Rabu, 22 Oktober 2014

BERUAS DAN CERITANYA....

Hai... semua kali nie aku nak kenalkan korang dengan satu lagi tempat menarik yang terletak dalam negeri Perak iaitu Beruas.
Pekan beruas ni cuma pekan kecil yang berada didalam daerah Manjung ia terletak di tengah-tengah perjalanan diantara Taiping-Lumut-Ipoh-Kuala Kangsar, jarak perjalanan melalui jalan raya dari IPOH ialah 57 KM,dariTAIPING 55 KM,dari KUALA KANGSAR 50 KM,dari LUMUT 50 KM dan dariPANTAI REMIS 22 KM.

Pemandangan pekan Beruas waktu kitaorang sampai kat sini


Bagi korang yang datang ataupun tersesat kat sini ada 2 tempat yang pada pandangan aku wajip korang lawati
         1. Muzium Beruas
         2. Air Terjun Ulu Licin

MUZIUM BERUAS
Bagi korang yang dah biasa dengan tempat ni perkara pertama yang korang terfikir bila sebut beruas ialah air terjun ulu licin, tapi sebenarnya kat sini jugak ada sebuah muzium yang pada aku tak kurang menarik nya.
Untuk korang yang meminati sejarah tentu korang tau beruas satu ketika dulu adalah salah sebuah kawasan penempatan tamadun awal di perak, em.. sebenarnya dua tamadun awal iaitu kerajaan melayu beruas dan yang paling terkenal Gangga Negara. (cukup lah pasal Sejarah ni ) berbalik pada muzium ni untuk pengatahuan korang disini dipamerkan lebih kurang 300 koleksi barangan seperti pinggan mangkuk dan tembikar yang dikatakan berasal dari nagara China, Belanda serta England selain dari itu terdapat juga periuk tanah, batu giling, wang timah berbentuk kura-kura dan barang tembaga. Tetapi yang paling menarik ialah sepucuk meriam tembaga seberat 128 kg ( kalau jual timbang kilo mahal ni ) yang diperolehi di kampung pulau meranti pada tahu 1986. Jadi jangan lupa singgah ke muzium ni bila korang datang ke sini nanti tau.
Muzium ni dibuka dari pukul 9.30 am hingga 5 pm setiap hari, masuk adalah percuma.

Kat bawah ni ada sikit gambar yang aku ambil untuk tatapan korang :

Papan tanda pintu masuk ke muzium Beruas

Meriam yang di jumpai di kampung Pulau Maranti

Koleksi duit timah yang di pamirkan


Sebahagian daripada tembikar yang dipamirkan


Bagi korang yang tak pernah tengok batu giling zaman lampau ni lah rupanya



AIR TERJUN ULU LICIN
kali pertama aku datang kesini adalah sewaktu xpdc berbasikal pada zaman persekolahan aku ( 60 KM tau ) , masa tu kawasan ni taklah terkenal sangat seperti sekarang tetapi tempatnya memang cantik dan sesuai untuk menjadi kawasan rekeasi untuk sekeluarga terutama pada hujung minggu.
Kawasan air terjun ini terletak didalam hutah simpan kekal Bubu, kalau dari pekan Beruas lebih kurang KM masuk kedalam melalui kawasan perumahan, ladang kelapa sawit dan kebun getah, jadi kalau korang nak datang aku rasa elok lah dengan kenderaan sendiri kerana agak susah untuk dapatkan kenderaan untuk keluar masuk kawasan ini.
Kawasan air terjun ni terbahagi kepada beberapa tingkat tapi yang paling sesuai untuk seisi keluarga terutama mereka yang ada anak kecil adalah bahagian tengah kerana aliran air nya tak terlampau deras dan dalam,sayang nya bahagian bawah dah tak dijaga seperti aku mula-mula datang dulu sebab tak ramai orang mandi kat sini kut.
Antara aktiviti yang boleh korang lakukan kat sini selain mandi-manda dan skoding orang (aku tak buat kerja  ni sebab aku jejaka baik hie...) ialah :
   -Jungle tracking - ada laluan disediakan.
   -Camping
   -BBQ 
atau sekadar berehat sambil menikmati pemandangan hutan yang indah pasti dapat menghilangkan penat korang semingguan bekerja atau belajar. Kat bawah ni ada sikit gambar kawasan air terjun yang aku ambik untuk korang tengok, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan hanya gambar kawasan air terjun sebelah bawah saja yang korang boleh nampak maapye.

ps: bagi korang yang datang sini tolonglah jaga kebersihan tempat ni jangan lah buang sampah merata-rata 
     sayang aku tengok tempat ni dah mula jadi tong sampah.


 Papan tanda simpang masuk ke air terjun ulu licin betul-betul kat tengah-tengah
pekan Beruas



 Selepas masuk kawasan ladang kelapa sawit kalau korang tak jumpa papan
tanda ni maknanya korang dah sesat



Tiga gambar kat bawah merupakan kawasan air terjun bahagian bawah tingkat dua










Selain daripada dua tempat diatas korang yang datang kesini juga boleh melawat Kampung Kota yang terletak kira-kira 3 KM daripa pekan beruas.
Kat sini terdapat peninggalan sejarah seperti perkuburan raja yang dikabarkan milik Raja Beruas I dan II serta ratusan kubur lama,selain daripada tu aku juga diberitahu kat sini ada tapak pintu gerbang kerajaan Melayu Beruas.(tapi aku tak jumpa tapak ni sebab kesuntukan masa)

P/S :- COPY PASTE DIKEMBARA.BLOGSPOT

Serius aku katakan walapun aku dari beruas tapi aku tak der info mcm ni hu4 malukan.... tapi yang pasti beruas banyak kenangan buat aku tambah pondok telipon kat pejabat pos tu  huh!! seyes byk kenangan maklum ler nama pun tempat lahio ku..... Anyway tqvm buat kaki jalan 

Isnin, 20 Oktober 2014

Rumah Impianku......

Salam senin semua...adoi bertambah malas aku dah sekarang ni nak update...bukan tak der idea tapi bila dah megadap game FB hahahahhaha payah dah ler. Aku on FB pun sekadar nak like apa yang patut pastu gane kah5
Takpa2 jangan sampai bersawang udah setakat sebulan 1 kira okey ler tu...( nak cover diri ler tu kihkihkihkih )  okey ler tu ni jer aku nak post ( jangan mare yer  my blog  suka la nak post apa kan...kan.. )
Okey ler dah terlajak aku berceloteh ni aku nak kongsi dengan anda semua ( mcm ler ramai sangat layan layan blog aku ni hu3 ) kongsi tentang umah impian aku......tak sabo rasanyer nak dok umah sendiri deco2 bagai.... 
Aku tak ler nak mewah2 sangat just simple2 pun dah cukup bersyukur...janji dok umah sendiri. harap2 apa yang aku impikan tentang umah dan deco nyer jadi kenyataan...
Ni warna impian aku kat bilik tidur utama HIJAU!!! 
rasa aman dan damai jer kan kan.... 


Ni antara kabinet2 yang menarik...aku kena pandai pilih maklum ler my kitchen adoiyai  kocik bebeno...iye ler barang2 banyak nak sumbat kat mana ler agaknya nanti...tang warna aku tak pasti sebab semua shantik2 belaka2...hrmmmmm

 yang of coz la tak blh capai sebab ruamg umah kecik tapi yang nak kongsi warna dia,,HITAM MERAH....my hubby cakap mcm tuttttt...hu3 jangan ler mcm tu pandai2 ler susun nanti sure cantik tapi aku nak warna hitam merah ni kat ruang nonton ye
ni ruang majuk aku...shantik tak????? akan ku usahakan jadi mcm ni tak 100% pun 70% jadi ler hehehehehe


Anak teruna ada 2 orang so kena pandai ler pilih katil mcm mana...anak dara sorang jer senag tapi awa2 dan request warna pink kat bilik hahahhaha aku senang warna purple  pink dan anak teruna warna biru hijau...tapi biru atas sekali tu cantik kan....
Gambo yang tengah tu menarik pink dia ....

Impian demi impian semoga tercapai la apa yang aku inginkan tak 100% 70% pun aku dah bersyukur...sekarang ni nak piker budget jer...nak hitung n kira btoi2 jangan salah kira nanti bikin kepala jadi botak.....

Semua gambar di atas aku cilok dari internet jer....mmg aku dah mabuk tentang deco umah semua lama aku on tapi setakat aku mampu ler hehehhehe

Okey setakat hari ini aku mengomel sampai ketemu lagi chow sayang....( sapa ler mangsa sayang tu yer kahkahkha )

Rabu, 17 September 2014

duit oh duit...

DUIT BUKAN LAH SEGALA-GALANYA TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT WALAUPUN NAK G TOILET KECUALI KAT PETROL PUM HAHHAHAHA

P/S CUKUP LAH ENTRY KU UNTUK HARI DAN WAKTU INI...HUHUHUHU

Isnin, 15 September 2014

Kenapa Isteri cantik pun kena cerai?

Isteri cantik pun kena cerai?

(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)

Soalan pembaca:

Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari  Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
 Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. 
COPY PASTE

Rabu, 10 September 2014

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri....


Jawapan Ustaz Azhar Idrus :Jawabnya, HALAL.... Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, 'Yang ni awak bayar'. Hukumnya HARAM...

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, 'Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar'. Ini baru boleh...

Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. 'Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar'...

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh...

Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan...

SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT...

Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, 'Oooo... kalau macam tu teruk la...

Mana boleh....' Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!!!

Khamis, 17 Julai 2014

Bab raya lagi....

Salam ramadhan.....Alhamdulillah dah masuk 19 hr kita menjalani ibadah posa.. lagu raya pun dah keluaq, resepi jangan dok cita la....dalam FB  , wasap, we chat  mcm2 status dowang update...dengan biskut raya...baju raya...langsir raya...perabot raya...keta raya pun ader....hahhahaha hebat2 bahang raya mula terasa dah ni.. Nun kat luaq jangan dok pi gatai2 la nak jenjalan time2 cuti perh!!!! sesak la hang kata....malam???? lagi sesak...orang ambik kesempatan shopping lepas buka, perut dah kenyang apa lagi baru syok nak shopping penat leh minum...hehehhehe

Tahun ni teman beraya kat  Besut...bagi ler peluang kat hubby teman sian gak ke dia...asyik kampung teman ajer....eh! tapi jangan salah paham teman bukan queen control..memandangkan yang tahun lepas keta tak berapa nak elok so tak berani nak jalan jauh2...lagipun masa tu kat hubby dok Kuching banyak perbelanjaan so tahun ni Alhamdulillah.....hubby dah dapat balik so berpeluang ler balik kampung halaman...keta CCR pun terbang selamat sampai ker semenanjung...selesa le sikit anak2 nak dok... jauh tu perjalanan, berapa kali bangun tido dowang...dulu leh ler Aqil kecik lagi ni dia mengalahkan Along n Kakak nak dok sedap memanjang...hahhahaha 

Bila sebut pasal balik teganu sebenarnya teruja gak teman hahahha..teman suka berjalan tambah pulak kat pekan jertih tu uik!!! macam2 ader...pernah sekali tahun bila entah lupa..kami pakat keluar malam lepas buka gi shopping mak ai!!!! parking satu hal...kena lak jalan kaki hahahhha....berpusu2 bersesak2 tudiaaa...... tak tau mana datang ramai sangat orang..... kat pekan tu dah macam2 ader secret recepi pun dah ader....hebat dah kat pekan jertih...hubby pun kalu nak ajak dia keluar mesti dia nak keluar awal2...kalu tak jgn harap.
Gi bazar ramadhan pun  teman suka..macam makanan, teman ni tekak leh masuk jer hahahha ok lagi ..kita jangan belagak sangat ..ni tak makan tu tak makan...dah tu sapa soh cari tulang rusuk jauh2 lain negeri kan hahahhahaha.....  Balik  citer makanan bayangkan ulam2 dan sambal pun ader jual....dia bungkuskan mcm2 ulam n sambal leh pilih sambal apa korang nak tempoyak...budu...belacan semua ader...best sangat.  Nak post gambo pun teman tak ader simpan gambo lama2 ...tak pa nanti teman post kan yer..

Tahun ni meriah kot sebab hubby kata semua pakat nak balik....iyer la umah arwah ayah n mek masih elok lagi...sayang jer terbiar,biar raya tahun ni umah tu akan bercahaya dan pasti nyer riuh riang dengan anak menantu n cucu .

Hubby mula dah nak piker nak wat menu apa...maklum ler pasti nyer 1 family akan hidangkan  1 2 menu...so kalu dah 3 4 family dah tentu banyak menu.... Kat sana biasa dowang wat ketupat jer....nasi minyak , nasi tomato , nasi ayam...sate. Tapi bila time teman ader mula ler menu ada pertambahan lain sikit hahahhaha mana tak nyer teman jamu ler dowang lain sikit. Yang pernah teman wat mee kari, laksa, lontong, soto, rendang ayam..... hehehehe 

Panjang lebo dah teman bercerita pasal raya ni...hehehhe bukan apa tadi punya ler mangantuk adoiyai!!!!!! nak angkat kening payah bebeno...tu yang berceloteh kat sini , ilang sikit rasa mengantuk ni hah tambah citer bab raya yer . Tapi teman ni malam n pagi raya jer terasa syahdu bebeno...mungkin takbir yang mensyahdukan suasana ...hu3 iyer ler sayu jer dego kan....bila umo dah cecah ke angka 4 ni makin kurang dah xcited nyer cuma anak2 ler bagi la pada dowang lak kemeriahan tu...baju baru kasut baru . Udah2 ler tu lagi 11 hr kita nak menyambutnyer..selesaikan dulu ramadhan ni..mana tau andai ni ramadhan kita yang terakhir...tiada lagi thn2 depan , pergunakan la sebaik mungkin bulan yang mulia ni.......

Wasalam ..sampai ketemu lagi