Isnin, 18 April 2016

Tip2 Menghalau Tikus

As salam dan morning semua.......
Ni nak story sikit  ( Entry 1 di tahun 2016 hahahaha ) 
Pepagi lagi ammar dah wat report kata  malam tadi ada 3 ekor cik ti ( tikus ) berlari2 kat bawah......adoi ni yang aku tak berkenan kalu dok  umah bawah ni....bab hewan2 ni yang aku takut n geli sikit. Apa lagi terus aku goggle cari petua n tip nak menghalaunya...orang tua pesan cik ti tak blh marah2 sebab kang 'dia' blh mengamuk habis semua barang umah 'dia' cium ( gigit) huhuhuhuhu
So meh kita berkongsi bersama tip2 menghalau cik ti...


1. Daun Pandan 
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal. 

2. Daun Semambu 
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam. 

3. Daun Durian Belanda
 Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian. Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi. 

4. Jering 
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering. 

5. Serbuk Lada Hitam 
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu. 

6. Buah Pong-Pong
 Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia. Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan. 

7. Buah Mengkudu
 Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

 8. Minyak Pudina
 Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina. 

9. Kapur Barus 
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat. Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula! 

10. Cat Badan Tikus 
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda. 

11. Kulit Durian 
Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda. 

12. Bela Kucing 
Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja. 

13. Buah Kepompong 
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

 14. Perangkap Tikus 
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus. 

15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus 
Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu. 

16. Guna Serai Wangi
 Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain. 


17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)
 Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu. 


Selamat mencuba!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan