Hai... semua kali nie aku nak kenalkan korang dengan satu lagi tempat menarik yang terletak dalam negeri Perak iaitu Beruas.
Pekan beruas ni cuma pekan kecil yang berada didalam daerah Manjung ia terletak di tengah-tengah perjalanan diantara Taiping-Lumut-Ipoh-Kuala Kangsar, jarak perjalanan melalui jalan raya dari IPOH ialah 57 KM,dariTAIPING 55 KM,dari KUALA KANGSAR 50 KM,dari LUMUT 50 KM dan dariPANTAI REMIS 22 KM.
Pemandangan pekan Beruas waktu kitaorang sampai kat sini
Bagi korang yang datang ataupun tersesat kat sini ada 2 tempat yang pada pandangan aku wajip korang lawati
1. Muzium Beruas
2. Air Terjun Ulu Licin
MUZIUM BERUAS
Bagi korang yang dah biasa dengan tempat ni perkara pertama yang korang terfikir bila sebut beruas ialah air terjun ulu licin, tapi sebenarnya kat sini jugak ada sebuah muzium yang pada aku tak kurang menarik nya.
Untuk korang yang meminati sejarah tentu korang tau beruas satu ketika dulu adalah salah sebuah kawasan penempatan tamadun awal di perak, em.. sebenarnya dua tamadun awal iaitu kerajaan melayu beruas dan yang paling terkenal Gangga Negara. (cukup lah pasal Sejarah ni ) berbalik pada muzium ni untuk pengatahuan korang disini dipamerkan lebih kurang 300 koleksi barangan seperti pinggan mangkuk dan tembikar yang dikatakan berasal dari nagara China, Belanda serta England selain dari itu terdapat juga periuk tanah, batu giling, wang timah berbentuk kura-kura dan barang tembaga. Tetapi yang paling menarik ialah sepucuk meriam tembaga seberat 128 kg ( kalau jual timbang kilo mahal ni ) yang diperolehi di kampung pulau meranti pada tahu 1986. Jadi jangan lupa singgah ke muzium ni bila korang datang ke sini nanti tau.
Muzium ni dibuka dari pukul 9.30 am hingga 5 pm setiap hari, masuk adalah percuma.
Kat bawah ni ada sikit gambar yang aku ambil untuk tatapan korang :
Muzium ni dibuka dari pukul 9.30 am hingga 5 pm setiap hari, masuk adalah percuma.
Kat bawah ni ada sikit gambar yang aku ambil untuk tatapan korang :
Papan tanda pintu masuk ke muzium Beruas
Meriam yang di jumpai di kampung Pulau Maranti
Koleksi duit timah yang di pamirkan
Sebahagian daripada tembikar yang dipamirkan
Bagi korang yang tak pernah tengok batu giling zaman lampau ni lah rupanya
AIR TERJUN ULU LICIN
kali pertama aku datang kesini adalah sewaktu xpdc berbasikal pada zaman persekolahan aku ( 60 KM tau ) , masa tu kawasan ni taklah terkenal sangat seperti sekarang tetapi tempatnya memang cantik dan sesuai untuk menjadi kawasan rekeasi untuk sekeluarga terutama pada hujung minggu.
Kawasan air terjun ini terletak didalam hutah simpan kekal Bubu, kalau dari pekan Beruas lebih kurang 5 KM masuk kedalam melalui kawasan perumahan, ladang kelapa sawit dan kebun getah, jadi kalau korang nak datang aku rasa elok lah dengan kenderaan sendiri kerana agak susah untuk dapatkan kenderaan untuk keluar masuk kawasan ini.
Kawasan air terjun ni terbahagi kepada beberapa tingkat tapi yang paling sesuai untuk seisi keluarga terutama mereka yang ada anak kecil adalah bahagian tengah kerana aliran air nya tak terlampau deras dan dalam,sayang nya bahagian bawah dah tak dijaga seperti aku mula-mula datang dulu sebab tak ramai orang mandi kat sini kut.
Antara aktiviti yang boleh korang lakukan kat sini selain mandi-manda dan skoding orang (aku tak buat kerja ni sebab aku jejaka baik hie...) ialah :
-Jungle tracking - ada laluan disediakan.
-Camping
-BBQ
atau sekadar berehat sambil menikmati pemandangan hutan yang indah pasti dapat menghilangkan penat korang semingguan bekerja atau belajar. Kat bawah ni ada sikit gambar kawasan air terjun yang aku ambik untuk korang tengok, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan hanya gambar kawasan air terjun sebelah bawah saja yang korang boleh nampak maapye.
ps: bagi korang yang datang sini tolonglah jaga kebersihan tempat ni jangan lah buang sampah merata-rata
sayang aku tengok tempat ni dah mula jadi tong sampah.
Papan tanda simpang masuk ke air terjun ulu licin betul-betul kat tengah-tengah
pekan Beruas
Selepas masuk kawasan ladang kelapa sawit kalau korang tak jumpa papan
tanda ni maknanya korang dah sesat
Tiga gambar kat bawah merupakan kawasan air terjun bahagian bawah tingkat dua
Selain daripada dua tempat diatas korang yang datang kesini juga boleh melawat Kampung Kota yang terletak kira-kira 3 KM daripa pekan beruas.
Kat sini terdapat peninggalan sejarah seperti perkuburan raja yang dikabarkan milik Raja Beruas I dan II serta ratusan kubur lama,selain daripada tu aku juga diberitahu kat sini ada tapak pintu gerbang kerajaan Melayu Beruas.(tapi aku tak jumpa tapak ni sebab kesuntukan masa)
P/S :- COPY PASTE DIKEMBARA.BLOGSPOT
Serius aku katakan walapun aku dari beruas tapi aku tak der info mcm ni hu4 malukan.... tapi yang pasti beruas banyak kenangan buat aku tambah pondok telipon kat pejabat pos tu huh!! seyes byk kenangan maklum ler nama pun tempat lahio ku..... Anyway tqvm buat kaki jalan