" bersediakah aku untuk diriku ataupun kehilangan insan2 yang aku sayangi?"
Pagi tadi aku sampai awal kat opis...dalam 7.10 am.. ni pun gara-gara hubby ader urine test. Apalagi 6.40 dah keluar umah. Kalu dah sampai awal biasa ler...ambil kunci opis...dah tu start ler,on kan suis air..masak air....hehehhe...standby nak bancuh air kang....
Tak der menda nak buat ...aku tarik ler paper kat meja 'jiran' aku..En. Zaimi.. belek punya belek... aku ternampak satu muka ruangan tu..aku lupa tajuknya... tapi mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang berusia 36 tahun menyelamat anak2nyer, sehinggakan dia terkorban. Kisahnya 4 beranak ni terkurung dalam umah yang terbakar..akibat si ibu tak jumpa kunci grill umahnya... Bayangkan dia boleh membengkokkan besi tingkap untuk keluarkan anak2nya tu... pelik tapi benar. Dan dah pasti ler dengan ruangan besar tu dia tak boleh nak menyelamatkan dirinya.. Suaminya bertugas sebagai tentera dan kebetulan bertugas di sempadan Grik. Bayangkan lah bagaimana luluhnya hati seorang suami bila balik hanya nampak mayat isteri yang dah rentung... Langsung tak nampak muka lagi....
Sambil baca tak sedar air mata aku meleleh...Ya Allah..besarnya pengorbanan seorang Ibu..dan ler menganggung sakit ketika melahirkan..ni pulak sanggup dirinyer terkorban demi anak2... Mangsa dijumpai rentung berhampiran pintu. Paling menyedihkan mangsa telah membelikan kain ela untuk diberikan apa Ibu dan pengasuh anak2nya sempena aidilfitri pada tahun ni.
Dan satu lagi berita yang tak sanggup untuk aku menghabiskan kejadian tanah runtuh mengakibatkan anak2 yatim di Hulu Langat.. Mangsa seramai 16 orang.. Ya Allah...sedih aku baca, tambah pulak ader yang menceritakan tak dapat nak selamatkan adik...ader yang mangsa tak sempat nak jumpa ahli keluarga...ish!! macam2 ler.. meleleh lagi air mata aku.... Tambah pulak ni melibatkan anak2 kecil...
p/s : Al-Fatihah untuk semua keluarga mangsa..semoga rohnya ditempatkan ditempat orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat keatas rohnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan