Isnin, 30 Ogos 2010

~ Abah Masuk Wad ~

Pikiran aku mula tak tentu hala...bila dapat mesej dr Yong kata Abah berak berdarah...skrg kat Hospital Tepeng....Dah 2 3 ari dah katanyer..nak masuk wat Manjung jauh sgt...Tepeng ok ler dekat dengan Kak Yang.
Chik dah balik pun...Nyah dah tau tapi tak tau ler nak balik or tak..... Aku ??? Ish!!! ni yg buat aku nak naik bas jer ni... Hubby lak kata tiket hbs ke utara...
Call Kak Yang lak kata...Abah kena wat test jantung...kalu x ok...kena masuk CCU...
Ya Allah....Risaunyer hati aku....Semoga tak ader apa ler yg kritikal...Semoga sembuh ler seperti sediakala..blh kita beraya bersama-sama....
Abah tu bukan blh kurang ayo...tambah bulan posa ni, smoking pun kuat, susah nak cakap. Bila mesej dgn Abg. Nan dia tak bagi balik...tunggu ajer. Tapi sampai bila nak tunggu. Yang Along Afiq call suruh balik...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Mcm mana ni?????
Tu hubby tengah ejas cuti... payah btoi ler time2 mcm ni pun tak blh budi bicara dari bos ker?? Kalu bab keje bukan main lagi semua kena wat....huh!! geram btoi..
Harap2 aku blh ler balik..kalu susah sangat memang aku nekad nak naik bas jer sowang2.
Ya Allah ...Ya Tuhan ku...Engkau selamat kan lah Abah ku....
Apa2 pun tengah tunggu kputusan dr hubby.....skrg ni mmg aku tak leh nak wat keje dah...otak aku ingat Abah n kampung jer....

Selasa, 24 Ogos 2010

Dah 14 ari....

Alhamdulillah........
Dah masuk 14 ari posa... time2 mcm ni org dah bz wat kuih muih...biskut....baju raya jgn kata ler...dok sibuk nak basuh...Aku???? Entah ler, mggu lepas baru beli baju Ammar jer, tu pun baju melayu tak beli lagi..nak tempah jangan harap ler tailor nak ambik dah...huhuhuBaju aku n Anis pun entah ke mana lagi...Ingat nak wat sedondon dgn Anis, tapi nak lagi ker Kak Kam ( my tailor ) nak..huhuhu, mcm mana ler aku nak usha dia ni..hahaha. Biskut2???? Biasa ler order saja... tapi tak byk ler..wat membazir jer..kang aku gak tukang makan... anak2 n hubby bukan suka makan biskut2 ni.. Kerepek pun ader 2 jenis jer aku beli... Tapi yg pelik nyer, punya ler mahal kerepek dh skrg ni...ader yg 20 hengget 1 kilo...ader yg 22 henget...ish!!!! apa yg myebabkan mahal yer...nak kata gula naik, apa kena mgena dgn kerepek...yg byk guna minyak & garam...hihihihi
Yang pasti saat dan ketika ini aku mengantuk sgt2...mgkin disebabkan aku tak tido lepas sahur..yg biasa nyer aku bangun 4.30 pagi.....ditambah lak dgn malam tadi Ammar batuk...sian pulak dia. Dh 2 ari dia tak g school ni...
Aku biasa ler, bila bangun sahur...mmg takut nak tido balik, takut telajak...mau tak g keje aku dibuatnyer... Waktu tu ler aku nak basuh kain, nak sapu umah, kemas umah...mcm2 leh wat. Pagi tadi lak aku wat sup ayam utk Anis... sian lak dia, dari malam td nak makan 'cup'.... so aku tapau kan dia ke umah Ibu Ima nyer....
Uish!!! mcm mana nak buat ni....nak tido kejap ker hah! Kol 1 kang nak g wat projek lak..hehehe Ari ni Persatuan Ibu2 nak wat projek Asam Pedas Ikan Kembung..hahahha... smlm pajeri nenas..sedap gak... biasa ler Kok Kholijoh yg masak...mmg ler sedap...
Ah!!! tak kira ler nak g zzzzzzzzzzzzzzzzz, jap.....gantuk tahap tenuk dah ni...huahuahuahua.....

Jumaat, 20 Ogos 2010

Untuk Suamiku....


Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

Para isteri pun boleh baca

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniatdan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suamiterlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isterianda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. KetentuanTuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuksifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalanyang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yanganda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronokdan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauanyang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkanhubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaansemasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramaisuami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihatmenasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan danmengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.
  • Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasamandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

  • Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikanPenampilan diri sendiri. Mana adil?

  • Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita danrumah tangga terancam.


  • Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dankemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagiamembentuk keluarga sejahtera.

  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

  • Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepadaorang lain. Ini wajib dihentikan.

  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmembeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yangmemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


  • entuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayangdan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tanggabahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isterimerajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabilasuami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


  • Jadikan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalamrumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluargabagi mendapat hikmah..


  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalahtertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.


  • Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteriuntuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


  • Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikutusia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara sertaberteraskan iman dan takwa.


  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dankeluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turutberubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


  • Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidakambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahanyang patut berikan kepada keluarga.


  • Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.


  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelakicuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadapsuami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembanturumah.

  • Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. NabiMuhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifatwanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.


  • Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenahahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatifpenyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

  • Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cucihati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baikiamalan dan tindakan.

  • Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hinakeluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


  • Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidikdiri dan keluarga.

  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjagahati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  • Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalammenyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberinasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

  • Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandaikritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikalisteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


  • Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  • Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhandengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupune-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

  • Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati danpendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaluimesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yangisteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


  • Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia.. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

  • Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangandan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik.Kawal macho dengan saksama.

  • Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkandaripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


  • Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkanisteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikutsebarang lintasan dalam hati.


  • Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dannasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minumpetang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

  • Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabarjuga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa

  • Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyangtaubat dan maafkan semua

Selasa, 17 Ogos 2010

Jadikan Anak Sebagai Winner

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Sahur...


"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi"


Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad.


"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari

Isnin, 16 Ogos 2010

Ammar dan puasa.....

Alhamdulillah....
Ari dah masuk hari ke 6 kita umat Islam menjalani ibadah puasa.... Aku still lagi on....hehehehe
Semalam Ammar dapat puasa penuh 1 hari... Hari Sabtu sampai kol 3.30 ptg, tu Abah dia yang beriya2 takut anak penat la...letih la...lapa la....tapi dia tak tau anak dia ader energy yang susah nak tumpang ..hahahha
Semalam siap bangun sahur lagi...tapi minum susu jer... Saja aku nak tegok dia daya ker tak nak tunggu sampai petang.....Jenuh gak ler memujuknyer...siap order ikan kembung stim dan samosa.
Nak tunggu petang...mulut aku t ak hbs2 bercakap...Ammar lak siap ugut aku....kalu marah jer dia....dia tak nak posa dan nak makan coklat...
Mula2 sian gak tegok muka dia bila dia tegok Anis makan nasik...tapi aku saja kuatkan semangat aku ni..hahhaha, bukan apa mmg sian tegok muka dia...macam lapo sgt.... tapi aku tau, Ammar kan my son..hahhahha, tektik semua tu....
Nak ambil hati lepas jer asar, dah siap masak hubby ajak g Taman Bandar, bagi makan ikan....ish! pelik gak Ammar ni tak ler menyelepek kepenatan or kelaparan ...siap berlari2 lagi, itu pun nak g main taman lagi...pujuk nak beli samosa laju jer lari balik....
Balik singgah Taman Tas beli kuih muih sikit...dalam keta Ammar dah hampir gam dah..hahahha....yg adik makan depan dia, mau tak geram...hehehhe
Sampai umah...masuk jer waktu berbuka apa lagi melompat ler dia, terharu lak time ajar dia doa berbuka..ermmmm, dah besa anak aku...syukur mampu dia sblm tu dah siap wat permintaan nak minum nestum ( tu minuman Ibu waktu sahur,,,hehehe )... hbs 1 mug, suka lak dia...ermmmmmmmmm.. makan samosa pedas pulak,makan lak buah melaka...agar2....last sekali bihun ( juadah dari Kak Ina )..punya ler berselera...sedey lak aku tegok gaya dia makan...lapo sgt ler tu...
Aku pujuk dia..lepas solat Isyak baru suap di nasik...bukan apa nak bagi dia rest dulu...kang tak pasal2 tak blh bangun...hehehe
Tapi mmg kuat ler anak aku ni....tak rasa penat ker???? Lepas makan blh main2 lagi...bagi susu pun tak lena, Si Adik yg lena...huhu
Apa2 pun aku seronok dan bangga sebagai seorang Ibu, aku mampu menjalankan tugas aku mendidik anak2 menjadi anak yang soleh...Walaupun aku tak tau lagi apa yang jadi kemudian hari..tapi aku sentiasa doakan yg terbaik untuk anak2 aku...

Khamis, 12 Ogos 2010

Al Kisahnyer.....

Hari dah masuk ari ke 2 posa...ermmmmmmmmmmm, alhamdulillah semuanyer berjalan lancar. Memandangkan bulan posa ni aku minta kebenaran boz nak bali awal...opss!!!! bukan minta free, tapi aku akan datang awal jam 7.30 balik kol 4.30 ptg... sempat la aku bernafas skit.... lagi pun sian kat Kak Ima, dia pun nak masak gak tu keluarga...
Balik pada citer semalam....lepas balik dari pejabat, Hubby ajak g Taman Tas, Pasar Ramadhan.....fuiyooooooooo, ramainyer umat ....hubby tak keluar keta pun sbb tak der parking..so aku sowang jer g beli makanan. Dia nak berkuah ler sikit, sbb aku kata aku nak goreng kobis n wat ikan bakar....sbb perencah ikan bakar adabi, aku dah beli dari ari ahad lagi..hehhehe.. nampak sedap...
So , aku capai ikan patin tempoyak dan ayam kurma ( teringat kat bebudak tu ) , kuih lak aku beli 3 jenis dan sikit kuih utk pengasuh anak2 aku...
Aku piker tak leh lama aku kat situ...lagi lama lagi tak tau nak beli apa...blh pitam tegok makanan..hahhahah. Terlalu byk pilihan.......sedap2...
Dipendekkan citer...masuk jer waktu maghrib...berbuka la...3 beranak...Ammar kepenatan lepas balik dari taman permainan.... Anis biasa ler...tukang kacau jer... Masuk jer air...mak ai,,,,,, peluh punyer ler keluar..minum lak air teh o suam2.....peh!!!!!! Lepas berbuka.... mata mula ler...sabo2 maghrib tak lagi ni...
Hubby g solat terawih...aku pun lepas jer solat, aku sambung ler dgn mengaji....tu pun berhenti 4 5 kali disebabkan anak2....mata dah tak larat nak bukak dah ni... demi isyak aku tunggu gak sambil mengaji......
Lepas jer Isyak...Ammar lak nak makan, nak bersuap lak tu.....alahai.....demi anak2 ..huhuhu, aku pun suap ler dua beladik tu.....punya ler lama nak hbs kan sepinggan nasik...
Siap makan, aku cepat2 bersihkan badan Anis...siapkan botol susu sorang satu....hubby lak balik dari surau...aku mmg tak daya nak bukak bijik mata dah ni....nak tido dl, bagitau kat hubby, dia lak soh tido kat luar depan TV...kononnyer dia nak tegok TV...kang dia kejutkan ler....
Entah bila aku terlelap, dok lawan cakap dengan Ammar yang kebetulan tido tepi aku.... sedar2...YA ALLAH.... 4.10 pagi!!! aku tegok Anis n Ammar lena berkerekot atas tikar buluh sarawak tu....siannyer anak2 aku....bantal entah kemana.,...selimut entah ke mana.....huhuhu...
Tu ler Ibu n Abah yang keletihan, kekenyangan....kemengantukan...hahhaha, anak2 jadi mangsa... bila tersedar baru ler..hubby aku bawak masuk bilik, yang aku start la ke dapur utk wat nasik goreng utk bersahur....huhuhuhu
Malam ni entah macam mana lak.....hehehhe....

Rabu, 11 Ogos 2010

Syukur Aku Masih Merasainyer.....

Alhamdulillah....
Aku merasa lagi nikmat Ramadhan tahun ni....tahun depan entah sempat atau idak....tu DIA punya kuasa...
Apa2pun ni tahun ke 2 Ramadhan tanpa Mak.... Sayu hati bila mengingatkan tu semua... Tuhan lebih sayang padanyer....
Petang semalam pun aku telah dikejutkan dengan perkabaran ....umah Linda, terbakar. Umah dia tak ler kena tapi level 5 & 4 yang teruk... Biasa ler flat..nak tak nak penghuni yang lain terasa tempiasnyer... Menurut Linda, Flat tu dah tak selamat utk diduduki... Sian dia, cabaran di awal Ramadhan...
Time sahur tadi aku SMS ler tanya perkabaran... maklum ler semalam dia kata kena dok dewan pandamaran...mesti tak selesa...nak bersahurkan?? rupanyer dia sekarang ni dok umah Yop dia...mujur umah dekat...boleh la menumpang, selagi tak dapat umah yang lain...
Linda ok ler umah sewa...tapi kalu umah sendiri...aduiyaiiiiiiii, sian nyer dah la bulan puasa... dah tentu nak sambut Hari Raya....umah pun tak der... siannyer.
Itu semua dugaan...aku doakan ko kuat semangat...dan tabahkan hati...Janji ko dan keluarga selamat dan harta benda masih boleh digunakan... cuma ko kena cari ler umah selepas ni... Agaknyer impian ko nak dapat umah sendiri, akan tercapai...

Isnin, 9 Ogos 2010

FAMILY DAY SKN PROVOS , TUDM
























p/s : Layan ler gambo2 masa family day TUDM pada 24 - 25hb Julai, masa ni aku angin tak berapa baik, so tak der gambo yg menarik just ni jer...hehehe.. gambo masa makan malam tu pun tak der, sbb anis meragam nak tido, mau tak penat dok berendam sampai berkilat muka... Malam tu byk makanan tapi aku cuma makan cha kuew tiaw jer....yg lain tak der selera nak makan ....huhuhu . Bagi anak2 mmg ler best sbb main pasir...main kolam.... tak pernah dapat pelepasan mcm tu...apa lagi.......

Saja Suka2
















Ni gambo latest anak2 aku...punya nyer ler payah nak snap...soh ammar peluk anis pun payah..malu konon, Anis jgn, soh peluk Ammar bukan main lain...dipeluk nyer...Ammar sibuk nak bergambo dgn ' bear' tecik dia... yg Anis dok pegang botol air....hehehhee
Ni siap2 nak g Tahlil dan Bacaan Yassin kat SKN Provos...
pada 7hb Ogos 2010 sabtu lepas......

Selasa, 3 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM......

31hb Julai 2010 - Majlis Pertunangan Along Tapa.....

baru selera nak makan..huhuhu
ish2... tegok ler tu, mcm tak ready jer..

la....awat tak senyum angah.....
lapo tu, tak mengajak dah nak makan..pulun anak beranak jer..hehhe


Bosan dlm keta...mujur ader 'tatak' melayan dua beladik ni...hehhehe

biru dari lelaki.. yg gold tu dr pompuan....


sepesen jer...hehehhe, acuan opah minah


busan gak...terasa jauh weh!!!


ni ler bakal 'menantu' aku...ecah tu jer aku tau nama dia..hahhaha


time sarung cincin...


bersama ecah...


ish!!! along ker ni, mcm tak caya jer dh jadi tunang org pun...cepatnyer masa berlalu


ni ler yang berjaya menambat hati Along Tapa....hehehhe


Dapat gak aku ke Muar untuk bersama-sama meraikan majlis ni, memandangkan hubby tak tau jalan ker umah Ecah so, kami sepakat turun Meru dulu umah Nyah, so kat sana berkumpul dan pergi sekali. Alhamdulillah semuanyer berjalan dengan lancar.
So layan ler gambo2 yang tak seberapa cantik disebabkan pakai h/phone jer.... ( bila ler blh pakai camera canggih..huhuhuhu )
Majlis Pertunangan Along dan Ecah orang Muar, Johor. So perjanjian selama 1 thn...Acu doakan SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE JINJANG PELAMIN..
Setahun lagi leh gi Muar lagi...tp kali ni orang kuantan terus ler dari umah sbb dah tau jalan ...hehehe, tol pun tak der....jimat2..... tapi setahun ker Along, kata bulan 10 thn ni gak...hahahhaa..sabo2....tak kemana Ecah tu lari dah ikat pun.....hehehhe
p/s. Cepatnyer masa berlalu, anak2 sedara aku semuanya dah beso2, dah nak kawin pun. Sthn 2 , dapat ler aku cucu lak...waaaaaaaaaaaaaaaaaa....tapikan yang peliknyer aku tak terasa tuo pun...kih3...