Khamis, 31 Disember 2015

Surprise!!!!!!!

Taraaaa...,. Akhirnya berjaya gak impian nak wat surprise besday kat hubby. Plan punya plan at last berjaya gak semalam. Sekarang ni banyak pantang larang so kena wat awal dari tarikh.  Lagipun no 'happy besday' ....ikut kan je huhuhuhu. Siap pesan jgn post kat FB sekali kawan dia lak tag hahhahaha janji bukan ai hokey. Bukan apa tal syok la katanya walaupun perkara yang mengembirakan tp bukan semua orang suka. Ermmmm btoi jugak tu.
Aku pun buat semua ni atas dasar suka2 ...meraikan org yang kita sayang. Tak salah pun , bukan selalu. Dulu pernah buat gak tapi dah lama rasanya masa tu anis baru 2 thn....dah 5 tahun kot.
Dia yang pernah buat aku senyum,ketawa,muncung dan marah. Aku rasa tak terlampau pun aku buat semua ni...Mausia mana yang sempurna kan...kita sendiri pun tak sempurna. Janji dia boleh basuh berak anak,memasak membasuh menjaga aku time pantang ....gosok baju pun sendiri....umah sepah tak pernah merungut kira hebat la tu hahhahahha, uiiii kalu dia baca ni mau kembang lobang hidung kih3......tp datang angin besut dia adoiiiiii bikin aku meroyan huhuhuhu muncung aku lak sedepa.
 Doa aku adalah sama setiap tahun.
Okeyla....nak pi ngeteh jap ...jadila celebrate kat kedai mamak,hidup kami simple tak perlu nak beratkan otak hahhaa dapat belanja makan pun dah kira best..






Selasa, 1 Disember 2015

Kisah anak teruna

Ini kisah semalam.....hehehhe kisah anak teruna ibu  Muhammad Ammar. Anak teruna yang banyak kerenah dari semua sudut huhuhu selalu gaduh dengan ibu tapi sebenarnya budak manja yang amat sangat....konon2 ingat diri tu tak ada adik2. layan je le pic ni akan tau apa kisahnya....yang pasti bila dah takut n jenis tak tahan sakit ayat kursi pun lintang pukang ermmmm biasa la kena lalui gak tak leh skip ye hahahha cepatnya masa berlalu dah ada nak teruna rupernye


Orang pertama di sebelah petang... Masuk je klinik terus ke toilet hahahaha
tak tentu hala gaya sementara nama nak kena panggil


Selamat berpantang... lepas sihat nanti kita g makan2 ye. 
Time ni la nak manja lebih pun,  makan pun nak kena suap huhuhu


Rabu, 25 November 2015

Cuti sekolah dah bermula

Amboi semua pakat up date bcuti sana sini...al maklum le cuti sekolah dah bermula, ibu2 pun dah tersenyum semua xtvt dah slow sikit tak tergocoh2 nak siap semua diawal pagi....tapi  bagi aku time cuti sekolah ni la semput sikit or sama je nak kena bangun awal si semua bekalan anak teruna n anak dara kat umah.....mcm2 pesanan nak kena ingatkan. bab berjalan ni mgkin tak ke mana kot ....ammar pun mnunggu masa je tu  hahahahaha kalu jalan pun tak le sampai tempah tiket kape trobang cukup sekadar sini sini je ... Paling tidak pun kita g zoo ye hahahahah paling best apa tegok gajah beruang harimau kan kan
Apa pun selamat bercuti anak2... Anak2 memang syok tapi bagi ibu n abah ni dah start nak pi shoping keperluan sekolah sesi tahun depan huhuhuhu yang anak2 sekolah pun tak mau ingat kot hahahah seyes aku dah mikir nak shopping di mana ni. Husben ajak g keyel....amboi jauh bebeno shopping kata nya sambil myelam minum ayo ermmmm kata je le rindu nak ronda keyel kan kan hahahahhaa
Mana2 pun tak kisah janji keperluan anak2 semua settle....tu lagi penting kan

Ahad, 22 November 2015

Antara hilang punca rezeki .....

1. Sering bergaduh. 

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat...

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. 

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. 

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah...

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak. 

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah. 

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar. 

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit...

7. Kurang berdoa. 

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.


copy & paste internet

Ahad, 15 November 2015

Ladies get together 2015

Ni kisah semalam....dah hampir 2 thn aku dok kat sini baru malam semalam aku join ladies get together ....sebelum ni ladies night hahahahha. Aku ni bukan la suka sangat tapi dah kena join kang kata kera sumbang huhuhu. Sebenarnya bila dah tertulis kita ni jadi isteri kepada suami yang bekerja  sebagai tentera .....ini adalah perkara yang perlu kita lalui . Tal kan boleh elak,nak elak pun sampai bila pasti kena jugak hahahaha.  Enjoy la...tambah lak jumpan ex bakat masa dok kuantan dulu...hepi habis... Maklum le nama je dok satu base tapi nak jumpa time gini le tambah lak dah tak sama bahagian.....tema merah hitam biru n bling2 tapi ramai yg pakai merah hitam nampak cantik....semua pakat lawa belaka sampai tak kenai pun ada....aku je muka sama no colorful mcm yang lain huhuhuhu tudung pun aku pi beli tengahri smlm sedang kan org lain siap bertempah2.... Aku jenis tak rajin nak layan2 tu semua aku dah join kira Alhamdulillah......tapi syok la almaklum le malam untuk wanita2 anggun hahahhaha semua sporting lak tu ...pengerusi pun 👍👍 anak buah apa lagi kan hahahhaha  layan la gambo2 yang ada tu ye....
Bukan senang dapat berkumpul macam ni....bila dah berkumpul semua benda nak citer....kisah lama2 pun keluar...majlis ni bukan saja suka2 tapi dapat mengeratkan lagi hubungan antara isteri2  anggota ILTU .