Ahad, 1 Disember 2013

Dalam Kenangan Ahmad Ammar Ahmad Azam...







Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan | Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Siapa yang tidak kenal dengan anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Seorang remaja anak jati Malaysia yang Syahid pada 2 November lalu. Harini Dr Fuh nak share sedikit tentang biodata Ahmad Ammar dan sedikit sebanyak perjalanan hidup Allahyarham Ahmad Ammar sehingga beliau disemadikan. Semoga perkongsian ini membuka mata kita khususnya yang beragama Islam supaya mengikut jejak langkah Allahyarham.
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
- See more at: http://fuh.my/biodata-ahmad-ammar-dan-perjalanan-hidup-hingga-disemadikan/#sthash.4Jl6LqCL.dpuf


Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Kenapa Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki?

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sedikit Catatan Yang  Kongsikan Dari Wall Puan Nur Azlina, Ibu Ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…
Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:
“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

p/s copy n paste... 
Al-Fatihah....Aku tidak mengenali siapa Ahmad Ammar sehingga aku melihat video dr GPTD- Ahmad Ammar Dalam Kenangan ( 1993 - 2013 ) ...Ya Allah hebat betul Ibu n Ayah nya sehingga mempunyai anak yang sedemikan rupa... Mampukah aku menjadi seperti Puan Nur Azlina??? Anak ku juga bernama Muhammad Ammar..... mampukah aku mendidik sehingga menjadi seperti  Ahmad Ammar???? setiap kali aku melihat pasti air mata aku bergenang..entah kenapa.. Ya Allah sesungguhnya janjiMU pasti.. tenang dan damai lah adikku  Allahyarham Ahmad Ammar ..pasti syurga milikmu.....pergimu sebagai Syahid Yang Tertangguh...Amiinn

Rabu, 20 November 2013

Tip Untuk Isteri Kesayangan Suami...

Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilakukan oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
  1. Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
  2. Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
  3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
  4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
  5. memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
  6. bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
  7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
  8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
  9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
  10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Semoga tip-tip ini mampu membantu anda menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.

Khamis, 17 Oktober 2013

Apa itu penceraian?????

Apa itu Penceraian
Dalam syariah cerai atau talak adalah melepaskan ikatan perkawinan (Arab, اسم لحل قيد النكاح) atau putusnya hubungan perkawinan antara suami dan istri dalam waktu tertentu atau selamanya.

DALIL DASAR HUKUM PERCERAIAN TALAK

- QS Al-Baqarah 2:229
الطَّلاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْزَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئاً إِلاّض أَنْ يَخَافَا أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Artinya: Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.


Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talakfasakh dan khuluk atau tebus talak.

Antara punca-punca penceraian berlaku bila...

1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
7. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.

Selasa, 8 Oktober 2013

' BAKAR' kisah silam ?????

Entah kenapa n mengapa aku terusik dengan kisah silam seseorang....dan aku kongsi kan bersama jika ada sesiapa yang ingin kisah silam nyer 'tanam'....

Setiap manusia pasti ada kisah silam. Sama ada yang baik atau sebaliknya, biarlah ia kekal sebagai satu lipatan sejarah meskipun tak mungkin hilang sampai bila-bila.

Setelah mendirikan rumah tangga, seharusnya kisah silam tersebut disimpan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika kisah itu berupaya mengguris hati dan perasaan pasangan. Benar, tiada rahsia dalam perkahwinan tetapi ada ketika, menyimpan sesuatu yang menyakitkan lebih baik dari meluahkan.

Boleh jadi kisah silam anda melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan seperti maksiat, jenayah dan macam-macam lagi. Pastinya perasaan bagai dirobek-robek tatkala mengingati masa lampau pasangan. Bukan mudah melupakan tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan. Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk 'membakar' pengalaman lampau ialah:

  • Sebaik mengetahui kisah silam pasangan, cuba bertindak positif dengan mengawal emosi dan keadaan.
  • Kuatkan hati dan kumpul segala kesabaran untuk berhadapan dengan pasangan.
  • Tanamkan keyakinan bahawa pasangan mampu berubah menjadi suami atau isteri yang solehah sekali gus menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia.
  • Jangan sekali-sekali sisihkan pasangan apabila dia kembali ke masa silamnya sebaliknya bantulah dirinya untuk menjadi suami atau isteri yang lebih baik.
  • Sekiranya anda buntu dan tidak mampu menangani masalah ini seorang diri maka carilah individu yang boleh dipercayai untuk membantu. Meskipun tak mampu selesaikan semuanya sekelip mata, setidak-tidaknya sedikit bebanan yang tergalas di bahu kian hilang sedikit demi sedikit.

p/s COPY n PASTE

Rabu, 2 Oktober 2013

apa itu BISFENOL A ( BISPHENOL A ) ------ BPA ?????

Sebagai seorang Ibu, Mama, Ummi, Mummy... anda kena tahu tentang info ini.. mari kita baca.....

Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA 
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat 
  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi

Sabtu, 14 September 2013

Jangan tak entry..hehehehe

Bucannyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Ari keje petang , yang tinggal aku , azma n kak syam jer yang lain entah ke mana ...hu3 alamat kena tunggu sampai hbs le ni ...nasib badan. Dah le mu hubby ader kat umah ni... hehhehe tak ke mana nyer keje tetap kena keje ...apa dahhhhhhh!!!
Ish!!! dah ler hujan peyot pun dah berbunyi ni....kat pantry ader maggie n kek lapis jer..mana cukup hu3
Aku ni dah lama tak mengomel kat sini...bukan apa asyik layan CC yer...heheheh tengah mabuk game tu sekarang ni. Ok ler ni pun sikit jer awt entry jangan sampai berabuk... tapi kan sebeno2nyer aku ni banyak citer nak diluahkan kan disini tapi entah asyik jem jer otak ni...bila on9 jer sure ilang..tapi bila dok sensorang banyak lak benda nak citer...hu3
Ok ler nak sampai CC...geram aku tak settle2..  ok sayanggggggggggg bye
Wasaalammmmmmmmmmmmmmm

Jumaat, 26 Julai 2013

17 Ramadhan...

Alhamdulillah.... dah masuk 17 hari kita berpuasa. Kejap jer masa berlalu....paling cepat ler aku rasa tahun ni.... bukan apa mmg tak sempat nak wat apa pun. Tahun lepas sempat gak berbuka ramai2 dengan kengkawan... tapi tahun ni....ermmmm entah ler. Hubby lak balik lewat gak tu...semua dah pakat nakbalik kg. Merasa buka di pejabat jer ler. 
Anyway...petang ni aku nak balik Taiping, biasa ler nak jumpa dengan anak teruna yang suka wat provok tu..hu3 Bukan apa in shaa Allah nak tunai kan permintaan dia nak buka dengan KFC... layan jer ler...lagipun posa tahun ni Alhamdulillah tak ponteng lagi tu. Kuat sikit dari tahun lepas. Tahun lepas tak larat Mak Yang nak layan..tapi ok la tahun ni cuma kerap ponteng sekolah petang... 
Aku ni pun tak berapa nak sihat lagi still batuk..Aqil pun macam nak semput semalam, mujur pagi ni dah ok tapi still batuk2. 
Mungkin sebab jerebu kot...iyer la 2 3 hari jerebu datang balik....dan dengan kuasaNYA Alhamdulillah sekarang ni tengah hujan lebat kat Port Klang....
Oh yer...malam ni majlis berbuka puasa  XPROVOS Kuantan....ermmmm tak merasa ler nak jumpa kengkawan. Hubby soh g sana ....uik!!! malas ler teman . Nurul n OC wat kat Ipoh... tak per ler  in shaa Allah lain kali leh jumpa lagi.
Ok ler teman nak g menyiasat jap ader ker orang kat kaunter luar tu...hehehe kang sedap2 teman kat sini orang kat luar bising kaunter tak der berorang...
WASSALAM...........

Ahad, 21 Julai 2013

Dugaan 11 Ramadhan ....

Alahai masuk jer ramadhan ker 11 ..antibodi aku telah tergugat..hu3  tetiba jer aku sakit tekak. Nak kata meneguk air ais idak pulak..tapi nak dijadikan citer aku telah menghabis kan air sirap buatan somi ku ( ayat pa ni..hehhehe ) tu pun betoi2 2 teguk , kononnyer sayang nak buang sbb nak basuh botol air tu.... apa lagi bangun pagi mak ai ...tekak punya la sakit. Kahak pulak naik hijau lumut hu3.... Memang aku tak pernah buka dengan minuman berais...semuanyer minuman panas, kalu hubby nak sejuk pun dia bancuh siap2 dia sejukkan ajer dalam peti ais.. Hubby pun ader lagi kat umah tu , dia pun tak berapa sihat ...sakit perut la ..selsema la...hu3 . Pagi sok terbang. Cuti balik raya dia dah ambik 4hb.... Anyway sementara dia ader ni ringan la sikit beban aku. Ni dah dua hari anak2 tak hantar saja jer aku biar . Semalam pun aku keje ptg ..anak2 dia yang mengasuh. 
Hari minggu yang indah ni pun aku keje pagi..badan pun rasa seram sejuk nak demam...dok batuk jer ni...kalu batuk saja ok lagi ni...siap kahak lagi tu....hu3 perit tekak. Kalu tak posa dah lama aku tibai ais krim vanila...
Tak pa...tak pa...dugaan tu soh diam sikit posa2 ni , dosa kalu lebih cakap sangat...Alhamdulillah DIA sayang kat aku ....sbb tu dia bagi kat aku penyakit ni. Apa2 pun selamat berbuka semua, petang ni tak tau nak buka apa..masak lagi sedap kot dari mmbeli yang mahal tapi rasa entah apa2...hu3
Ok la babai semua...Wassalammmmmmmm

Jumaat, 12 Julai 2013

Salam Ramadhan...


Salam Ramadhan....tak terlewat lagi aku rasa untuk mengucapkan salam ramadhan kepada semua umat Islam...,memandangkan baru 3 hari kita di bulan yang mulia ni.. Alhamdulilllah merasa lagi aku untuk menikmatinya entah sempat hbs or tidak aku untuk merasai menikmatan bulan yang  mulia ni. 
Puasa ni bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tapi dari semua perbuatan yang tak baik. In shaa Allah bulan ni memberikan aku lebih keinsafan dan memberi ruang untuk aku lebih untuk membuat amal ibadat kepada NYA.....
Bercerita pasal bulan ramadhan ni Alhamdulillah..tahun ni aku tidak kesunyian Pak Yang & Uda tiap2 malam datang walapun sekadar bersahur..hehehhee. Pak Yang dah balik ker kat KL so...sebelum dia dapat bilik sewa...dia 'sewa' ler kat umah aku dulu... pagi tadi pun my habibi baru baru ker Kuching..so sempat lak 2 hari berbuka bersama2...Alhamdullillah...
K ler hari ni aku buat pertama kali berbuka posa bersama2 kengkawan di opis... Cik Ma balik kampung so aku , Rina, Rizal, Abg Shaadan, Wan dan Cip Midin.
Sesungguh aku bersyukur padaMU Ya Allah...dengan apa yang telah ENGKAU berikan rezeki berbuka buat ku dan kawan2 semua....Alhamdulillah

Khamis, 20 Jun 2013

Aqil budak demuk.....

Salam....ish!!! mcm tak caya kita  bersiaran petang yang indah ni yer...hehehehhe. Hari ni teman keje pagi ..tapi kena sambung petang..Mek Tan Tin Tun cuti lak pulak.....ermmm terpaksa ler menyambung. Dalam kol 2 tadi pi kenek....biasa ler time check up Aqil......last kena injet, tapi check up nyer still kena buat sampai umo 7 thn kot. Aku selalunyer kalu ikut pengalaman Ammar n Anis..last injet jer terus tak dah..Alhamdulillah dowang pun sihat tak der problem.
Tapi yangbestnyer biasa ler kan ...kenek pandamaran.,..dah la ramai, Aqil lak wat perangai tak mau timbang so dengan aku2 naik timbang dah pecah rahsia berat aku..hu3. Citer bab Aqil ni adoiyai!!!!! berat dia 14.2...dah hampir2 ker aras obes..hu3 Makan kira boleh la tapi dia ni kuat susu... Susu pun bukan susu mahal pun susu biasa2 ajer. Susu turun temurun dari Ammar n Anis lagi..susu ni ler aku bagi kat dowang. Kalu citer pasal Aqil ni..hu3 aku lebih rela angkat barang dari dukung dia kalu naik ke umah.. Time sekarang ni boleh ler Abah dia ader..k ler dah masuk kol 7 ni, paham2 ler yer papa adam dah panggil hehehehhe....i like uuuuuuuuuu..babai

Sabtu, 25 Mei 2013

Waktu bertapa sudah hampir... :)

Salam...Alhamdulillah masih berkesempatan aku melawat 'umah' aku yang semakin berabuk ni...hehehhee ... petang ni nak balik...waaaaaaaaaaaaaaa sedih ader sayu ader...gumbira pun ader semua ler kiranya perasaan  aku ni. Tambah lak ader perkabaran yang tidak enak aku dengar semalam dari Kak Yang...hu3 Rasa malas lak nak balik... Entah ler otak aku dah banyak masalah malas aku nak piker2 lagi...
Yang penting 1 minggu aku bertapa kat kampung halaman ku...n sudah pasti aku akan  berperang dengan anak2 ku yang comey2 n manja2 tu..... Tak dapat aku bayangkan...Anyway kepada semua Ibu2 selamat berperang dengan anak2 yer masa cuti sekolah ni...waktu ni la nak bersama2 dengan anak2 pun berilah mereka perhatian yang sepenuhnya....masa ni la pun waktu yang sesuai nak bawak jenjalan  ....lebih merapatkan lagi hubungan keluarga ...Abah n Ibu pun boleh ambik kesempatan untuk 'merapatkan' diri..hehhehehe 
Wokey selamat bercuti semua.....jumpa lagi


p/s : hahahhaha...gambar diatas tiada kena mengena dengan cerita tersebut..hanya gambar hiasan.....

Rabu, 22 Mei 2013

3 vs 1..

Salam Rabu..hehehe...  sok my hubby balik dengan anak teruna..ermmm gamat ler umah. Memandangkan cuti sekolah ni 2 minggu so aku wat keputusan nak dok kampung seminggu dan klang seminggu...ermmmm tak dapat bayang kan aku dengan  anak2 yang banyak ragam tu...hu3 boleh menangis n ketawa kalu dok dengan dowang.. 3 lawan  1... tu belum dok kampung lagi. Atok suka tapi lama2 mau tension gak dia.... tapi nak wat cam ner dah bebudak macam tu ler....
Mana nak bawak jenjalan yer... nak bawak makan2 jer ler. Ammar tu mesti banyak permintaan kalu dengan dia...makan n mainan...hehehehe biasa ler aku dah masak sangat dengan Ammar n Anis... Tak pun ajak g Zoo.... apa ler suka sangat tegok menatang tu yer... Tegok ler mcm mana , ingat nak ajak g mandi kat Wet World jer...suka sangat kalu bab2 berendam ni... sampai tak  larat nak menyuruh balik....
Apa-apa pun aku akan siap bersedia untuk bersilat 2 minggu ni..hehehehe welcome back AMMAR .... 

Isnin, 13 Mei 2013

Selamat Ulangtahun Sayangku Muhammad Ammar Bin Abdullah


Hepi besday sayang..... Dah 8thn rupanya anak teruna ibu ni...dah jadi anak teruna pun. Jap jer rasanya... Walapun pun dah 8 tahun tapi Ibu masih ingat detik2 mcm mana Ibu nak dapat kan Ammar... dan masih terasa peritnyer Ibu nak melahirkan Ammar...2 hr tau Ibu kat wad HTAA....hu3 Tapi tak pa semua tu ilang bila Ibu nampak muka anak Ibu ..

Ibu sentiasa doakan anak Ibu ni menjadi anak yang soleh..berjaya dunia n akhirat.... belajar rajin2 yer sayang...Ibu tak mampu nak bagi kemewahan pada anak2 Ibu ..tapi Ibu akan sedaya upaya untuk memenuhi kemahuan anak2 Ibu sekadar yang termampu...Kalu suatu hari nanti Ammar terbaca blog Ibu ni...Ibu nak Ammar tau yang Ibu amat2 sayang anak2 Ibu... Ibu tak pernah pun membezakan anak2 Ibu.. Ammar , Anis Dan Aqil adalah harta Ibu yang tidak ternilai...Ibu berharap sangat agar Ammar dapat menjaga adik2 kalau Ibu n Abah 'tak der' nanti yer..

Ibu susah hati sebenarnya sekarang ni bila Ammar tak suka nak 'manja2' dgn Anis...tapi dengan Aqil ..Ammar bukan main lagi... Jangan macam tu sayang...Anis pun adik Ammar... sian Anis bila dia mengadu Ammar selalu marah dia n tak mau kawan dengan dia...
Ibu berdoa agar Ammar dan adik2 mesra...Ibu tau Ammar masih kecil dan Ammar anak yang manja..kalu tak masakan nak tido pun nak Ibu tepuk bontot lagi..hehehehehe.

Ammar anak manja Ibu...Ibu sayang Ammar sangat2... Ibu tak boleh nak teruskan lagi sbb air mata Ibu dah tak boleh nak tahan..dan sebelum tu Ibu nak minta maaf sebab saat ni Ibu letakkan penjagaan Ammar pada Mak Yang..bukan Ibu nak lepaskan tanggungjawap Ibu sebagai Ibu..tapi Ibu nak Ammar terjaga dan selamat... mungkin Ammar tak paham tapi ibu yakin suatu hari nanti Ammar akan paham kenapa Ibu hantar Ammar pada Mak Yang... tapi percaya la, hanya sekejap sahaja..bila dah semuanyer ok Ammar akan berada disamping Ibu setiap saat yer sayang....apa2 pun...... 

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG..MAAFKAN IBU SEBAB IBU TAK MAMPU TAK BUAT MAJLIS BESAR-BESARAN....HANYA DOA KESEJAHTERAAN BUATMU SAYANG... I LOVE U SO MUCH.

Rabu, 6 Mac 2013

AL-Fatihah Buat Perwiraku.....

Al-Fatihah buat perwira-perwira yang telah terkorban semasa memperjuangkan hak  dan maruah negara. Isteri2 telah kehilangan suami..anak2 menjadi yatim akibat kehilangan seorang bapa dan Mak Ayah kehilangan anak2... Tak tau nak cakap apa...aku juga seorang isteri tentera, aku dapat rasa kan  mcam mana perasaan seorang isteri kehilangan suami ..tempat bermanja dan bergantung hidup.. Hanya Allah yang tau..betapa pilu dan sayunyer bila dapat berita tentang 'perginya' insan yang kita cintai dan kasihi. Apa2pun pergi mereka  dengan bermaruah dan terkorban dimedan peperangan adalah syahid.  Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan yang beriman..dan roh mereka dicucuri rahmat.. Amin
Hati aku berdebar dan takut sebenarnya...bila hubby ader inform yang dia kena standby di satu lokasi ..kata group pertama dah berada disana...dan dia adalah group k 2. walaupun bukan berada di tempat 'perjuangan' tapi hati kau tetap berdebar2... Ya Allah Engkau lindungilah suamiku dan teman2nya dari sebarang bahaya... Engkau permudahkanlah segala  urusan meraka disana dan kembali lah keamanan di bumi Sabah. Semoga suamiku Abdullah Mamat dan rakan2nya selamat pergi dan balik.

Isnin, 25 Februari 2013

Nasi dah jadi bubur....

Nasi kalu dah jadi bubur...wat la mcm mana pun tetap jadi bubur....so kalu nak masak nasik tu, hati2 yer. Sekarang ni dah ader rice cooker so tak risau dah cuma pandai sukat air jer...hahahha apa la yg aku merepek di tenghari ni... Tak ader ler cuma aku ingat kan diri aku sendiri... kata2 diatas aku supaya lebih berhati2 dengan setiap apa yang aku lalukan... aku tak mau lagi seperti sabtu yang lepas...disebabkan kecuaian aku , aku hampir2 ........a'ah tak nak ler aku ingatkan balik. Semua perasaan ler ader....yang pasti in shaa Allah semua ni tak kan terjadi lagi.....

Sabtu, 23 Februari 2013

dulu...kini dan selamamya .....


Tak mampu lagi untuk aku berkata hanya petikan ini mampu meluahkan isi hati ku.... sesungguhnya dari dulu...kini dan selamanya yang aku merinduimu.....

Khamis, 14 Februari 2013

Kenangan Terindah ~ Arash95

 Ini adalah perjumpaan kali ke 2 Batch 95 - 10.2.2013 
 Alhamdulilah .....semoga 2 tahun  lagi kita akan berkumpul...Luv U All

Selasa, 12 Februari 2013

Arash95 SMRS..... Luv u All

Gong Xi...Gong Xi.... wah...wah.... dah macam dok medan perang jer, mercun bukan main lagi berdentum dentam..... Dah lama tak dego bunyi mercun.... 4thn dok Bt 10...ermmmm  selesa jer telinga..hehehe bila balik ke sini...mak ai!! meriah sungguh...  Tapi meriah ker tak meriah ker...sama jer, aku kena keje. Anyway hujung mggu ari tu ker balik kampung... Kena la balik nak jumpa anak teruna...layan kerenah anak teruna sorang tu... ermmm balik sini pulak anak teruna kecik tu lak demam, ish!!!! dah ler abahnyer nak balik petang ni..... Demam tu bukan pa..punya ler sonok main kat luar...ermmm orang dah dapat kaki...kawasan luas pulak tu...amboi!! nak hala ke pintu ajer dia... 
Citer pasal cuti....sempat gak aku join perjumpaan Arash95...Alhamdulillah...walaupun tak ramai tapi dapat gak jumpa dowang... biasa ler time cuti ramai ader hal masing2...nak wat cam ner...
Aku pun tak ambik banyak gambo masa tu...Nanti aku cilok gambo dowang kat FB...aku masuk kat sini...hehehhee.. Yang pasti masa perjumpaan tu...Alhamdulillah kami buat bacaan Yassin, yang diketuai oleh Hassan...dan mengadakan atau mewujudkan jawatankuasa..Dan ini adalah orang-orang yang dipersetujui oleh semua yang hadir pada hari tu.,.....



        Pengerusi : Abdul Karim


                            Timb. Pengerusi : Saiful Azizi ( sowi pic tak der....)

                 Bendahari : Cik Lina @ Noorzalina Hashim  ( my sepupu )

                                    Pen. Bendahari : Mazni Yusof

aku harap sangat...agar Arash95 akan kekal wat selama-lamanya... tak rugi jika persahabatan ni dikekalkan hingga akhirhayat....



Ahad, 3 Februari 2013

Memperkenalkannnnnnnnnnnnnnnnn..........

Gambar: my 1st niece..Aisyah Humairah..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ni la dia Nur Aisyah Humaira...cucu sulung dari anak saudara lelaki sulung dari kakak sulung aka Yong..hehehehhhe So ni ler dia.... permata hati Muzaffar Nor n Nur Aisyah....
Alhamdulillah..... bertambah seorang lagi kaum keramat  aku...bermakna duit raya tahun ni kena tambah lagi la yer..hehehhe Tak sabar nak jumpa face to face... Opah tunggu Humaira yer...Kak Ngah Anis pun tak sabar nak tunggu Humaira datang, hbs semua baju baby warna pink dia nak soh  Opah beli... hahahah3 lawak la Humaira bila nak menyebut OPAH.... tapi  disudut hati sayu nyer rasa...bermakna dah tua pun aku ni..hu3

Khamis, 31 Januari 2013

Wajah kesayangan hamba.....

Ops!!!! jangan cakap apa2.... aku ni memang suker sangat bergambo walapun ku sedar diri ni tak lah secantik Dato' CT dan tak ler seayu Erra Fazira...hu3..... tapi aku tetap suka bergambo....hahahha nak tungu muka macam dowang alamat ermmmm kempunan ler aku....hu3 Anyway ni saja aku entry  aku bersama insan yang aku sayang.... MUHAMMAD AQIL BIN ABDULLAH....  ermmm anak teruna ni dah makin nakal sejak pandai berjalan ni... tak dok diam. So layan ler yer...kot2 sapa2 yang nak wat menantu...blh isi borang sekarang....heheheheh

Sabtu, 19 Januari 2013

~ PASRAH ~


Entry nak kasi clear habuk....:)

Salam....ermmm dah masuk 19 hari di tahun 2013 yer...jap jer. Anyway dah berapa hari tinggal 3 beranak kat umah tu. Tati dah balik kampung....iyer ler nak wat persediaan bulan 3 ni... :)  Hubby pun dah balik sana, tapi minggu depan balik lagi..hehehheh  Ader meting katanyer 22hb hingga 23hb... Baru nak plan balik kampung naik bas or ketapi...ermmmm dah kena plan lain ler pulak . Sian Ammar kat sana, windu aku. Nakal2 dia pun tak der sunyi aku...nak melayan kerenah dia. Dah boleh harap anak teruna tu. NI kat sana dah start naik van ke sekolah. Dah Abang Ngah dok pengsen jer. Sian Ammar. Tak pa la nanti Ibu ambik Along dok dengan Ibu yer...Sabar yer tak lama dah pun. 

Ni tengahari ni nak g kenduri umah En Midi. Kenduri kawin anak2 nyer. Ish!!! memang terkejut gak aku, aku keluar dari sini tahun 2008..masa tu rasanya anak2 dowang kecik n still sekolah...tapi bila balik sini tahun lepas semua dok pakat terima menantu...dah ader cucu pun..hahhaahha cepat pun masa berlalu.  Tu bermakna aku dah tua pun...hu3 oh! Tidakkkkkkkkkkkk 

Okey la aku sekadar jeguk jer kat sini...jap jer.. Nak update citer2 yg panjang kena ambik masa lama...ni pun aku  dok kaunter 3, Sepatutnya keluar dengan En Rahman..ermmmm tapi dah lambat sampai Yan tukar dengan aku. Macam ni kehidupan di MAQIS...keje di kaunter tak pun di keluar examin.. busan gak. Di kaunter dengan kerenah agen2....kalu keluar lak...adoyai!!! tak tahan panas... ermmmmm sabar jer ler dah dimana kan keje. MAna ader senang. 

Anyway......sampai jumpa lagi adiossssssssss  muah!!!!!!!!!!!!!!!!


Selasa, 8 Januari 2013

Semoga cepat sembuh yer Adik Ngah....

Sempat lagi berposing dengan Adik Ngah kat wad 4D..ermmm semoga cepat sembuh yer Adik Ngah... Ni adalah Muhammad A'zim anak kepada my sis..Kak Yang. Dia ni istimewa..bakal ahli syurga..Insha Allah....Sejak akhir2 ni Adik Ngah rajin kena 'serangan' ....dia tersedak air liur dan akan diam serta tido secara tiba2.. dan paling kesian dia akan  terkencing terus... Pagi tadi Kak Yang @ Ibu  kejutkan dia dan suruh dia kencing....tiba2 dalam bilik air dia diam...dia toleh ke Kak Yang dan terus jatuh...Kak Yang terus panggil nama dia, dan panggil my hubby...masa tu aku still zzzzzzzzz, iyer la tengah 'cuti' tido ler lama sikit...hehehhe .....aku terjaga sbb dengar suara Kak Yang dah terjerit2 nak dalam bilik air..... megrogeh aku bangun...tegok2 Adik Ngah dah terduduk. Nak mengangkatnyer,,Ya Allah punya ler seksa, 67kg...huhuhuhuhu . Nak tak nak keluar kan gak dia....tu pun setakat depan pintu bilik air jer...udah dia tarik lak...Ya Allah.. takut aku masa tu.  Lama gak ler 'tarik' nyer....2 hari gak ler dok sepital... Mujur ler  masa pagi tu semua ader....Abah dia pun ader, kalu kak yang sorang2 ...adoiyaii!!!! nak harapkan Ammar ermmmm......Apa2 pun Acu doakan agar  Adik Ngah cepat sembuh yer..

p/s :- entry ni dibuat pada jumaat 5hb Jan 2013....tapi lambat di'post' hehehehe sori yerk!!!

Harapan dan impian di tahun 2013...

8 Jan 2013...Alhamdulillah....dah 8 hari berada di tahun baru. Aku dah pun berada di Klang saat dan ketika ini. Dan Ammar masih lagi bersekolah di Taiping... berat hati aku nak tinggalkan dia semalam...tapi apakan daya... Aku harap sangat  agar  tahun ni tahun terakhir dia di sana.... Dan kemungkinan besar jugak Anis jugak akan aku sekolahkan di kampung n stay dengan Awe nyer. Tapi masih dalam pertimbangan aku lagi....hu3. Keputusan ni semua bukan untuk menyenangkan aku atau kata aku nak lepaskan tanggungjawap aku tapi demi kebaikan dowang gak. Lagipun hanya sementara.

Mungkin ramai yang akan berkata...'sampai hati ko, letak anak2 kat kampung.... blh ko dok jauh dari anak???.....kalu aku la tak sanggup aku berjauhan dengan anak2.....mana leh mcm tu sian dowang pisahkan dr adik bradik..... ' 
Adoiyai!!!!!...ingat aku nak ker semua tu jadi... aku bukan ko...dan ko bukan aku...so kita jalani kehidupan yang berbeza2.. nak tak nak aku kena harung gak semua tu...cuma aku berharap semua ni tak lama....tunggu sampai hubby balik ke semenanjung.

Aku mengharap sangat2....aku penat dah macam ni.. penat sangat2. Okey ler...dah masuk zohor... nanti sambung lagi yer...babai semua...:)




Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT DATANG 2013

SELAMAT DATANG 2013.... SEMOGA HADIRMU MEMBERIKAN 1001 KEBAHAGIAN SERTA KEHIDUPAN AKU LEBIH BERMAKNA. AKU JUGA MENGHARAPKAN AGAR HUBBY DAPAT KEMBALI BERSAMA2 AKU DAN ANAK2 DISINI.... AKU RINDUKAN KEHIDUPAN BERKELUARGA SEPERTI SEBELUM INI.... AKU BERHARAP SANGAT...... :)