Isnin, 20 Disember 2010

WINDUNYER......

Salam....
Alahai...windunyer aku kat 'umah' aku ni...dah berminggu2 aku dah leh nak on..skrg ni hanya blh on jam 1-2, masa tu la nak jeguk FB.. masa sempat...pastu line kejap off kejap on...munci ler mcm ni.. naper ek???? sian kat aku...

Kat umah pun 'beruk' pun slow...susah betoi ler macam ni... tapi iyer ler, nama pun dah menumpang...huhuhuhu

Padahalnyer banyak benda aku nak entry... aku lebih suka 'umah' ni dari FB, maklumler ramai sangat berminat kat sana tu, pantang wat entry yg lain sikit mula ler nak reply yg mcm2 emosi..hahahhaha lawak2...lantak ler korang...

Apa2 aku bahagia bila dapat masuk 'umah' aku hari ni..hehehehe..tp tak leh lama2 kang dia 'hang' jenuh aku ..ok hanya sampai disini saja...hahaha, mcm lirik lagu lak...
see u everybody....

Ahad, 5 Disember 2010

Tepuk Tangan Sebelah Tak Kan Berbunyi......

Mesti bila baca tajuk jer dah suspen kan???? Bukan apa aku terbaca kat FB ader sorang kawan pompuan ni....dia wat entry seolah2 marah kan anak2 dara yang kacau umahtangga orang lain. Ermmmmm ,,,, bagi aku memang ler ader anak2 gadis n dara ni suka sangat kacau umahtangga orang lain. tambah lak umahtangga tu agak bahagia dan harmoni.. apasalahnyer nak menumpang kasih kan... tapi tak terpiker ke suami kita pulak....bila kena goda sikit dah lembik tengkuk... tegok lak yang cerah2 dan body ader shape....

Dulu kita asyik kena puji ajer...bila dah keluar 2 3 anak...mula ler malas nak jaga body....body pulak yg senang naik macam aku ni.... berat badan aku yang paling aku suka masa keje kat PD....cecah 49kg tu....peh!!!!!!! kecik tu, kiranyer buleh dukung ler kemana2...tapi skrg...huhuhuhuhu


Berbalik citer tadi...hehehhe.. benda2 mcm ni susah nak cakap... kadang2 takdir dah menentu kan kita berkongsi apa nak buat. Kita diuji dengan problem tu. Orang lelaki ni benda yang kita tak bagi tu ler yang suka sangat dia... kita cuma blh cegah tapi kalu dia nak gak kita leh wat apa... tak kan nak serang pompuan tu....
Suami pun satu....ingat ler jangan setakat mampu tuttttttttttt jer....mampu yang lain kena piker gak... kena ader alasan yang kukuh kalu nak carik yang lain pun.

Aku tak pernah pun dego lelaki cari janda2 yang anak 4 5 6 orang ....semata2 nak melindungi kaum yang lemah...ni carik yang bergetah....setakat mana ler getahnyer.... ni cuba aku entry dalam FB,,,mau aku dapat lagi title isteri ..........

Setakat ni Alhamdulillah...aku belum hadapi problem mcm ni .tak tau ler sok lusa DIA nak test aku...tetiba lak hubby meroyan dengan awek2 muda.... h/phone dok kat tangan jer....ermmmmm....entah le aku belum pasti apa aku nak buat... tapi pernah aku cakap kat hubby aku rela dia kawin lain jika aku yang mendatangkan masalah dr aku tapi bukan denga berkongsi... aku ni manusia.....ader hati dan perasaan.

Tapi yer ler kan ...anak2 dara kat luar sana pun jangan ler cari hubby org....bukan apa, kalu kita wat tak mustahil org lain akan buat gak kat kita... ingat ler, cari ler pasangan yang betoi2 bujang or duda... hidup anda semua akan aman bahagia...

Bukan semua gak yg hidup bermadu tu tak bahagia...tapi yer la kan...pompuan ni emosi lebih,,,suka ikut perasaan..

Apa2 pun kepada kengkawan yang menghadapi problem ni cuba ler selesaikan secara berbincang...jangan nak serang menyerang....selidik suami kita dulu....kalu dia tak layan dan menjanjikan apa2 tak kan senang2 gadis2 nak kat dia kan????? Kita memang ler tak dapat nak beri layanan yang mcm kita beri masa bercinta dan belum ader anak....tp buat ler sebaik mungkin... ni untuk peringatan aku gak....

Kepada suami....hargailah segala pengorbanan isteri yang selama ini berkorban untuk keluarga..masa susah....ingat masa mengandung dan melahirkan anak cukup ler....betapa seksanyer isteri. Dan paham2 ler isteri mungkin dah tak sama saiz mcm dulu...dah tak comey dan solid....terima ler seadanyer...ingat yang muda pasti akan tua.... kalau nak comey dan solid selama2nyer kawin ajer ler dengan patung.....mmg tak kembang n kuncup....hehehehhe

Tak pun kalu nak sangat isteri tu kuncup...belikan ler jusmate 5,,,biar ler mahal janji isteri awak tu cantik....iyer tak?????? ni tak pandai komplen jer....Nak wangi ...belikan perfume yang wangi2....Ni tak...seluar kecik pun isteri belikan ader hati nak carik yang lain...huhuuhu

Sama2 ler kita jaga keharmonian umahtangga yer.. Buat yang terbaik untuk keluarga..maaf ler andai ader yang tersinggung....bukan apa ni pun untuk mengingatkan aku jugak...orang kata lelaki ni nak bermula atau berubah pun start cecah 40an.... kalu 40an, masa tu hubby aku dah pencen...waaaa, duit byk.....ish!! jangan piker bukan2...piker yang baik2 ajer....Insyaallah....Hanya aku dan anak2 saja yang berada di hatinyer ... Amin...


Sabtu, 4 Disember 2010

Angan2 Ku Musnah.....

4hb - 6hb Dis... sepatutnye aku dengan Nurhaizad gi MAHA,,, membawa petani sempena penutupan MAHA kat Serdang.. Plan baik punya..tetiba lak Nurhaizad tak leh g sebab Angah ajak bercuti di Genting..huhuhuhu...So aku plan lak dengan Akma....cantik dah ni....mcm2 dah berlegar2 di otak aku ni....betapa bestnyer dapat realease tension. Tido kat Brisdale Hotel KL....2 mlm tu.. dapat gi Sogo ler tu...hahahhaa

Tetiba lak Hubby bagitau dia ader sukan ari sabtu...ok ler,, tak per ler kan just sabtu jer... tut2, pengasuh anak2 lak ader kenduri kat Jengka ahad ni....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sedih giler aku.....bz btoi pengasuh anak2 aku ni.. So minta ler tolong Cik Ju g dengan Akma... alih2 Akma pulak Kak Aida tak bagi....mcm2 hal ler....dah dapat peluang mcm ni semua tak menjadi... apa lagi carik2 dapat ler Kak Kham.... Aku??? malas dah nak tanya hubby sure jawapan tetap sama keje..

So akhirnya Kak Kham & Cik Ju yang dapat gi ..almaklum ler , orang bujang...no problem punya..hahahha

Tapi yang menyedihkan kan aku bila hubby tanya bila nak g MAHA.... ahad tak keje...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... adoiyaiii.....malang btoi nasib aku....huhuhuhuhuhu
Agaknyer ader hikmah kot naper aku tak dapat gi sana...kalu g sana leh jumpa Chik....

Tak per ler....walaupun kejap 1hb ari tu dapat gak aku ke sana dengan rombongan Cik Kiah...jadi ler..... Tapi mmg best kat sana...mmg byk tempat aku tak dapat gi...maklum ler petang tu dah hujan.. sampai lak dah lambat. Kiranyer kalu gi sana...kena g pagi2..baru best mcm dowang g penutup sok ni.

Memang susah aku nak outstation time cuti2 ni.... apa nak buat dok jer ler kat umah layan anak2 , nak keluar jalan2 pun , cuaca tak berapa nak sihat ,..dok mendung jer.

Ok ler selamat berhujung minggu semua....semoga ceria2 selalu walaupun cuaca mendung......

Khamis, 2 Disember 2010

~ LADIES NITE BAKAT 2010 ~

Dari kiri berdiri : Tracy, LUK Fauzana & Mariah
Duduk kiri duduk : Laila & Kak Azlina

Tudung putih Kak Zah

Berdiri dari kanan : Kak Zah, Fauzana,Laila, Kak Ina, Nurul, Siti , Tracy & Me...
Anggota dan Isteri-isteri Anggota Provos Yang Menjayakan Ladies Nite Di Vistana Hotel 12 Nov 2010 ( kalu tak silap...dh lupa tarikh ..daaaaaaaaaaaaa ...wakakaka...jgn marah )








~ Adakah Aku...... ~

Pertama kali aku melihatmu...
Hati ku berdetik...
Adakah aku telah bersua dengan teman hidup ku....
Adakah aku telah bersua dengan sahabat sejati...
Adakah aku telah bersua dengan pendengar setia...
Adakah aku telah bersua dengan yang seseorang yang bersama ku bila senang dan susah...
Adakah aku telah bersua dengan seseorang yang dapat memujuk ku di kala ku kesedihan...
Adakah aku telah bersua dengan seseorang yang boleh memimpin ku ke jalanNYA...
Adakah aku telah bersua dengan seseorang yang melindungiku..
Adakah aku telah bersua dengan seseorang yang ikhlas denganku...
Adakah aku telah bersua dengan seseorang yang mencerikan hidupku...
Adakah aku telah bersua dengan seseorang yang membahagiakan ku...
Adakah aku telah bersua dengan seseorang benar-benar mencintaiku....
Adakah aku telah bersua dengan LELAKI pilihan ku........

Isnin, 29 November 2010

~ I LoVe U..... ~

Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu

menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,

adalah ketika dia tidak memperdulikanmu

dan kamu masih menunggunya dengan setia

Rabu, 24 November 2010

CINTA SUAMI ISTERI IBARAT SEBATANG POKOK BUNGA

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga. Ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat

Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk endengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang

Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.

3) Ambil Berat

Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat.Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan

Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda.Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan,cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami

Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau

Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan

Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.


p/s : COPY PASTE CINTAIMAGINASI KOMUNITI

Selasa, 23 November 2010

Air Terjun Sg Pancing

Family yang suka berendam.......

Kasih seorang 'Abah'


Bila kesejukan mula ler kelaparan....

Muka Kakak yang tak puas hati kena siram dengan Dek Anis...hehehehe
sedapnyer makan sambil berendam

Memandangkan tak puas mandi kat Lata Ulu Licin masa cuti balik kampung aritu...hubby bawak ler anak2 ker Air Terjun Pancing ni....air ni blh ler untuk bebudak berdua ni yang suka sangat main air.... saja pilih kawasan mcm ni... bukan apa, mmg bagi kelepasan sepenuhnya kat bebudak ni main air....tegok ler gaya udah ler...mcm2 gaya.....

Isnin, 22 November 2010

Sabo Yer Seminggu Jer......

Ammar & Kakak Tati di Zoo Taiping


Cuti sekolah dah mula....bermakna Ammar & Anis terpaksa ler dok umah dengan Kakak Tati.... Syukur sangat2 sebab Tati dapat jaga dowang, tidak mau kena aku cuti seminggu. Parah ler jawapnyer.
Risau gak dowang dok umah tu, al maklum ler ....bebudak tu bukan jenis dok diam.. tegok ajer ler semalam, dalam dok berjaga2 tu Anis blh minum santan segara aku dalam freeze....adoiyaiiiii!!! Tegok putih jer mulut dia...cium2, mak ai!!! bau santan...huhuhuhuhuhu.

Betapa lasaknyer anak2 aku..huhuhuhu. Aku dah peringat kat Tati jangan leka, kalu nak tido pun tido dengan dowang kat ruang tamu depan TV... Ni aku pulak tertinggal phone dalam keta hubby, harapkan hubby ler call tanya kabar dowang...

Subuh tadi aku dah siapkan nasi goreng... punya ler tak mau susah kan ' bibik' baru ni..nak masak lagi....kang ader yang lari malam tak tahan dengan bebudak tu....

Harap2 'bibik' tu tahan ler nak jaga sampai seminggu ni ..hahahhaha. Kalu bertiga ( Kak Nyah, Tati n Ira ) blh tahan lagi ni dia nak kawal sowang2... Yang aku ni pun kalu dok dgn dowang...asyik jadi tarzan jer...... tak tahan wehhhhhh!!!!!!!

Khamis, 11 November 2010

Hujan vs Mamat

Alangkah indahnya waktu dan saat ini...aku berada ni bilik tido sambil memeluk bantal dan berselimut, selimut pulak yang dibeli kat TMC Mesra Mall yang berharga RM39.90 ( dengan bangga walhal kena tipu..bengang tak abis lagi......hahahahaha ) tak pun sambil hirup kopi panas dengan goreng pisang...waaaa, bestnyer.....
Tak yah ler dok berdepan dengan LO2 yang dah meluat aku tegok.... bukan setakat LO dengan mamat tu pun aku dah meluat dan menyampah.... bagus gak kalu dia nak pindah. Bukan apa dia ni jenis tak leh wat lawak or gurau,terasa konon...kalu dia wat lawak melampau tak pa lak... Mangkuk ayun punya mamat.... Whorps!!!!! ni citer pasal hujan ker pasal mamat tu?????? Argh!!!! Lantak ler...... yang pasti aku nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ( tengah memikir port mana yang aku nak jadi tempat landing..huhuhuhuhu )

Isnin, 8 November 2010

KENANGAN TERINDAH

4hb Nov 2010...saat2 yang ditunggu telah tiba....Kembang hati, pagi2 dah standby. Hehehe.....mcm bebudak lak....Maklum ler pengalaman pertama....naik eroplan pun tak pernah...nak jejak negara owang lagi ler. Tak pernah mimipi, so detik tu aku akan abadi sepanjang hidup ku...ceh!!!!. Walaupun negara yang pergi pun lebih kurang sama dengan Malaysia....iaitu INDONESIA........yahoooooooooooooooooooooooooooooooo..... so tegok ler muka2 yang agak teruja nak pijak bumi Allah yang tak pernah dipijak kecuali yang agak ayu tu ...Leader Group kami iaitu Pn. Khalijah @ Kak Jah @ Mak Jah........ Big thanks ler buat dia kerana sudi angkut group mulut longkang ni.....hahahahhaa.... layan ler gambo2 ni......Ni baru nak pergi, nanti update lak masa di sana n masa balik. Group ni pergi untuk shopping jer, so tak der gambo yang menarik. setakat 3 hari 2 malam....dapat apa???? so pergi just 4 shopping....wakakakaka.....







Selasa, 2 November 2010

Up Date.....

Salam semua....
Windunyer nak berblog...hehehe, maklum ler bz tahap gaban rasanye.Nak jeguk umah
kengkawan pun tak sempat.....Minggu lepas baru hbs
seminar pelbagai...semalam baru dapat g Ampang ambik beg seminar TKPM... ni pun byk lagi
LO tak siap2.Khamis dah nak terbang....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, kembang ati . Apa2 pun aku
kena settle gak apa yang patut... so tak leh lama2 just up date jer.... nak berblog kat umah tau jer
ler slow tahap siput b***, menyakitkan hati nak tunggu loading.. Anyway nak sambung keje......babai semua ( ceh! mcm ramai sgt jeguk umah aku ni.....hahahhaha )

Sabtu, 23 Oktober 2010

Hujung Minggu??????

Ni dah hujung minggu yang ke 3...aku tak g mana2...Busan weh!!!!! ari ni pun aku terpaksa dtg
pejabat...nak siapkan paper seminar IAT... itu pun kena bawak Ammar...huhuhu
Lepas balik ni...terus dok umah ...senin lak cuti...waaaaaaaaaaaaaaaaa. Hubby cibuk dgn
excersice dari 11 - 29....ari minggu pun kena keja.....
BUSAN...BUSAN......

Jumaat, 22 Oktober 2010

CIKGU OH CIKGU......

Petang semalam mcm biasa balik kerja terus ambik anak2 kat umah Ibu Ima dowang.... Tegok Ammar still zzzzzzzzzzzzz, yang anis dok mengadap Sang Kelembai..heeeee
Kak Ima biasa ler bila nampak jer muka aku terus buka citer...katanyer Ammar baru ajer nak tido, tadi mengamuk2....sampai tak nak g sekolah esok ( ari ni ler.... )
Mengamuk????? Naper lak??? ermmmmmmmm
Rupa-rupanyer Ammar mengamuk pasal masa exam dia tak hbs mewarna, cikgu dah ambik paper, blh pulak cakap nak potong markah.....Ya Allah....... ingat apa tadi.....
So masa kat umah aku tanya ler...wat soal selidik sikit, mana ler tau anak2 ni pun susah jugak kalu kita nak percaya 100%.....
Ibu : Ok exam ari ni?
Ammar : Ok, tapi Cikgu ambik kertas ammar...ammar belum abis warna lagi...
Ibu : Ammar main kot...tu yang lambat siap ( dgn nada yg agak cikit keras )
Ammar : Mana ader...Ammar nak wat cantik2...tak ler comot...
Ibu : Cikgu cakap apa?
Ammar : Cikgu nak potong markah...( muka dia dah lain....)
Ibu : Dah tu...ammar wat lambat...exam kena ikut masa, mana blh lambat2....
Ammar : Ibu dah janji kalu dapat markah tinggi nak bagi hadiah...hbs tu Ammar tak dapat ler hadiah...
Ibu : Tak der tu...cikgu gurau jer tu... ( nada memujuk .....nak menyedapkan hati anak teruna aku..huhuhu )
Ammar : Mana ader ( muncung2 mulut dia....dia ader sebut 2 3 orang yang senasibnyer...lupa lak pulak nama2 tu..heeeeeeeeee )
Ibu : Byk ker Ammar tak siap? Ammar warna apa?
Ammar : Warna Ibu, Ayah, kakak, abang, adik..... Baju ayah Ammar tak siap lagi...cikgu dah ambik...( ulang lagi tu...nampak sgt tak puas hati....heee )

Ermmmm....cikgu2...mcm ler exam budak 'U'..bagi jer ler warna sampai hbs...pasti tu letak jer apa2 markah pun....Entah ler pelik gak kalu betoi apa yang diciter kan oleh Ammar... Tapi mmg ader benda yang aku tak berapa puas hati dengan cikgu kelas dia tu....hubby ader citer yang 2 3 org member dia tukarkan anak2 dowang dari Taski tu ker Taski lain...... Kalu aku ader pilihan...aku pun nak tukar kan sekolah Ammar...
Entah macam mana hafazan ari ni...kalu cikgu tak bagi peluang kat dia....hbs ler dia....Ermmmmmm...CIKGU......CIKGU.......

Khamis, 21 Oktober 2010

Kesibukan Melanda......

Minggu ni, minggu depan dan minggu tulat adalah minggu yang agak kesibukan melanda..... 2 3 ari ni sibuk nak wat persiapan
26hb Okt nak g KL ambik beg seminar.......
27 -29 Okt kat Suria Beach Resort ada Seminar Pelbagai....yang sedey tu, paper tak dapat lagi mcm mana nak wat, kang bantainyer robot tu rosak ker jem...waaaaaaaaaaaaaaa, parah2.....
bila la nak wat salinan edaran....tambah lak seminar ni seminar IAT....
4 - 6 Nov...ni paling best...saat2 yang diidamkan...walaupun apa hakikatnyer aku sedey sbb hubby tak dapat nak join..peringkat mulanyer janji pergi dengan dia...tapi ni program bukan ader kena mgena dgn keje...nanti ler kalu tibe saatnyer aku bagaitau...hahahah..yang pasti kat opis ni geng2 yang join dah sibuk citer2 keseronokan ....hahahha. Hati dah bebunga-bunga ni....
9 - 11 Nov....g Summerset Rompin Seminar TKPM...huhhu...penatnyer badan...dan yang pasti otak.... sekarang ni pun tengah kelam kabut ( iyer ker???? sempat lg berblog???? hahahaha ) maklum ler Seminar Pelbagai nak melayan pak cik dan mak cik jer...ni Seminar TKPM nak melayan usahawan dan syarikat2 ...huhuhu, pasti mcm2 kejadian....tambah lak MEM beso ader kat sana...tak aman..tak aman....
Apa2 pun yang pasti aku mengharapkan gaji masuk besok....waaaaaaaaaaaaaaaaa.... Tu yang penting....Dah kering beb!!!! Tahap kritikal dah ni.......huhuhuhuhu

Rabu, 20 Oktober 2010

FALSAFAH IDUP

ORANG YANG MERANTAU KE KAMPUNG ORANG,
JANGAN CAMPURI URUSAN ORANG DALAM KAMPUNGNYA,
SEBAGAIMANA
SEORANG MERTUA TIDAK BOLEH CAMPUR TANGAN
KALAU ANAK DAN MENANTU SEDANG BERKELAHI
DI DALAM RUMAHNYA.
DEMIKIANLAH IDUPNYA ORANG YANG BERAKAL,
TEGAK DI GARIS MASING-MASING ,
MENJAGA HAK SENDIRI DAN
MENGHORMATI ORANG LAIN DI DALAM HAKNYA PULA.
BERSAMA -SAMA BERKHIDMAT KEPADA
KEADILAN DAN PERATURAN - HAMKA

Selasa, 19 Oktober 2010

Bila Ammar Exam...


Ari ni dah 2 ari Ammar exam... bila tanya semalam,katanya senang jer... Alhamdulillah, lega dego jawapannyer tp tak tau ler senang macam mana...Apa2 pun Ibu doakan Ammar dipermudahkan menjawap semua soklan2 exam...dan lancar membaca ayat hafazan surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq pd hari khamis dan jumaat ni...Insyaallah....Amin....................

Isnin, 18 Oktober 2010

xtvt hujung minggu @ hujung bulan.....

'awang' tengah berehat....
kalu bergaya....ni gambo dah terkeluar tajuk...heeeee
kalu dapat lepas..macam ni ler......
rajinnyer dia......

mula ler tu....nak bukak baju......konon baju basah

jeng..jeng.....apa lagi main air ler.....

sedapnyer dapat air......

muka bengang ....tak dapat mandi n main air.....
huh!!! anis n air tak dapat dipisahkan......

Muhammad Ammar......
tegok muka bila dia marah....sikit tak takut..heheehehe

uik!!! basuh ketiak jer.....hahahhaa


Jumaat, 15 Oktober 2010

Ammar Pergi Kelantan....

Selasa yang lepas aku kena pergi Kota Baharu, sampai Rabu.. Kak Jah pun beriya2 mengajak aku...aku bukan apa...memikirkan pasal anak2. Gi sana pun sebab nak tegok beg utk seminar TKPM bulan Nov ni....Kak Jah nak ambik beg utk seminar pelbagai hujung bulan ni.... ni ler sebahagian kerja kami kat HQ tu...bila musim seminar mula la sibuk pasal tempah menempah beg ni..... balik pada citer Ammar g kelantan.... Kak Ima dah ler ader Qaseh..Muiz pun tido sana, kebetulan Cikgu Siti dah selamat bersalin baby boy pada 10.10.10...cantik btoi tarikh tu kan????
Sian kat Kak Ima, jenuh gak aku nak memikir mcm mana ler nak buat...
Langkah drastik aku cadang pada hubby yang aku nak bawak Ammar bersama-sama ke Kota Baharu. Takut gak aku, bantai nyer tak dego cakap....huhuhuhu....sakit aku.
Aku nekad jer, bukan orang lain...anak aku gak... lagipun Ammar agak manja dengan aku...pandai ler aku ayat dia... tapi biasa ler jenuh gak aku menjawap soklan2 dia yang agak menguji minda aku...hahhaha


Ammar cukup suka bila kata tido kat hotel...kebetulan hotel kami di booking oleh Shah salah seorg staff di AgroMechinery. Hotel Habib.....best gak....
Alhamdulillah....semuanyer berjalan lancar, siap aku g Wakaf Che Yeh lagi...tapi setiap kali pergi ke mana2 kedai sure ader jer mainan yang dia 'tangkap' , ermmmmmmmmmm....tapi ok ler dia tak banyak meragam, makan pun dia ok, maklum ler makanan sana agak manis2 kan....so layan pic ni.....ader yang dia ambik maklum ler nak hilangkan kebusanan dia....heeeeeeeeeeee




Keadaan di Pasar Khadijah....aku bab tangkap gambo ni takut sikit...takut kena lepuk..hahahha, mana ler tau kot2 ader yang tak suka gambo nyer diambil...hahahhaha. So ni jer yang aku dapat...mcm2 ader......

Khamis, 14 Oktober 2010

Aku salah ker??????

Aku telah melakukan kesilapan ker???? Rasanyer tak...aku cuba tanya pendapat btoi atau salah jer....bagi ler pendapat, bukan marah2 mcm tu...tak kan tu pun sampai nak panggil org JAHIL DAN AHLI NERAKA .....memandangkan isu tu isu agak hangat ( bagi aku tak ler sangat...) so aku akan padam kan....sekarang ni tak leh nak berFB...sbb laptop aku tak bawak....pelik kan??? Nak tau apa tajuk nyer...........................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SEORANG LELAKI YANG HEBAT DI PEJABAT TAK SEMESTINYER HEBAT DI RUMAH SEBAGAI KETUA KELUARGA.....BTOI ATAU SALAH KENYATAAN NI???? ( lebih kurang ayatnyer macam ni ler...)

Khamis, 7 Oktober 2010

Mengantuk....

Mengantuknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....tu ler apa aku rasa sekarang. Tak tahan weh....nak angkat kelopak mata ni....bukan nyer tak der keje....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Ni kalu letak kepala sure tangkap leleh ayo basi ni...heeeeeeeee
Bos g meeting, aku pun bkn tak der keje....byk gak ni maklum ler nak hujung tahun...nak settle LO...
adoi! mcm mana ni??????????? tulun...tulun.....
mata nak tutup dah ni.....

Rabu, 6 Oktober 2010

Makan Untuk Idup....Idup Untuk Makan....

Penat...penat..... Dalam seminggu 2 ni asyik makan jer......baru tadi g makan open opis kat PPD Kuantan....aduiiiii..........penat kenyang jer...mana ler badan tak kembang.... Sok dah kat Tingkat 7 pulak...heeeeeeeeeee.

Minggu lepas mmg penuh jadual makan...tapi kan cuba ler korang piker negara2 yang kurang makan, sian kan???? Jatuh atas tanah pun kutip makan..huhuhuhu...



Apapun mmg orang malaysia ni pemurah dan patut bersyukur banyak rezeki.....tak seperti negara2 yang kekurangan makanan....... tak sampai hati nak tegok, sian betoi....tak sampai ati nak tegok....



Isnin, 4 Oktober 2010

Raya Lagi......


















Ni jer ler yang sempat aku ambik.,..sbb weh! maklum ler Majlis 3 in 1...heeeeeeee. Sambut Raya, berpindah dan berpencen...... di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah......

Ahad, 3 Oktober 2010

Raya Sakan Zon Citrus 2010

pose mengelakan body nampak 'kembang'...hahahhaha
mentang2 ler sponsor kek, nak ambik pic pun depan kek....hahaha

sebahagian warga Tingkat 6 (state)......


wow!!!!.....ni yg sempat ambik pic....heehhe, sbb lawa tu....

' 3 beradik'.... heeeeeeeee

me n Pn. Zura....

mamat sarawak ni kena paksa beli baju melayu dgn anak2 buah...hahahha


sempat lagi tu......

ni Mr . Zohir dgn Ijat ( mama sorang ni pantang nak camera, menyelit ajer ..heeeeeeeee )

ni ler kawan gaduh...ari2 nak cari pasal dgn aku, Mr Saharuddin.....

1hb Okt 2010....
ari yang ditunggu2kan oleh warga kerja JPNP....jamuan raya. Alhamdulillah semuanyer berjalan dgn lancar. Hasrat nak satu kayu pun terlaksana.....
Geng lelaki pun sporting bila semua pakai baju melayu sepasang... Mr Willson pun kena paksa beli baju melayu...heeeeeeeee, sian mamat sarawak tu...
apa2pun terima kasih pada kengkawan kerana kerjasama yang diberikan....
tahun depan kita wat lagi.....
kalu nak tegok lagi gambo..leh bukak kat FB...kat situ byk...