Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri hahahhahaha amboi hepi yer.. apa pendapat korang iyer la tentang baris lirik tadi...ermmmm normal ker kalu pasangan tu bergaduh taupun normal ker kalu pasangan tu tak bergaduh langsung....mustahilkan mana ader rumah tangga tanpa dihiasai dengan gaduh2 ni...tapi aku n husben tak pernah perang mulut...tak caya ker??? betoiiii cuma kalu aku marah aku akan senyap dan tarik muka ...sama gak dia...so kami akan ok bila lepas 1 2 hari tak pun time malam jer ok la hahahahhaha ops!!! biasa ler tu. Aku ni jenis malas nak gaduh2 mulut aku takut aku akan keluar perkataan2 yang bukan2...sama gak hubby aku pernah tanya dia kata marah dia akan lenyap lepas bangun tido ermmmmm iyer ker leh caya ker. Tapi aku akan sedaya upaya bagi keadaan jernih aku tak suka lama2 tarik muka selalunya aku yang mulakan dulu.. laki ni senang jer nak bagi dia cool husben aku la...husben orang lain aku tak tau la.... tak syok la kalu suami isteri gaduh2 kalu boleh settle kita settle jer yang penting komunikasi..sian ker anak2 dah Ibu muncung ker kiri Abah muncung ker kanan kan parah gitu.... bagi aku benda kecik2 ni biarlah aku yang beralah aku sayang husben n anak2 ...aku sayang family aku....ni ader panduan berdamai aku share dengan korang, aku pun share dari internet jer hehehhehe
1. Jangan merajuk
Walaupun anda marah dengan pasangan jangan sesekali merajuk dalam jangka masa yang lama. Mungkin hanya merajuk pada hari pertengkaran berlaku dan perlulah segera menyelesaikannya. Pastinya mereka beranggapan kalau merajuk nanti akan ada orang yang datang memujuk. Namun hakikatnya tidak. Ini kerana, orang lelaki jarang mahu memujuk pasangan mereka yang sedang merajuk. Bukan sahaja disebabkan rasa ego yang tinggi tetapi kebanyakan lelaki tidak suka dihukum oleh isterinya sendiri.
2. Jangan menghukum
Apabila timbul konflik, anda juga diingatkan supaya jangan menghukum pasangan masing-masing dengan cara tersendiri. Jika isteri yang menghukum suami tidak ada kesan kerana jarang dipedulikan oleh mereka. Tetapi jika suami menghukum isteri pasti akan memberi kesan psikologi. Kebiasaannya cara mereka menghukum ialah dengan tidak mempedulikan isteri walaupun berada dalam rumah. Ini akan membuatkan isteri berasa tidak puas hati. Oleh itu dinasihatkan jangan menghukum apabila timbul konflik sebaliknya selesaikan cara baik dengan segera. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.
3. Jangan sesekali berbohong
Jika kedua-duanya sudah mengambil keputusan untuk berdamai jangan sesekali anda mengingkarinya. Janganlah sekadar mulut mengatakan mahu berdamai sedangkan hati tidak. Jangan pura-pra tarik harga ataupun bersikap jual mahal. Jika pasangan tahu anda bersikap begitu, dia mengandaikan anda tidak serius untuk berdamai dan kebarangkalian konflik akan terus berpanjangan dan melupakan usaha untuk berdamai semula.
4. Jangan mencari salah
Jangan suka mencari salah orang walaupun memang tahu kesalahan itu datangnya daripada pasangan tetapi kita perlu cermin diri. Adakah kita sendiri tidak pernah berbuat kesilapan. Oleh sebab itu, lihat kesalahan itu dan cuba perbaikinya agar tidak berulang. Mencari salah tidak akan membawa kepada penyelesaian sebaliknya akan terus merumitkan keadaan.
5. Berhentikan bahasa negatif
Jangan sesekali menyulitkan proses perdamaian dengan mengeluarkan kata-kata cacian yang boleh menyentuh hati pasangan. Walaupun sedang marah tetapi cuba kawal ;perasaan itu. Jika betul-betul mahu berdamai, gunakan bahasa lembut yang lebih bersifat penghargaan, pujian dan sebagai untuk memujuk hati yang sedang marah. Pastinya pasangan akan sejuk hati dan bersedia untuk berdamai.
6. Jangan mengungkit.
Jangan mengungkit kisah lalu. Perkara yang lepas jangan dikenang kerana boleh membuatkan hati anda terasa sakit. Berceritalah mengenai hari ini dan hari-hari mendatang. Ceritakan sesuatu yang boleh menggembirakan pasangan seperti merancang untuk bercuti atau bercerita mahu membelikannya hadiah.
7. Mulakan proses berdamai
Ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan proses berdamai. Ini kerana masing-masing bimbang sekiranya cara yang digunakan itu tidak dilayan oleh pasangan atau diperlakukan begitu sahaja. Jika benar mahu berdamai, kuatkan hati dan mengambil langkah bijak memulakan proses berdamai. Biarlah anda mengalah dahulu demi kesejahteraan bersama.
8. Kenal pasti punca masalah
Anda juga perlu mengenal pasti punca yang menyebabkan kedua-duanya berkonflik. Jika sudah kenal pasti cuba cari jalan penyelesaiannya dan tidak melakukannya pada masa akan datang. Setiap orang ada salah masing-masing dan cuba perbaikinya agar tidak berlaku kesilapan serupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan