Selasa, 28 September 2010
Nilai Sebuah Hantaran.....
Semalam Punya Citer....
ni ler anak dara yang menghauskan bedak compac ibu ....dalam dok ibu lena2 tu dia wat keje...ish! abah dia cakap hbs dia sapu kat kaki...lengan...muka jgn cakap ler....patut ler bangun jer dia tanya ...ATIK BU....ATIK ( sambil jari tunjuk pipi montel tu ) ...... ermmmmmmmmmmmmmm
Isnin, 27 September 2010
TQ Abenggggg......
bestnyer...ari2 dapat clear mcm ni kan...kan...
Jumaat, 24 September 2010
Syawal 2010....
Nur Anis Syamimi Abdullah
Tak sangka group ni datang...hehehe. TQ 4 Coming....
p/s : ni le yang sempat dirakamkan sempena syawal 2010, ni pun masa Kak Yang , Nyah n Chik nak balik ...raya ke 4. Aku????? Raya ke 6 baru balik ke Terengganu..hehehe. Tahun ni entah ler....tak best langsung....nak kata tak ramai datang...ish! ader tu kol 11 mlm tetamu baru datang. Memang penat ler, tambah raya k 2, time Reunion Batch 78...huhuhu...penat beb!! Sakit tomit teman ...anak2 entah ke mana....mujur hubby cool, dia tolong mengasuh... yang anak2 lak tak lekat dalam umah...dok kat luar jer...hepi main debu...n tanah......geram2. Kulit apa lagi hbs bekas2 mengaru. Kulit tak tahan mcm org kaya...hehehhe. Mcm aku ler, mana leh kena nyamuk, berminggu2 ler jawapnyer mengaru, dah sedap mengaru apa lagi,,,berbekas ler.
Khamis, 23 September 2010
INGATLAH......
Dilanda Wabak....
Isnin, 20 September 2010
Penantian Satu Penyeksaan....
windunyer
Rabu, 8 September 2010
Salam Aidilfitri
Beberapa jam ajer lagi aku dok kat opis ni...kang masuk je bos aku nak minta izin balik awal...hahahha, apa lagi balik Kg Kota ler... Semangat raya dah datang ni.... dr malam tadi aku dah packing barang2 yng nak bawak balik....baju raya, kuih raya....pastu sempat lak shopping songkok n sampin Ammar kat Taman Tas...huhuhuhu, punya ler sesak....
Balik jer terus packing.....sampai kol 12.30.....sambung pulak bangun sahur tadi. Bangun pun bukan masak sahur...sbb hubby dah cakap dia sahur kat luar ajer....hehehe. TQ..... dia tau 'mem' dia tak larat nak buat semua benda dalam 1 masa... dia tapau kan kew tiaw tom yam jer...ish2 pg2 buta makan benda2 tu....kih3...
Barang2 dah masuk kan dalam keta separuh.... lega la sikit.... cepat sikit bergeraknyer ke kampung.... aku bukan apa teringin nak g ziarah pusara Mak....waktu paling bagus...selepas asar ari masak tu.... tahun lepas aku beraya kat Besut so tak sempat ler....
Apa2 pun kesempatan ni aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI INSAN YANG BERNAMA MARIAH MOHEMAD ALI @ AMI......BERHATI-HATI DIJALAN RAYA....BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT....
Buat Keluargaku yang tercinta...sabo yer menanti kepulangan anakanda dan cucunda, doakan agar kami selamat sampai ke rumah..
Buat kengkawan mohon ampun dan maaf andai kata ader yang terguris dan terasa....kita hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...untuk kengkawan Batch 78 jangan lupa datang umah.... raya ke 2 pukul 11 pagi... bawak keluarga sama yer...
Selasa, 7 September 2010
~ Jumaat or Khamis ~
Ahad, 5 September 2010
63 perkara...
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
- Mental, pendidikan dan ilmu
- Emosi
- Fizikal dan ekonomi
- Sosial
- Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
- Pendapat atau pandangan
- Hobi
- Kegemaran
- Makanan
- Cita rasa
- Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Sabtu, 4 September 2010
~ cepatnyer keluar ~
Makan tak lalu semua rasa pahit.... miggu depan refer lagi ker hospital...tu tak kisah ler, mmg kena refer pun kan....
Alasan katil tak cukup tak logik....bukan ramai pun Abah kata... Susah kalau mengharapkan free ni...kalu aku ader duit pasti aku hantar Abah ker Hospital yg berbayar....dok situ sampai sihat sepenuhnyer....puas hati... tapi nak wat cam ner...anak abah ni bukan org berada....
Tak per ler Abah...rehat ler...jangan putus makan ubat...berdoa dan bertawakal.....Insyaallah...
Ami doakan Abah agar cepat sembuh ....dan dilindungi olehNYA...tak kira dimana Abah berada...
dan Insyaallah ...raya ni kita dapat berkumpul bersama2 walaupun ni tahun ke 2 kita beraya tanpa Mak...