Jumaat, 11 Mac 2011

Bila Pn. Mariah join The IAT Club....

Aku jarang sangat dapat join Kursus-kursus IAT ni, jadi bila dapat peluang...hah!!! tegok ler gambo2 dibawah ni......
Kursus masakan western food & jahitan labuci....yang diadakan pada 8hb - 9hb Mac 2011

Hasil yang aku dapat.....


Macam tak caya aku leh jahit benda2 kecik ni...hahahha


Lakaran yang telah disiapkan oleh 'Cikgu Akma'


Pantauan dari 'cikgu akma'...hehehe


Dapatkan kepastian cara2 menjahit...bukan senang gak, maklum ler kecik bebeno benda alah tu....

Tersenyum megah bila masakan menjadi dan sedap lak tu...ahak3


Apple pai..yummy2!!!!!


sempat lagi tu posing...yang Cikgu dah tak sabo nak wat pembahagian...hahaha

Coconut Pai...yang ni aku suka, sedapppppp sangat...


masing-masing sibuk menimbang...ko jeguk apa tu Ijah?????


huh!!!! nak sukat tepung pun kena ada gaya...hahahha

Rabu, 2 Mac 2011

~ Kasut Baru ~


Ni kasut baru aku....aku tak ingat dah berapa lama aku nak membeli kasut sukan. Ni beli pun sebab nak berbola jaring petang jumaat ( 4hb ) ni. Biasa ler dah AJK Sukan BAKAT SKN, kena ler aktif sikit. Kasut ni bukan ader jenama pun, tapi melayang gak ler 50 hengget..... Beli pun kat kedai Top Ten Taman Tas....hahahaha. Mula2 beli ler yang cikai dulu, kalu dah terpilih baru ler carik2 yang ok sikit. Kang rugi jer beli mahal2 last2 letak dalam rak kasut jer...
Citer pasal AJK Sukan ni...ish2...bab2 ni ler yang aku malas ...bukan apa, xtvt tu buat petang jumaat n sabtu.... sure kena ponteng keje punya..tak kan tiap2 minggu. Payah2. Nak buat sabtu n ahad, tak kan tak nak gi mana2 time cuti2.
Layan jer ler, untung2 leh slim sikit...hehhehe. Cuma yang aku agak risau kaki n lengan aku still tak berapa nak molek.... Kang silap lompat...hah!!!! sakit yang dapat....
Apa2 pun ari jumaat ni kita tegok ramai mana kaum ibu yang boleh turun padang....Silap ari bulan bukan kejar bola, kejar anak masing2.......hahaha

Isnin, 28 Februari 2011

~ Santai 103 Di Pelangi Beach Resort, Balok ~

26hb Februari 2011...... Aktiviti yang ke 2 selepas konvoi ke Kota Baharu iaitu berkelah di Pantai Balok.... Geng-geng BAKAT dah mula tunjuk belang start petang jumaat tu lagi ( 25hb )...aku siap mintak permision lagi kat bos nak balik awal..hehehe. Punya ler penat, tangan aku sebelah tangan kanan siap sakit lagi, tak leh angkat...waaaaa!!!! Ni sure kes mengemop lantai ni..... Iyer ler tak kan wife OC leh tunggu sampai sudah yang aku ni...wife 3 calit nak blah gi tu jer....hahahaha
Layan ler gambo2 di bawah ni, tapi agak susunan terbalik sikit...hahahhaa. Memang aku gagal dalam bab2 download gambo ni.......ops!!!! lupa nak bagi tau..tema kali ni RED CURVE.......mujur ler tepi pantai tu tak der lembu , kalu tak gelak sakan lembu tu..hahha tak tau nak pilih sapa.......
Ni geng yang stay kat chalet tu 1 night....pose lepas acara merangkak dalam laut
dr kiri Laila ( Wife Sjn Wan ), Tracy n Baby Lolon ( Wife LUK Royston ) , Me n Nurul ( Wife OC )
Tak sah 2 beladik ni kalu tak makan ais krim....
Bermandi manda....dari lepas asar sampai maghrib
Gossip apa tu Mummy Ina dengan Nurul...serius nampak!!!!!
Gaya pemenang treasure hunt...hadiah misteri dari OC n wife....
Barisan pemenang 'Istana Pasir'....ngeh3
Sebelum pekena ikan bakar..pekena susu dulu sorang sebotol...ermmmmmm
Ni dia...Istana Pasir yang menjadi Johan....yes!!!!!!
Tegok apa tu Pak Yob???????
Kenangan bersama Istana Pasir......

Bila berkumpul ramai2 macam ni.....ermmmm macam2 ragam anak2

Penjagaan beralih kepada Abah....sebab Ibu nak gi main pasir......ngeh3

Khamis, 24 Februari 2011

~ Makan Free Sempena Kenaikan Pangkat ..~

TQ kepada penyumbang-penyumbang yang budiman yang sudi menyumbang bekpes kami dan taniah di atas kenaikan pangkat anda semua...semoga maju jaya kepada En. Nizam,Pn Nurhaizad dan En Sharieman

Bersama bekas rakan sekerja.......

Gaya orang naik pangkat

Pengantin baru sampaikan hadiah buat En. Nizam yang akan bertukar ke Daerah Rompin

Makan time....hehehhe

Ibu n anak.....
Rakan bergaduh...tapi time bergambo bukan main lagi...hahahha


Isnin, 21 Februari 2011

Mengemas Bilik AAO Baru.......

Salam semua...
Ari ni aku penat mengemas bilik AAO...dulunya bilik Cik Aziah. Katanya 23hb Feb AAO akan melapor diri. 3 orang kenaikan pangkat iaitu Iza (Raub), Zaimas ( Pekan), Rashid (Temerloh) dan sorang fresh....kawan Aizat...hahahaha. Tu yang sakit kitaorang usik dia. Katanya kawan, tapi tak tau ler kawan jenis apa...hehehehehe.
Aku harap sangat ler kekosongan di tempat latihan dipenuhkan. Nak tunggu G22 kena tunggu 1hb Mac ni...tak tau ler sapa yang dok tempat latihan ni.
Harap2 berbaloi ler kepenatan aku mengemas ari ni....dapat ler AAO yang berjenis sikit..jangan harap nak berjawatan jer..tapi kerja. hampeh!!!!!
Okey ler....nak rehatkan badan...pasni nak wat keje taip menaip lak.....hehhehe

Khamis, 17 Februari 2011

~ HATI-HATI DENGAN..... ~

HATI-HATI DENGAN PEMIKIRAN ANDA,
IA AKAN MENJADI PERCAKAPAN ANDA
HATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN ANDA,
IA AKAN MENJADI PERBUATAN ANDA
HATI-HATI DENGAN PERBUATAN ANDA,
IA AKAN MENJADI KETERBIASAAN ANDA
HATI-HATI DENGAN KETERBIASAAN ANDA,
IA AKAN MENJADI SIFAT ANDA