Rabu, 25 November 2015

Cuti sekolah dah bermula

Amboi semua pakat up date bcuti sana sini...al maklum le cuti sekolah dah bermula, ibu2 pun dah tersenyum semua xtvt dah slow sikit tak tergocoh2 nak siap semua diawal pagi....tapi  bagi aku time cuti sekolah ni la semput sikit or sama je nak kena bangun awal si semua bekalan anak teruna n anak dara kat umah.....mcm2 pesanan nak kena ingatkan. bab berjalan ni mgkin tak ke mana kot ....ammar pun mnunggu masa je tu  hahahahaha kalu jalan pun tak le sampai tempah tiket kape trobang cukup sekadar sini sini je ... Paling tidak pun kita g zoo ye hahahahah paling best apa tegok gajah beruang harimau kan kan
Apa pun selamat bercuti anak2... Anak2 memang syok tapi bagi ibu n abah ni dah start nak pi shoping keperluan sekolah sesi tahun depan huhuhuhu yang anak2 sekolah pun tak mau ingat kot hahahah seyes aku dah mikir nak shopping di mana ni. Husben ajak g keyel....amboi jauh bebeno shopping kata nya sambil myelam minum ayo ermmmm kata je le rindu nak ronda keyel kan kan hahahahhaa
Mana2 pun tak kisah janji keperluan anak2 semua settle....tu lagi penting kan

Ahad, 22 November 2015

Antara hilang punca rezeki .....

1. Sering bergaduh. 

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat...

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. 

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. 

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah...

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak. 

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah. 

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar. 

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit...

7. Kurang berdoa. 

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.


copy & paste internet

Ahad, 15 November 2015

Ladies get together 2015

Ni kisah semalam....dah hampir 2 thn aku dok kat sini baru malam semalam aku join ladies get together ....sebelum ni ladies night hahahahha. Aku ni bukan la suka sangat tapi dah kena join kang kata kera sumbang huhuhu. Sebenarnya bila dah tertulis kita ni jadi isteri kepada suami yang bekerja  sebagai tentera .....ini adalah perkara yang perlu kita lalui . Tal kan boleh elak,nak elak pun sampai bila pasti kena jugak hahahaha.  Enjoy la...tambah lak jumpan ex bakat masa dok kuantan dulu...hepi habis... Maklum le nama je dok satu base tapi nak jumpa time gini le tambah lak dah tak sama bahagian.....tema merah hitam biru n bling2 tapi ramai yg pakai merah hitam nampak cantik....semua pakat lawa belaka sampai tak kenai pun ada....aku je muka sama no colorful mcm yang lain huhuhuhu tudung pun aku pi beli tengahri smlm sedang kan org lain siap bertempah2.... Aku jenis tak rajin nak layan2 tu semua aku dah join kira Alhamdulillah......tapi syok la almaklum le malam untuk wanita2 anggun hahahhaha semua sporting lak tu ...pengerusi pun 👍👍 anak buah apa lagi kan hahahhaha  layan la gambo2 yang ada tu ye....
Bukan senang dapat berkumpul macam ni....bila dah berkumpul semua benda nak citer....kisah lama2 pun keluar...majlis ni bukan saja suka2 tapi dapat mengeratkan lagi hubungan antara isteri2  anggota ILTU .

Ahad, 1 November 2015

Tahniah Kak Nyah

Alhamdulillah.....tahniah kak nyah. Tumpang gembira dan bangga sangat bila tegok kak nyah pakai jubah biru...cantik sangat. Ini anak buah teman bujang lagi tau ....masih mencari calon2 yang sesuai hehehehehe  ada sapa2 yang berkenan????  Ini anak perempuan no 2 my sister yang sulung hahaaha  senang citer ni anak my Yong . Konvo nyer 27hb Okt yang lepas...hehehe tau2 je le teman ni dah dapat penyakit kemalasan yang amat kritikal....dl janji dah up date hari2 tapi apa kan daya tak kesampaian lagi..huhuhuhu. Okey le nak beransur dulu....ok bai


gambo ni cilok kat FB hahahha jangan mare tatnyah......