Jumaat, 6 Januari 2012

Al-Fatihah.... Andai itu telah ditakdirkan buat mereka...

POH – Suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuhi air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75 kilometer di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.

“Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

P/S : YA ALLAH ...TEMPATKANLAH MEREKA DIKALANGAN ORG2 YANG BERIMAN DAN CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA BERDUA.... AMIN

Sian pada anak2...telah menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata... dan pastinyer mereka seolah2 telah berjanji untuk sehidup semati....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan