Cemburu???? Pernah tak kita ukur sejauh mana tahap cemburu kita pada pasangan??? MMA??? Entah ler belum dan tak tau apa itu cemburu. Cemburu tandanyer sayang..tapi kalu dah tak tau cemburu tak kan tak sayang kot. Bagus ker cemburu ni??? Kalu kena gaya ok ler tapi kalu dah tahap melampau....uik! parah2.
Sejak 2 menjak ni, hubby selalu bergurau ( gurau ker??? ) dengan Anis tentang mak baru, siap sebut nama lagi. Perasaan MMA??? Entah ler biasa jer, mungkin MMA kenal kot sapa hubby nyer or MMA tak kisah berMADU....hahahahaha gilosssss. Walaupun tak pernah bersua muka tapi MMA tau siapa 'madu' tu..hehhehe, Selalu gak hubby citer tentang dia, lagipun kerja hubby selalu gak kena berurusan dengan 'dia' . 'Dia' juga jadi rakan FB hubby. Tahap cemburu sekarang ni 'O'.... bahaya ker kalu tak der perasaan cemburu ni.
Tak kan ler MMA nak serang 'dia' kot..apa yang dah dia buat sampai nak serang menyerang ni. WAt malu muka jer. Nak serang hubby..hu3 tak kuasa ler. Bagi MMA ....kalu kita sekat macam mana sekalipun kalu dah hubby tu sendiri yang mengatal...ermmmmmm tak yah ler buat buang masa n segala2nyer ler. Baik MMA pantau dari jauh jer. Rasa bodoh ler kalu nak berebut seorang LELAKI ni, walapun tu hak kita. Bagi MMA , MMA tak nak melatah cepat sangat. MMA nak tegok dulu. Setengah orang cakap 'jangan sampai nasi jadik bubur' tak guna dah...bukan blh jadi nasik balik.. Nak bertindak biar dari mula.. Tapi kalu dari mula pun kalu tak der bukti macam mana kan??? Tak kan nak main serkap jarang jer. Main tuduh2 ish! tak kuasa mak!
Bagi MMA selagi tak der bukti selagi tu ler tak leh nak wat apa. Setakat entry kat FB tu dah nak serang menyerang..ermmmm buang masa.
Bagi MMA tanda2 orang curang belum ader pada hubby seperti:-
1. Sorok phone
2. Phone ader pasword
3. Bila cakap phone, suara slow nyer.....heeeeeeee
4. Phone sentiasa ditangan or hujung kepala ( tapi hubby mmg phone dihujung kepala kalu tido ..heheh )
5. Duit sentiasa tak cukup ( mmg dari dulu ..hu3 )
6. Tak kira malam siang...cuti or tak ( ni tak dikenal pasti sebab dok berjauhan ) asyik nak keluar umah jer
7. Dan yang paling ketara KEMESRAAN makin berkurangan....( Alhamdulillah..makin mesra )
Ramai yang nasihatkan MMA jangan bagi hubby dok lama2 kat sana..maklum ler ramai awek2 sana comey2 putih gebu.. dan ader yang bagi pengalaman2 yang lepas..berapa ramai yang pasang 2 bila si suami dok sorang2 kat sana. MMA tak blh nak wat apa... bukan MMA tak takut dengan semua ni, tapi blh buat apa. Kita hanya mampu merancang hanya ALLAH yang penentu segala2nya.
Dalam keadaan macam ni MMA tak blh pentingkan diri sendiri.... sedaya upaya agar sentiasa berpikiran positif.. tapi tidak 100% kepercayaan diberikan..perlu ader sedikit perasaan berjaga2 jangan terlalu selesa. Tuhan nak menduga tak siapa tau. Tetiba lak hati hubby MMA diketuk dek minah Kuching..ermmmm so MMA kena bersedia, apa juga kemungkinan.
Boleh dikatakan zaman sekarang ni...anak2 dara dah tak kisah hensem ker tak ker...suami orang ker duda ker..janji hati dah berkenaan jer dowang tangkap.. dan biasa ler bila dilayan pasti akan ader bibit cinta tu timbul. Kononnyer lelaki yang dah berkahwin ni lebih caring dari bujang...lebih lomantik....n lebih la segala2nyer.
MMA tak pernah nak puji lebih2 tentang hubby MMA..tapi setakat ni Alhamdullillah....tanda2 ke arah tu belum ader. Minta dijauhkan la..biar lah dalam hatinyer hanya ader MMA dan anak2 sahaja. Dan hanya maut memisahkan kami...Insya Allah. Tapi macam mana pulak kalu dugaan dan ujian tu di berikan pada MMA???? Tetiba hati dan perasaan beralih ke arah insan lain.. Hanya Allah yang mengetahui nasib seseorang hambaNYA...