Isnin, 20 April 2015

Terima kasih Mak.....





Alhamdulillah...terima kasih Mak kerana lahirkan Ami 37thn yang lepas.... terima kasih atas pergorbanan dan kasih sayang mak pada Ami...Ami tak mampu nak balas apa2 untuk Mak. Maafkan Ami..hanya Al-Fatihah yang mampu Ami berikan buat Mak disana..... Ami rindu Mak.
Tahun ni Ami dapat  hadiah cucu no 2 anak Tati hahahhaa....Mohamad Firas comey. Tahun depan leh potong kek sama2 .Tati selamat bersalin malam tadi ..Firas keluar kot tingkap hahahhaha tak pa la janji 2 2 selamat dan sihat. 
Mak....terima kasih yer kerana lahirkan Ami...



Rabu, 15 April 2015

Mampu tak mampu tu lain hal.....

Menjadi ibu yang berkerjaya ni memang penat rupanyer...hahahhha dah anak 3 baru nak tau ker??? Iyer ler anak2 dah besar....besar tak besar pun semua masih mengharapkan aku..kadang2 rasa stress nak lari pun ader...hahahha lari masuk bilik zzzzzzzzzzzzz kan senang . Sowi yer ni bukan mengeluh tapi saja nak kongsi kepenatan aku sebagai pekerja..anak ....ibu dan  isteri Mesti korang piker masih naper ader ANAK kat list tu ...iyer la kan my dad kadang2 datang dok sama2 dengan family aku so aku mesti kena uruskan gak...tak ler bermaksud my dad sakit terlentang n aku kena urus semua...tak maksud aku sekurang2 nyer makan minum  aku jaga.

Pagi dalam 5.15 aku kena bangun...kalu lambat nak tegok tipon dulu....nak belek sana sini memang tak sempat la aku masak lunch n bekpes. Sebenarnyer kalu my dad tak der pun aku still bangun siap kan apa yang patut untuk Ammar... Aku pun masak yang simple2 ajer...siap kan air masak nasik...kalu aku rajin barang2 semua aku siapkan malam tadi n pagi2 senang la keje aku tapi andai kata nak buat semua sekali subuh tu mmg tak sempat la jawapnyer. Ikan pun aku siap garam kunyit..sayur dah berpotong...

Dalam 6.10 aku kejutkan anak2...dowang tak la liat bangun sebab kol 10 mlm dah halau masuk tido...hehehehhe dowang mandi solat n bersiap aku lak bersiap nak g keje...dengan Aqil jangan kata ler awal pun lambat kalu dah lambat bertambah lambat lagi ler..datang mengamuk dia kang 1 kupang pun tak laku.
Ammar 6.35 harus turun sebab naik van g sekolah terpaksa ler. Anis dalam 7.20 get ready tapi aku hantar g umah pengasuh dulu. Malas nak bagi dia lama2 kat luar kang ader jer keje dia...Aku kan boleh tegok anak2 wat bukan2...tambah pakai baju sekolah ..aku tak kira ramai tak ramai orang aku sound semacam jer..lagipun longkang dalam2 area situ..Beringat sebelum kena. Remember!!!!!

Lepas semua sette aku n hubby go to work...kalu sempat kami g bekpes dulu (padahal dah masak tp mengenagkan masa tu la nak ambik pun utk ber2 kikkikiki )
Tengahri kalu hubby tak bz kami keluar lunch...klau tak makan balik umah huhuhuhu

Jam 5 balik so dalam 5.30 sampai   umah...terus siapkan minum petang untk semua...maklum ler abah ada gastrik so aku tak mau dia sakit kalu ader kat umah aku...nanti yang lain kata aku tak jaga dad huhuhuhuhu Kalu dad tak der memang time ni aku siapkan bagi makan untuk semua...so senang lepas magrib wat homework. Tapi bila dad ader  dad lebih suka makan lepas isyak ...so terpkasa ler aku ikut sian lak makan sorang2....xtvt harus ialah wat kan air carrot hahahhha mmg tugas aku malam2

Malam ni la masa kelam kabut sikit...mana nak handle umah dapur anak2...nak iron baju tegok kan hwork lagi....basuh kain sapu sampah...mmg stress le time ni...otak pike tilam n bantal jer tak daya dah....tapi dah tanggugjawapkan semua kena pikul so lapang kan dada lebarkan senyuman ikhlas kan diri soooooo wat la keje apa yg patut. Aku tak suka nak stress kat diri sbb sesuatu perkara...macam umah berselerak nak kemas tak larat mata sakit gagahkan jugak....sowi aku bukan maacam tu aku nak rest aku rest umah beselerak pun aku malas nak sakit kan kepala nak piker tu semua janji anak2 settle aku lega...aku mampu aku buat....hubby pun tarak bising hahahhaaha dah dia pun sibuk kalu nak bising wat sendiri hahahahhha

Kadang2 terpiker, ku langsung tak der masa dengan anak2 nak dok sembang ker....masa aku banyak hbs ker umah dan yang lain...terpiker gak gagalkah aku sebagai seorang ibu?? Tak mampu mendidik mereka dengan sempurna. Naik takut aku ...sian dowang membesar tanpa kasih sayang sepenuhnyer dari aku n hubby.

Tu la seharian ...aku tenang sikit bila datangnyer jumaat esok nyer dah sabtu legarasa leh rehat tapi pada hakikatnyer keje umah mana ader habis...tu baru anak 3 ader hati nak tambah...lupa kan ajre niat suci murni tu. Ok la aku nak pi siapkan keje sikit...n lepas  aku nak zzz jap lagpun aku bendera japan hahha tak le kelam kabut nak bayar hutang...

Gambar hanya hiasan

Bye As Salam....

Jumaat, 3 April 2015

Pesanan buat suami

PESANAN BUAT SUAMI 
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

copy paste dr FB