Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tinggal 2014.......

Last day 2014....Ya Allah macam2 jadi dalam  tahun ni. Yang paling penting dan bersyukur aku dapat bersama my husben...Ya Allah syukur sangat2 penantian selama 2 tahun berbaloi bila my husben dapat balik semanjung n aku pun dengan izinNYA dapat gak pindah ker sini... Alhamdulillah... Secara peribadi banyak gak yang aku lalui tahun ni sedih, kecewa , gembira...entah la macam2 apa pun yang buruk aku akan jadikan sempadan dan pengalaman hidup buat ku dan yang manis aku kenang sampai hujung nyawa. Aku tak mau dah pandang ke belakang...yang penting depan dan depan... anak2 pun makin meningkat usia mereka..tumpuan dan perhatian aku kena lebih pada dowang. Aku akan belajar dari kesilapan dan kesalahan yang lampau.. Aku tak kan ulangi lagi.

2014 ni terasa kepenatan...mau tak kalu di cerita kan bab pindah umah dalam tahun ni yer 3 kali pindah umah...korang bayang kan ( try bayang yer...jangan nak nganga jer kih4 )...dari klang pindah ker simpang pulai, simpang pulai sempat dok 4 bulan pindah pulak ker lahat...adoi!!! sawan beb barang2 bukan sikit Ya Allah nak packing...nak mengemas nak menyusun ..kadang2 rasanya sampai tahap ni aku tak berehat langsung.... ops!!! jangan merungut...Allah dah tunaikan permintaan aku so jangan merungut  STOP!!! bersyukur jer. Betoi. Sekarang ni  bersyukur jer janji Allah pasti...Allah tak pernah mungkiri janji lambat cepat jer... Alhamdulillah

Kat Klang dok tingkat 4.. dapat lak dok simpang  dok simpang umah teres 2 tingkat tapi kecik...dan lahat yang last setakat ni la...tingkat 2 umah besar..puas hati. Dan paling best Abah stay with me n ader bilik sendiri senang nak lari dari cucu2 ganazz dia hahahhaha Alhamdulillah saper nak datang pun aku suka  iyer la...dok klang dowang merungut tak larat naik tangga.... dok simpang umah kecik  ..n last DIA bagi lahat tak puas hati lagi aku tak tau la.. mmg ko manusia jenis apa pun tak tau la.... hahhahaha

Tapi betul lah macam2 jadi tahun 2014...dugaan dan ujian DIA berikan mana dengan kehilangan MH370...MH17 ditembak...kemarau lepas tu banjir besar dan QZ8501 terhempas Ya Allah tak tau nak cakap...berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul...Sama2 kita memohon keampuan dari DIA...
Tahun 2014 adalah tahun kesedihan...tapi kena ingat apa yang berlaku Allah dah rancang n apa yang berlaku ada hikmahnya..Perancangan DIA dah cantik...cantik sangat2. Dia beri ujian dan dugaan dalam bahasa alam...
Kita cuba piker apa yang jadi adakah 1 teguran, ujian atau hukuman??

Biarlah 2014 menutup jendela dengan 1001 kenangan pahit dan manis... Bagi aku apa yang terjadi pada diri aku sendiri terlalu banyak...aku nak lepaskan segala kepahitan tak mau ingat n bawak sebesar hama pun ker tahun baru ni...biarlah dia pergi jauh2.....dan aku nak mulakan kehidupan yang baru yang lebih sempurna bersama keluarga.  Tahun 2015 lebih mencabar tau sebab Ammar n Anis dah bersama 100% aku kena uruskan segala2nya dah sekarang ni...dah terasa kepenatannya hahahhahaha. Nak kena cari ubat kuat ni kah3 ops!!! supplementtttt biar aku cergas dan cerdas nanti , aku nak jadi bibik n cikgu dah ni hahahha superIBU!!!!! jangan ibu yis udah , makin kembang lak aku kang...mau tak , stress jer kunyah..stress jer  kunyah mau tak kembang kui3
Ok ler tercapai gak aku nak entry di last day 2014..... aku sentiasa berdoa semoga ALLAH permudahkan dalam segala hal yang aku lalui...Amiinn

Selamat tinggal 2014....
ok SALAM

Rabu, 24 Disember 2014

Banjir .....Hanya Doa Buat Mereka

Banjir makin buruk....Ya Allah takut aku tegok macam2 dah gambo masuk dalam group wasap yang paling aku tak tahan bila aku tegok video bot penyelamat terbalik Ya Allah berjurai air mata aku.....macam persaaan tambah dengar sora budak2 menangis...Ya Allah sian nyer.... 

Bila sebut musim tengkujuh sure ramai yang ingat bah dan banjir...seumur hidup aku...alhamdulillah aku tak pernah alami lagi , setakat air masuk dalam bilik tu pun dah kecoh....

Kali ni banjir paling teruk dialami di kelantan....hampir semua tempat dah dipenuhi air tiada lagi daratan... Kampung hubby di besut Alhamdulillah tak banjir tapi jalan ke sana semua dah ditutup menurut kawan aku yang terkandas di Pantai Remis ...Suaminyer bertugas ni Gong Kedak konon balik bercuti...ni tak tau macam mana nak balik ker Teganu... Walaupun aku tiada sedara mara tapi ramai yang aku kenal...kawan2 ramai di sebelah pantai timur... Di kuantan jangan cakap ler aku pernah menetap 4 tahun disana,  Aqil pun dilahirkan disana ...bermakna ramai kengkawan yang aku kenal disana.
Macam mana la keadaan dowang...Ya Allah permudahkan urusan menyelamat disana...urusan bantuan pakaian makan minum ubat-ubatan...

Hanya mampu berdoa untuk meraka...mari kita berdoa sama dan amiinnkan bersama mudah2han Allah makmulkan doa kita...


" Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu"

Awasi anak gadis anda.

copy & paste
Peringatan buat ibubapa yang mempunyai anak gadis

1 Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.

2 Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti

3 Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.

4 Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.

5 Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.

6 Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.

7 Perbetulkan pakaiannya.

8 Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak gadisku Nur Anis Syamimi...

Adab seorang isteri

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Titmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830.

Berikut adalah 13 adab isteri terhadap suami yang perlu diketahui. 


1.  Ketika suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau melawan cakapnya. 

2. Apabila suami marah maka hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami dan seeloknya berdiam lebih baik terlebih dahulu.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Jangan pula kita mengharapkan suami akan meminta maaf kerana ego seorang lelaki amat sukar dibendung. 

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.


Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Banyakkan bersabar dan bertolak ansur

4.  Apabila kuku, misai dan janggut suami telah panjang, segera lah memotongnya

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya....



6. Isteri perlu tahu apa yang disukai dan tidak disukai.  Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng...

Suami pastinya suka dengan air tangan isteri

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.

Kekemasan seorang suami pastinya menampakkan terjaganya seorang suami


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi..

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah....

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami..

p/s :- Maafkan saya...saya tak mampu tolong terima saya seadanya ...hanya ini yang mampu aku ungkapkan...sobsobsob

Selasa, 23 Disember 2014

touch up!!!

Umah dah siap aku renovate hahahhaha umah blog ler...umah baru jangan citer lagi....bosan gak asyik tegok sama jer...so aku touch up ler sikit...
Jeguk2 kan umah oarang so dapat ler idea...dasat gak blogger2 ni...tapi design tak le cuma isi dowang macam...kalu yang berjalan tu...berjalan ajerrrrrrrrrrrrrrrrrr sampai oberse tiap2 bulan aduh!!!!! kalu dah masak tu wat peyot aku lapo jer..... tapi ok ler aku malas nak jeguk blog yang wat aku stress so paham2 jer ler....
Tak kurang gak yang komen aduh2 !!!! macam2 komen nyer....setakat ni blm ader haters aku hahahhaha mcm ler ramai jeguk blog ko yer jah.... ader aku kisah janji aku ader blog ko hader ker????
Anyway ni aku simpan untuk anak2 aku biar dowang tahu apa yang aku lalui pahit manis aku nak simpan di sini....tapi leceh aku belum ader henpon yang boleh on blog hah ko!!! dah canggih nak lagi canggih..nanti ler...kena main kutu lagi jawapnyer ni....Wokey cukup setakat ini aku nak di lunch dengan my hubby walaupun rajuk ku masih ader sisa kahkahkahkahkah jani peyot di isi dan dibelanja hahahahhahaha

bye SALAM

Isnin, 22 Disember 2014

Al-Fatihah , Perginya seorang kawan....

Al-Fatihah
Allahyarham Reduan Abdul Rashid
16 Nov 1978 - 20 Dis 2014


Arwah berbaju merah,  tak pasti meninggal sebab apa tapi arwah  aku kenal dari tadika lagi... kami bertiga aku, Alias ( Yeh ) dan Arwah Reduan (Wan ) selalu balik dari tadika berjalan sampai ke rumah aku melalui kebun getah...masa tu Wan masih dok 1 kampung dengan aku...tapi entah bila  arwah berpindah aku pun tak pasti... Arwah baik..pendiam tak banyak perangai...dan ingat lagi satu hari kami berbual tentang cita2 ( lebih kurang ni le borak2 kitorang...) Aku memang cari arwah  akhirnya aku jumpa tapi Allah dah menjemput dia kembali

Yeh : Beso sok kome nak jadi apa
Wan : Aku nak jadi komunis
Ami : Eh! bukan komunis tu jahat ker?
Yeh : Aku nak jadi askar
Wan : Aku pun nak jadi askar ler

Semoga rohnyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Amiinn...............

Khamis, 18 Disember 2014

penat!!!

Wajah2 kesayangan yang sering menguji kesabaran hahaha
( gambar 2thn yg lepas )


Penat...penat tu jer yang dok terkeluar hahahha memang penat pun... minggu ni hubby keluar lagi...minggu lepas seminggu... ala ader dia pun penat gak hu3..... anyway boleh ler harap basuh baju..layan anak2... ni semua ke bahu aku...tambah  pagi...bersilat kat dapur dah 1 hal.... ni kena dengan Aqil lak tak mau g umah Ibu Intan adoi dik...ko buat mak ko harimau hari2 kan suka kan....sob...sob...pagi tadi aku paksa Ammar n Anis ikut hantar dia ....udah ler malam tadi dok pakat terjerit sana sini...sampai atok pun dah tinggi sora...hahahhaha ilang sabo dah ler atok tu... along n kakak kaki mengusik yang adik lak manja lebih ....adoi sikit punya hal terjerit2....yang anis sikit 2 menangis adoi!!! tolong la aku ni memang pantang dan tak suka orang mengada2 ni ...nak nangis2
kadang2 aku pike macam mana ler yang jadi suri umah tangga tu yer...24jam kat umah....adoi stress mak...
Dapat lak macam anak2 aku 3 dah macam 10 ngko....yong yang 6 tu steady jer membesar sebagai juara pun tak sangka 6 anak. Last sekarang tinggal b2 gak....

Berbalik pada penat...hahhaha dah tajuk penat sure le citer pasal penat tak kan nak citer pasal lain pulak, ni citer bab penat otak...okey2 pendek kan citer mungkin  kesan daripada aku pisahkan dowang kot.... Ammar 2 tahun dok dengan Mak Yang hujung minggu je jumpa jadi dengan adik2 dia tak pandai nak bergaul dan bermain...Anis stahun...dan Aqil pulak sure la..terlebih manja sebab aku tumpa pada dia sorang dah 3 thn baru ader Along n Kakak dok sekali...

Ammar aku penat bila nak menyuruh dia solat...tiap waktu nak berpesan...mengusik adik dah berkali pesan eh! tak jugak dego...boleh dia tak mandi dari pagi sampai aku balik...Ya Allah budak ni...main salin baju jer... Dalam bilik dah bersepah barang2 dah pesan kemas sebelum tido...ermmmmm  1 hal lagi bila soh tido macam2 alasan blh kata lapo nak makan ni orang soh tido ni.... soh buat ulangkaji ermm hampeh jangan harap selagi kita melangut muka dia... bab makan ermm memilih nak panas2... kalu sup sure kena kan panas baru makan... nak sotong ajer . Kadang2 aku tak paham apa yang dia nak merungut2 tak tentu pasai...Ammar suka menyimpan barang2 mainan yang kecik2...tu aku tak kisah yang aku kisah dia bukan nak simpan eh sia tunjuk ke Aqil...apa lagi budak montel tu nak ler terjerit2...Nanti aku wat entry pasal Ammar ni...banyak lagi ni yang aku tak citer.

Anis...penat aku bila dia dok menangis ajer kena usik..kadang2 hal sikit jer pun menangis macam mati laki hah!!! kasar bahasa mak ngko ni kan ...kadang2 aku terkeluar yang tak sepatutnya dah geram sangat...nak jer aku suruh bagi penumbuk sebijik kat Along kalu dia kacau lagi....tak tahan woo dapat anak2 ribena ni...kalu tengah baik amboi!!! kemain buat komplot mcm2 Anis bab makan lagi ler...yang aku tension tu bila kita tanya nak makan apa dia geleng ok! selalunyer jadi kat kedai makan....ok la kalu tak mau makan...so order kita dah sampai ... dia tegok jer kita makan pastu dia sure akan cakap nak rasa sikit...ermmm dalam dok rasa2 tu hbs ker dia...kat umah pun lebih kurang dia akan tegok dulu orang makan pastu baru dia nak makan...kalu ader lagi ok ler kalu hbs mcm mana.... Anis2 bab baju pun aku penat memilih la pulak...seluar tu nak ngam2 paras  buku lali...Ya Allah penat penat kalu tak nagis2...Aku rasa masa aku mengandung ker dia punya le aku kuat.. sebab masa tu dah ader Ammar dan hubby kursus kat Ipoh.... aku handle sorang2 kat umah...g kenek sorang2 naik teksi g pulak keje...sikit tak terbawak dek mengandung kuat fizikal n mental 

Aqil....mulut bagai apa bila orang usik barang dia...mula ayat dia  keluar TU TIN NYER...TU TIN NYER ( tu aqil punya )... waduh2 terjerit2.... bukan dia yang kena hanger Along n kakak yangkena.. kalu marah dia sure jebek dan dia kasi ni ayat lagi  MO WAN BU...MO YANG BU ( tak mau kawan ibu...TAK MAU SAYANG IBU ) selagi tak pujuk melalak punya la sakan.....adoi penat OTAK!!!!!!!  penat badan 1 hal penat otak yang tak tahan.... Asal celik jer mata dia nak lan2 ( jalan2) mungkin masa mengandung aku kaki jalan kot.. merata aku g masa mengandung ker dia...sampai ke Sabah ler jalannya.... adoi adik2...tapi tak kata ler dia memang manja dengan aku...Aqil ni lain sikit tak tau nak cakap macam mana....Dalam dok kerenah aqil macam tu tapi dia pandai ambik hati hahaha tu yang payah tu...tau dia salah n silap cepat2 dia peluk aku... mula ayat dia YANGGGG BUUU ( sayangggg ibuuu) cayo aku beb!!!!!hahahhaha

Tu baru 3 kan ader hati nak tambah 4 hahahhaha....tak mau la cukup la aku ni pike KUALITI jer bukan KUANTITI...so paham2 ler bukan senang nak didik anak2 sekarang ni samapai satu tahap aku nak menagis tau...kalu aku tak kuat mau aku kena jail sebab mendera anak hahahahha.... sekadar cubit tu kes dera ker??? Tapi kalu hubby dia tak pukul tapi dia akan heret anak g bilik air n siram kah3..... bagi sejuk sikit katanya mcm tu pun ader ermmmm

Garang2 aku pun tapi aku tak leh orang marah anak2 aku biar aku sorang jer marah or pukul tak tau kenape pernah sekali hubby calitkan bibir dengan cili sbb masa tu Ammar dapat habit sebut something aku lupa dah apa yang dia sebut ...apa lagi mengelupur ler kena belum lagi last2 dia tegigit bibir  n berdarah waaa.... aku leh menangis sayu le pulak kalu aku marah or rotan tak pulak sayu  ..pelikkan naluri seorang ibu...jangan kata aku sorang jer pelik sure ramai lagi mcm aku...ermmmm dah ler.. citer pasal anak dan kepenatan ni...Insya Allah ...Allah melihat apa yang kita lalukan...anak2 AMANAH Allah jaga la sebaik mungkin....dalam dok marah2 tu aku sentiasa berdoa agar anak2 aku Ammar, Anis dan Aqil jadi anak2 yang soleh dan solehah jadi kebanggaan Abah dan Ibu...Amiinn

Eh!!! mcm tak kena jer tajuk dengan citer  ...lantak ler blog aku jangan nak komplen yer...sapa soh skodeng blog aku kih3....
Okey la nak pejam jap.... gantuk sangat2 rasanyer Sok aku cuti dapat la aku rehat sikit tak yah bangun awal..heheheh tapi still penat hu3 melayan 3 buah hati pengarang jantung

Bye SALAM


Rabu, 17 Disember 2014

ada ketika.....

hahahaha tiada kena mengena dengan entry ini muka 
ini muka majuk....


Ada ketika , perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain. Ada ketika , orang lain tak hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada ketika orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka. Ada ketika kita rasa letih diatas semua ini. Tapi suatu ketika , pasti semua ini ada jawapannya selagi memilih untuk bersabar.

Selasa, 16 Disember 2014

diuji lagi....

aku suka share kata2 macam ni..maklumlah nak bermadah pujangga tak pandai walaupun dok kelas sastera tapi ermmmm hampeh kot bab2 mengarang ni tambah pulak ayat2 penuh madah dan helah mcam ni hahahhaa so biarlah kata2 ni berbicara sendiri.....


Isnin, 15 Disember 2014

Merajuk????? masih....


Abah

Dah 2 minggu abah dok dengan aku...ermmmmm makin selesa dia Alhamdulillah.  Dalam usia 76 thn macam2 penyakit yang ader tapi abah ni jenis suka makan ubat n suka dok hospital hahahhaha jangan tak caya apa juga ubat yang orang syor kan sure dia nak cuba. Tak pasai2 dalam 2 minggu lepas dia kena pakai pampers... risau gak aku apakehe nyer...rupa nyer kisah bermula bila Abah rasa yang di payah nak shishi....apa lagi ajak ler Yop g kenek....Yop ajar wat senaman tapi Abah biasa ler mana mau dego ajak gak g ...so doktor pun bagi injek dah Abah yang nak .... balik umah,  Yong dah pesan jangan makan ubat sbb doktor dah injek..eh2 Abah tarak mau dengar makan pulak ubat apalagi menitis2 ler shishi tak sempat nak ke toilet...udah haru biru...... eh2 ader pulak yang pelawa makan ubat tahan shishi adoiyai!!!!!!! Abah ...Abah.... makan pulak kesudahnya pakai pempers dari sihat2 ni tak pasai2 pakai pampers....

Dia siksa la sikit nak dok umah sorang takut.... nak dok umah yong pun bukan ader sapa lagipun tido bawah bawah payah nak bangun n toilet pun jauh.....Aku pun pelawa la...lagipun aku mmg kesian Abah dok sorang...petang jer bawak ler beg gi umah Yong...maghrib gi masjid lepas Isyak baru balik umah yong...Lepas subuh berangkut lak balik umah kampung....siankan  dah tu mai ler umah aku nak dok umah kak Yang tau2 ler Abang Ngah kang dihalau nyer Atok hu3 Tak yah pening2 mai jer dok dengan aku tapi sian gak ler  tak dapat nak g masjid nak cap teh pun motor tak der...motor aku dah hantar kampung bagi ker dia...

Bukan susah pun nak jaga Abah ...makan minum tak cerewet janji ader kuah2 leh dia hirup. Sebelum Abah datang pun aku dah start bangun pagi wat bekpes n lunch untuk Ammar sebab dia tak mau g umah pengasuh yang Aqil dok sekarang.... Start 5.30 aku bangun siapkan apa yang patut...balik keje terkejar2 lak siapkan minum petang...malam pun pike nak makan apa...

Tapi dalam masa abah dok dengan aku , aku dapat rasa 1 kepuasan dan nikmat menjaga dia.... sebelum ni dok berulang ke kampung jeguk dia rasa biasa jer...tapi sekarang lebih menghargai... entah dia atau aku yang pergi dl  so aku hargai apa yang berlaku sekarang...sekurang2nya dapat gak aku berbakti pada Abah...Mak dah mmg tak sempat ler. Yong untung dapat jaga Mak sampai akhir hayat..beso pengorbanan Yong.

Tahan perangai Abah??? hahahaha  biasa ler orang tua..ader ajer tak kena dimata dowang so pandai2 la cover....  Jenis aku banyak diam , bila Abah bersuara biarkan dia nak luahkan pendapat layan jer tak larat nak dengo wat2 marah anak2 hahahahha ok la kan dia penat tak larat nak dego budak2 ni bergaduh masuk bilik tido hahahaha

Okey ler nanti aku citer lagi pasai Abah..oh ya kalu nak tau Abah besday dia sama bulan dengan ku so perangai Abah sama tak perangai aku??????? hahahahhaha 

bye SALAM

Ahad, 14 Disember 2014

Lesu Seorang Isteri......

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.

Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.

Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.

Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.

Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.

Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.

Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.

Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.

Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tekun korang baca yer.... citer ni tak tau ler real story or rekaan semata2 mungkin untuk buka  minda kita semua, bagi aku  aku tak sebelah mana2 pun malas aku wat sakit kepala jer nak mikir hal orang...jadikan iktibar cukup... Dah sejuk pun citer ni kalu 2 3 minggu lepas yer berapi2 orang dok citer pasal Mah  hahahhaha.... selamat beremosi

Khamis, 11 Disember 2014

Cinta Hatiku

11 Disember 2012 - 11.12.11 cantik kan tarikhnya

Alhamdulillah..... hari ni genap usia anak Ibu 

Muhammad Aqil 3 thn..Ibu doakan agar anak Ibu 

menjadi anak yang soleh...anak yang mendengar 

kata dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu sayang Aqil ketat2...


Abah, Along n Kak Ngah juga

sayangggg Aqil...... ♥♥♥







biarlah gambar berbicara...betapa cepatmasa berlalu...rindu saat babymu ...hu3 sekarang dah banyak mulut...tak sanggup kadang2 nak mendengar celoteh yang hanya paham adalah ibu ( kdg2 wat paham jer hahahahha )


sesi sembang dengan aqil

Ibu -  Aqil ..nama abah apa
Aqil : Dullah
Ibu : Nama Ibu
Aqil : Yah
Ibu : Nama Along
Aqil : Ammar
Ibu : Nama Kakak
Aqil : Nismimi ( Anis Syamimi )
Ibu : Kalu nak makan baca apa?
Aqil : Allahumma  ape bu ( jawapnya ibu le kena sambung )
Ibu : Dah kenyang kena cakap apa
Aqil : Alhamdullah ( time kalu anis dego mesti ngekek dia suka )
Ibu : Aqil nak tegok citer apa?
Aqil : ter tun...tu nam nam ( citer kartun kat 611 -astro sure dia terbalik kan jadi 166 hahahaha)
Ibu : Aqil dah makan ker , makan apa?
Aqil : tan cik auk lor yam tan tup ( makan nasik lauk telor ayam ikan sup hahahaha so sweet )