku nak paksa kang meleleh aku lak terasa sakitttttttttt hati  so bekal kat ajer apa yang dowang nak. Anis 2 pagi jer nak bekal nasik lemak pagi ni tak mau lak..bawak biskut jer. Sekolah Agama kantin belum bukak lagi....

hari ke 4...tunggu van, muka  stress tudung tak menjadi. Yang sebelah dia tu semua darjah 2 so tak der geng. Anis ni payah nak berkawan , berat mulut sama ler dgn mak dia, hanya bapak dia yang ringan mulut hahahha...


Hari ni baru aku masuk keje tu pun my niece ader blh tegok2 kan dowang jap.. yang Atok nak balik kampung dah rindu agaknya tak pun dah tak larat nak tadah telinga akibat keriuhan budak2 tu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan