Kawen!!!! semua orang kawen nak ader anak keluarga sendiri. Dapat lak suami macam hero drama tu kan...loving, romantic..caring aduh! cayo beb...asal merajuk pujuk...besday dapat bunga... anniversary g bawak candle light dinner...percutian ber2...waduh2 hepi sekali hahhahha Aku tak nafikan ader pasangan macam tu tapi tak ramai la blh dikira kan... Bukan senang nak melayari bahtera ni bukan mudah beb..
Pasangan bercinta lain ...yang HARAM sure indah belaka..merajuk pujuk, sebelum tido call, tanya dah makan ker wat apa..hujung minggu sure nak jumpa...dah jumpa bawak g makan2 g tegok wayang...amboi seronoknyer sanggup naik bas ops!!! macam terkena jer hahahahha dulu mana mampu nak pakai keta lagi baru keluar rekrut kahkahkah
Pasangan dah kawen ermmmmm macam ni la...hampir 2 bulan sentap ader ko pujuk ermmm nohen jer ler. Tak kisah ler banyak benda lain nak piker.
Bukan senang sebenarnya...2 orang lelaki n perempuan lain bapak lain mak lain negeri lain keluarga dok dalam 1 umah...nak kendali keluarga baru...tambah lak sorang ego sorang kepala angin nak tido sebantal huhuhu...sebab tu ramai yang bercinta dl kot nak mengenali hati budi masing2. Tapi ader gak yang bercerai berai walapun bercinta bertahun2 tak habis kot tau hati budi masing2.
Ramai gak ler kengkawan yang cerita maslah dowang pada aku....aku tak pandai nak nasihat aku hanya mampu mendengar...aku tak banyak pengalaman aku takut tersalah bagi nasihat mampussssss aku. Tapi iyer ler nasib seseorang tak sama..kalu sama pun tak serupa.. Yang pasangan ni lebih ker arah sana...yang pasangan ni kurang lak kat bahagian ni..macam2. Kadang2 aku yang menadah telinga ni pun takut, takut sangat2 mana lah tahu aku pun diuji macam tu kan???
Terus terang aku cakap walapun dah 11 tahun hidup bersama tapi masih ader perangai yang dia aku tak paham. Paling simple tanya makanan apa yang dia suka sure aku tak leh jawap sebab husben macam anak2 tak tau apa yang dowang suka...contoh aku nampak 2x husben beli makanan tu...so next day aku belikan kan sure dia tak makan, bila tanya pun dia susah nak cakap makan apa. Jangan ingat bila selalu beli tu dia suka tau..peningkan ??? Anak2 ikut dialer kot hahahhah
Jenama baju, beg or kasut pun sama. Tapi jam jer kot dia ader kata dia suka swatch... Bukan aku tak cuba nak tau tapi entah ler susah untuk aku tafsir kan...tudiaaaaaaaaaaaa ayat keluar dah. Disebabkan dia tak der feberet aku belasah jer ler masak apa yang pasti lemak or kari jarang masuk dalam umah aku...sup tom yam or nasi goreng tu jer ler . Sebab husben ler aku ni tak pandai nak masak dessert2 ni tau hahahahhaha alasan. Mana tak nyer dia tak suka manis2. Aku wat traffle ermmm 1 sudu jer, agar2 samapi kecut dalam peti ais...positifnyer mungkin aku tak pandai masak ermmmmm mungkin la kot.
Seyes aku cakap kadang2 aku sakit hati sangat2 tapi aku cuba positif kan minda bahawa husben tu aku yang pilih atas pilihan aku hahahha ambik kau , bila dah terpiker macam tu aku telan balik marah aku. Lagipun yang menyakitkan aku perangai nyer tapi bukan la sampai sepak terajang aku...maki2 aku... kalu macam tu sori aku nak tunggu say good bye ler sekali dah kau letak tangan kau kat mana2 bahagian2 badan aku dan menyakit kan sori aku nak pandang muka kau dah...hahahhahaha ingat tu!!! walaupun isteri syurga nyer di bawah tapak kaki somi jangan ingat ko leh wat suka suki ko... aduh!! terlebih emosi la aku ni...solat belum lagi patut la...huhuhuhu
Selama 11 tahun tak pernah sekali kami menyambut ulangtahun perkhawinan .Sedey ker???? Bagi aku tak pun mungkin dah biasa( dalam hati tak siapa yg tau ) ...ucapan pun asyik aku yang mula dulu. Sama la dengan besday aku gak yang start dulu...Malas ler tak penting kot nak mengingat tarikh2 ni semua. Kalu ingat kena bagi hadiah hahhaha bagi aku cukup sekadar ucapan dah cukup bermakna.
Kami tak pernah gaduh mulut...itu penyelamat kami...marah diam marah diam...itu perangai laki bini ni...tapi kalu ikut kan tak elok sebab kita tak tau apa salah kita dan dia tak tau salah dia apa macam mana nak baiki diri masing2. Paling simple kain baju yang dah pakai tak pernah nak masuk bakul, tuala main pakai jer tuala sapa huhuhu geram tau. Malas nak cakap benda kecik jer pun tapi lama jadi berat . Saja dia nak wat degil...degil Ammar leh gak aku pulas perut degil bapak hahahha aku yang pening...
Hari ni genap 11 tahun perkahwinan aku dan suami...lepas isyak kang la.. bukan mudah aku nak jadi siteri dia. Perit rasa nak mengingat kan 11 thn yang lepas. Macam2 kejadian maklum hubungan tanpa restu pada awalnya tapi sekarang husben dah jadi menantu kesayangan... adik ipar yang sporting.
Terima kasih terima kasih kerana terima aku dan keluarga aku...sebelum kawen pernah aku cakap pada husben bila kita kawen bukan bermakna kita kawen denga pasangan ajer tapi dengan semua ahli keluarga nyer sekali dan alhamdulillah husben makin selesa dengan keluarga.
Sayang aku masih macam tu tapi kadang2 datang angin dia macam nak picit2 jer hahahha Alhamdullillah kalu di list kan kebaikan dan keburukan masih banyak kebaikan dalam diri dia...manusia tak sempurna aku terima dia seadanya dan dia terima aku seadanya..terima kasih
Sempena yang ke 11 thn ni aku mohon kepadaNYa agar kasih sayang antara kami terus mekar mewangi..perasaan kasih sayang sentiasa hangat seperti bercinta...bahagia hingga akhir hayat...sama2 lah kita membentuk anak2 jadi anak2 yang soleh solehah ..permintaan untuk dapat kan yang k 4 tu Insya Allah setakat ni belum terpiker lagi hahahhha ( setakat ni tiada apa2 ucapan dari husben..kita tunggu yer )
bye SALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan