I'm back again 2021
BILA SEORANG WANITA, ISTERI DAN IBU MULA MENGOMEL.....
aku adalah insan biasa....
Khamis, 17 Jun 2021
Rabu, 15 Mei 2019
i'm backkkkk
i'm backkkkkkkkkkkkkkk
Alhamdulillah akhirya dapat jugak aku menembus tembok ni hahahhahaha happy wehhhhh!!!!!!!!!!
Tak sabo nak mengomel dah lama sangat pendam sensorang ni. Janji aku dapat balik umah aku ni....
Alhamdulillah akhirya dapat jugak aku menembus tembok ni hahahhahaha happy wehhhhh!!!!!!!!!!
Tak sabo nak mengomel dah lama sangat pendam sensorang ni. Janji aku dapat balik umah aku ni....
Khamis, 26 Januari 2017
Penjagaan semasa keguguran
Merawat keguguran kandungan anda
Keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Ini kerana keguguran boleh menyebabkan masalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mana boleh menyebabkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ibu akan mudah mengalami alahan kepada makanan dan persekitaran.
Ibu juga akan mengalami bisa keguguran yang mana ibu akan berasa sakit yang tajam dibahagian ari- ari, pinggang dan sendi selepas keguguran. Keadaan sakit ini akan berlarutan sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah ibu kembali sembuh.
Penjagaan yang rapi selepas keguguran perlu diambil kira ini kerana akan menyebabkan angin meroyan yang perpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin akan meresapi ke seluruh sistem tubuh. Ibu akan mengalami demam panas sehingga terkacing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ini kerana ibu pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam setiap rawatan dan permakanan. Manakala untuk ibu keguguran pula mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau pun sejuk dari segi perubatan mahu pun permakanan. Oleh sebab ini lah bukan mudah untuk menjaga ibu- ibu yang keguguran, terutama bagi yang tidak berpengalaman dalam hal perawatan ibu tersebut.
- Macam saya keguguran..adakah saya perlu berpantang..?? kalau ade berapa pula tempoh masa berpantang..??
Walaupun keguguran, seeloknya berpantang mcm orang bersalin juga sebab bahagian rahim tetap luka sama macam orang bersalin. Tempoh berpantang paling kurang 20 hari – mengikut amalan masyarakat Melayu.
- Jika keguguran adakah perlu menjaga pemakanan..?? jika ade boleh beri 1 contoh pemakanan yg berkhasiat..??
Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun.
- Selepas keguguran dalam masa 2 ari boleh ke kalo kite berkerja..??
Bagi mereka yang bekerja swasta, biasanya cuti bagi keguguran ialah 2 minggu. Tapi utk kerja-kerja rumah, elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran.
- Boleh kah akak bagi saya tip2 @ cara2 penjagaan semasa keguguran..??
Tips dan cara penjagaan keguguran – sama macam penjagaan bersalin sebenarnya. Seeloknya pakai stokin dan mandi air suam. Juga, boleh mengambil ubat / jamu seperti kacip fatimah bagi membantu pengecutan rahim dan agar rahim sembuh dan menjadi kuat
Petua orang tua-tua cakap keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran.
1.Kaki berstokin, ikat rambut tinggi-tinggi. pakai kain batik. huhuhuhu
2.Makan pon bukan sebarangan makan. ikan tertentu je boleh makan. tu pon kukus grill panggang. hehehe
3.Baju sejuk pakai setiap masa. panas wooo~~
4.Kena elakkan memakan makanan sejuk seperti ais, labu, kangkung, kacang panjang, timun, rebung, pucuk paku, pucuk ubi, buah buahan sejuk seperti ciku, langsat, betik, jambu, nangka, tembikai..
5.Jangan angkat benda berat
6.Amalkan makan jamu untuk panaskan badan sambil tu kecutkan rahim .makan lah apa apa jamu yg ada dimasukkan buah majakani
- Digalakkan minuman yang panas2 seperti air suam (banyakkan), milo kosong (menambah tenaga)..
- Buka surah-surah pendinding. ayat kursi, bacaan yasin.
- Kena makan lada hitam, halia, kunyit.
10.Tempoh berpantang keguguran biasanya 2 minggu hingga sebulan.
C/P- Nanti saya kongsikan pengalaman sendiri tak sempat lagi nak menyusun ayat maklum ler baru masuk keje... :) belambak benda tertangguh :(
Khamis, 5 Januari 2017
5 Jenis Senaman Ini Mudahkan Bersalin. Ibu Mengandung Sila Amalkan!
Semua ibu mengandung hendak mudah bersalin. Kata orang kalau hendak senang bersalin perlu lakukan banyak usaha. Selain mengamalkan petua pemakanan, ibu juga mesti rajin bersenam.
Ibu hamil pun boleh bersenam. Semuanya untuk mengekalkan kecergasan dan stamina sepanjang mengandung. Senaman dapat membantu otot-otot bersedia untuk proses kelahiran bayi kelak. Bagaimanapun senaman ibu hamil tidak sama seperti senaman ketika masih belum berbadan dua.
Ibu dilarang melakukan senaman yang berat dan pergerakan yang boleh menyebabkan bahaya kepada ibu dan janin dalam kandungan. Berikut adalah beberapa gerakan senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil.
1. Senaman lantai pelvik
Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Jadi anda akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.
2. Bertinggung
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.
3. Berenang
Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil adalah berenang. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.
4. Berjalan kaki
Aktiviti berjalan boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.
5. Menaiki tangga
Senaman ini mungkin kurang diminati oleh ibu hamil tetapi faedahnya sangat baik untuk mereka. Bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.
6. Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Bagaimanapun elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan janin dalam kandungan.
Bagaimanapun sebelum memulakan senaman, rujuk kepada pakar terlebih dahulu dan bersenam mengikut kemampuan. Jangan lupa minum banyak air.
cp : Majalah Pa& Ma
Khamis, 22 Disember 2016
Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil
[:]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
[:]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
[:]Sahabat yang di rahmati Allah,
[:]Sebagai ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda seperti yang anda ingini. Insyaa allah...
[:]Selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur...
Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil
Doa melembutkan hati anak yang degil dalam rumi:
Allahulathiifum bi'ibaadihii, yarzuqumayyasak' wahuwal qawiyyul 'aziiz...Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)[:]Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
[:]Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
[:]Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, insyaa Allah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina keluarga cemerlang.
[:]Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.
Selasa, 18 Oktober 2016
Tanda-tanda Migrain
Migrain sebenarnya mempunyai beberapa tanda @ simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku. Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala… Kebiasaannya.. serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Bagaimana Migrain
Terjadi?
Migrain berlaku apabila darah
tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat
sangat. Selain pening akibat sakit kepala.. migrain juga memberi rasa tidak
selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Punca Migrain
Berlaku
Kesan daripada alahan
seseorang
Silau akibat lampu yang
terang
Bunyi yang terlalu
kuat
Bau wangi yang terlampau
kuat
Tekanan fizikal atau
emosi
Waktu tidur yang tidak
teratur
Merokok atau terdedah kepada
asap rokok
Stress
Menahan lapar
Makanan seperti coklat, keju,
kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
Rasa ngeri ditusuk dengan
jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata
.
Kesakitan teramat sangat dan
berdenyut2.
Pandangan silau, kabur dan
kadangkala menjadi gelap.
Tekak berasa loya, muntah dan
kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
Pesakit akan menjadi sensitif
pada sebarang bunyi dan suara .
Serangan selalunya berakhir
dalam tempoh 4-72 jam.
Sesetengah pesakit akan
mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak-bengkak dan membesar di
bahagian tertentu anggota badan .
- Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
- Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
- Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
- Stress dan tekanan
- Jadual tidur yang tak tetap
- Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .
Kebiasaanya pesakit migrain
akan diberi ubat tahan sakit.. ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal
kesakitan mereka… Bagi pesakit migrain yang teruk.., mereka diberi dos dadah
yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan
yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh
mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang
demikian.. memilih alternatif dengan pengambilan suplemen semulajadi adalah
langkah terbaik bagi mengatasi masalah sakit migrain.
Apa kata ubah gaya hidup kita…
Amalkan gaya hidup sihat.. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh
mendatangkan migrain.
Diet berkhasiat kurangkan Migrain
Diet berkhasiat
kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini,
sebanyak 15 peratus ...
Migrain
Migrain atau Sakit Kepala yang kronik
menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala
atau migrain tidak diketahui. Stress
boleh ...
Wanita migrain risiko hidap strok
Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang
berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada
dalam situasi ...
Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain
Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit
yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain ...
Info Copy & Paste
Langgan:
Catatan (Atom)