Khamis, 26 Februari 2015

Dalam keta pun jadi...

Kejadian ni berlaku 2 3 hari yang lepas balik dari kampung tercinta...ermmmm Ipoh Beruas udah macam sekangkang jer hahaha menunjukan dekat nyer tu bukan apa pun .  sekarang ni dok ulang alik....kalu dulu tak muntah sekali tak sah jangan sebut la nak g Ipoh mmg fobia...huhuhu sekarang dah blh ulang alik jer.... 






 Dah habis tegok ???? hehehehe dalam keta pun jadikan tapi ni kalu moood ok kalu mood KO dari start enjin sampai depan umah kampung aku lena hahahha.  Tapi why ar bila aku ambik gambo sure mata aku mcam terjegil huhuhuhu tak fotogenik langsung. tapi ni bukan soal mata or apa just nak kongsi2  n  nak war2 kan bahawasenyer aku dah pandai pandai shawl hahahhaha ni pun ehsan ajaran dari anak menakan aku tak lepas ni aku prektik lagi hahahhaa . Sekian terima kasih...jangan muntah darah or mulut mengomel mengata haku wokey!!!! hahhahaha


Isnin, 23 Februari 2015

Reunion 2015

Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak majlis perjumpaan murid2 tua pada 21 Feb yang lepas...pada mulanya rancangan nak diadakan di Teluk Senangin tapi biasa ler macam2 halangan so dapat wat hi -tea jer tu pun tak ramai..iyer la wat masa cuti raya cini ramai yang ader plan lain... so layan jer ler pic2 kat bawah ni yer... happy walapun 'geng' aku ramai yang tak der...tema MERAH hahahha mujur wat kat Hotel D Billion Sri Iskandar kalu wat kat padangjenuh kene kejo dek lembu..hehhehhe

New Friends are silver
Old friend are GOLD  ..menandakan usia pun dah GOLD huhuhu

with my kazen sama batch tapi lain2 kelas


wajah2 murid tua hahahahha

acara lilit tudung..hahha of kalah sebab aku jadi pengadil & sponsor hadiah kihkihkih

Ammar terima hamper dari 'ketua pengawas 95 '


Me, my kazen & Suria

Orang kuat majlis  Mail & Poi

Sikin ayoeb ( tak sempat nak korek  rahsia Sikin leh  jadi slim mcm skrg ) & Rizal Spek 

Ish awat bongkok semacam huhuhu , me & Noraini


Sian Anis jadi mangsa ibu

time dapat jajan

with kiddos


Jejaka 20thn dulu sekarang semua bapak budak tapi ader yang masih bujang trang tang tang

Bakal mengakhiri zaman bujang...berjumpa selepas 20thn. esoknya ( 22/2/2015) bertunang..hanya di berkenalan di alam maya ( wasap group sek ), semoga berkekalan hingga jinjang pelamin buat Sanusi aka Jack dengan Sarina

Sikin Ayoeb n Me ( tgh2 tu anak buah Sikin )

Aqil dapat belon sampai kaki meleset pun tak kisah



Jumaat, 20 Februari 2015

Pelamin yang unik

Unik kan pelamin ni.....dah rasa dok dalam garden...ader yang kata dok tepi laut yang pasti cantik sangat....ni kenduri kawen umah anak sedara abah...tak mau citer lebih2 saja nak share unik pelamin ni jer..hehehhehe semua pakat posing...hahahha mujur tak runtuh
Si manja ibu  pun teringin hehehhee
anak dara cik memoon

Cik Memoon n hubby

Bakal Mom & Dad this April

Ni kalu tak kenal saja My Dad 

Isnin, 9 Februari 2015

Hadiah dariku untukku

Taraaaaaaaaaaaaaa.... tetiba mood nak shopping handbag...tudiaaa sampai 2 tu, entah naper aku pi beli handbag ni pun tak tau....saja jer kot mungkin murah or gatai2 nak menghabiskan duit kikikiki
tapi Dato' Fadilah Khamsah kata apa salahnyer membeli hadiah untuk diri sendiri walaupun hanya sebatang pen ...untuk menghargai diri sendiri tak perlu tunggu orang lain beli macam mengharapkan ehsan dari orang hahahhaha so aku beli la...ermmmmm ibarat sempena annivesary yg k 11 tahun , tahniah sebab dah jadi ibu kepada 3 kiddos otw kot lagi sorang hahahahaha
Ikut la apa pun  tapi yang pasti 1st time aku pakai beg ni my manja Aqil yang tegur...bu beg au ( Ibu beg baru... ) terharu kan anak lebih perihatin dari apaknyer...ermmmmm Alhamdulillah dapat gak handbag baru...syukur
ni kali ker 3 aku wat pilihan...1- tiada stok 2-tiada warna pilihan 3- ambik jer ler apa yang ader ( senangkan tak yah pecah kepala hanya kerana sebuah handbag hahhaha )

ni ingat kecik tu yang payah pakai katalog ni...dapat tudia, tapi tang tali aku tak berkenan sikit blh la dari tak der

Sabtu, 7 Februari 2015

Roti Sosej Cheese



Kisah ni pada cuti thaipusam yang lepas entah mimpi apa bangun tidur petang teringat lak roti sosej  ni...try tanya wat muka tak malu kat adik2 wassap group BAKAT...hehehhe apa lagi so minum petang la petang tu dengan roti sosej tu...hehehhee suka aqil 
 Senang rupanyer...ni aku kongsi yer

Bahan2 
Roti
Sosej
Telur
Cheese ( kalu suka la )

Sosej diredam dulu dengan air panas
Roti dipenyek or lenyek bagi nipis.
Bila dah nipis...aku letak sekeping cheese n sosej...gulung cantik2 n gam dengan telur,
bila dah panas minyak celup roti tadi dengan telur dan goreng ( hati2 mudah hangit )
 Kan....senang dan mudah , kenyang pun kenyang...hehehehehe

Khamis, 5 Februari 2015

Degil Seorang Perempuan

Org perempuan memang degil
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung
Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. 
Perempuan degil dan en hubby hahahha
copy & paste FB