Selasa, 27 Mac 2012

Petua Imam Syafie

~ Petua Imam Syafie ~

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Ahad, 25 Mac 2012

Lebih kurang seminggu lagi jer...

Minggu lepas aku dah dapat surat pertukaran...ermmm naper ler dowang ni, bagi surat mengejut mcm ni...bila ditanya katanyer 1 2 bulan...ish!!!! bengang gak rasanyer. Tapi nak wat cam ner orang atasan..boleh suka suki wat kat orang bawah ni...
Yang hubby lak tergesa2 nak keluar umah... sampai tak bagi nak tangguh2...ermmm kalu sorang leh la..ni ketapi kat belakang ni....macam mana ler nak mengemas n nak menyimpan. Umah pun kat sana tak der kosong...yg kosong tingkat 4..waaaaaaaaaaaaa semput nak sampai ke atas.. nak ambik fius elektrik lagi... nak g ke LAbur Bina lagi...tu ler ader ker beli apartmnt utk jadikan kuarters... dah beli ni still pemaju yag take over semua. Kalu nak sewa umah pun nak gak tegok2 nak basuh mana leh nak terpa masuk jer...waaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tension bangat gue. Aku lak mana nak cuti2...dah le semggu je aku nak bersama kengakwan kat KOMTUR....sedey beb!!!! Yang best my bonda soh aku tangguh...hu3
Ni coti pun tak bermakna gak... mana taknyer Si Kecik ni tak mau tido..nak main jer...kalu tido pun sekejap2..mana ler aku nak wat...
Petang semlm hubby sampai dr Kuching...senin sampai rabu dia ada becara kat Pengkalan Chepa....ermmmmm ingt nak g klang jap dalam hari rabu tu..nak tegok apa yg patut....leh settle bab umah ker.... senag sikit...dah le nak angkat barang ptg jumaat...ish!!!! mau tercabut tulang ni..hahahhah
Wokey ler...nak g jumpa mR tan jap...tetiba perut meragam....heeeeeeeeeeee

Khamis, 15 Mac 2012

~ Wanita Penghulu Neraka ~

Rasulullah S.A.W bersabda:Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1.Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akanmelebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakankepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3.Orang perempuan yang digantung dengan buahdadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4.Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki laindan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7.Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8.Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marahkepada suaminya.

10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya. Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.wketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

~ Bicara Hati ~



Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setia rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu
Penyanyi : Lena AF




Isnin, 5 Mac 2012

Ada sebab naper aku pilih disitu bukan di sinun....

Aku dah wat keputusan ...memandangkan dengan pilihan itu aku akan dapat keluar hari sini...ni bukan bermakna aku tak suka berada di sini ..tapi ader sebab....
Port Klang menjadi pilihan aku...banyak sebab naper aku pilih disana...

a. Umah kuarters ader kosong
b. Pengasuh anak dah settle ( pengasuh yang lama...)
c. Ramai kaum kerabat di area KL n Klang...nak balik kg pun senang tak yah tol
d. Kalu hubby nak balik pun senang...dekat dengan Subang...dlm sejam ler
e. Dekat dengan GIANT..hahahha ( depan umah tu beb!!! )
f. AKu tak yah piker pasal kije..sebab tu kije aku 4 thn yg lepas..so tak der yg berubah...org2 jer yang berubah
g. dan yang paling penting..pertukaran ni adalah suka sama suka dengan Tom Sabah...hahaha, dia pun nak tukar ke sini sbb org umah dia ader kat sini...molek dah ler tu.....tapi kat pej tu ader 1 tempat kekosongan...tempat Azmi, dia dah tukar ker Titi Gantung...tenpat arwah Azimah....


So cuma sekarang aku still piker nak dok umah sewa or kuarters...ermmmm...nanti aku citer lak naper aku still piker bab umah ni..yang pasti surat aku dah sampai ker putrajaya.... aku nak mengemas jap..maklum ler malam kang MEM nak datang..dan ambik cuti semata2 nak melayan anak sedara yang tengah kurang kasih sayang...hu3 Tima kasih yer.....