Entah kenapa n mengapa aku terusik dengan kisah silam seseorang....dan aku kongsi kan bersama jika ada sesiapa yang ingin kisah silam nyer 'tanam'....
Setiap manusia pasti ada kisah silam. Sama ada yang baik atau sebaliknya, biarlah ia kekal sebagai satu lipatan sejarah meskipun tak mungkin hilang sampai bila-bila.
Setelah mendirikan rumah tangga, seharusnya kisah silam tersebut disimpan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika kisah itu berupaya mengguris hati dan perasaan pasangan. Benar, tiada rahsia dalam perkahwinan tetapi ada ketika, menyimpan sesuatu yang menyakitkan lebih baik dari meluahkan.
Boleh jadi kisah silam anda melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan seperti maksiat, jenayah dan macam-macam lagi. Pastinya perasaan bagai dirobek-robek tatkala mengingati masa lampau pasangan. Bukan mudah melupakan tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan. Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk 'membakar' pengalaman lampau ialah:
- Sebaik mengetahui kisah silam pasangan, cuba bertindak positif dengan mengawal emosi dan keadaan.
- Kuatkan hati dan kumpul segala kesabaran untuk berhadapan dengan pasangan.
- Tanamkan keyakinan bahawa pasangan mampu berubah menjadi suami atau isteri yang solehah sekali gus menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia.
- Jangan sekali-sekali sisihkan pasangan apabila dia kembali ke masa silamnya sebaliknya bantulah dirinya untuk menjadi suami atau isteri yang lebih baik.
- Sekiranya anda buntu dan tidak mampu menangani masalah ini seorang diri maka carilah individu yang boleh dipercayai untuk membantu. Meskipun tak mampu selesaikan semuanya sekelip mata, setidak-tidaknya sedikit bebanan yang tergalas di bahu kian hilang sedikit demi sedikit.
p/s COPY n PASTE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan