Selasa, 6 Januari 2015

Sambal Hitam Raub

Pernah dengo sambal itam...ermmmm sedappppppp sangat2...aku belajo makan ni pun masa dok kuantan...masa dok sana aku bedal semua yang sebelum ni aku tak pernah makan....sambal ni pun my sahabat yang kenal kan ...dia orang raub. Memang best ler , aku suka makan dengan nasik panas2 or roti...Bila dapat pindah balik ke Klang udah susah hati macam mana ler nak dapatkan bekalan....rupa2nyer sebelah umah Nyah ader pulak yang pandai buat benda alah ni apa lagi berbekas2 ler aku order...then my suku sakat pun dah suka n tanya macam nak dapat kan lagi..heheheh sedap kan....tak cuba tak tau...cuba la dulu...kat sini aku share dengan korang resepi dia....senang sangat2.....selamat mencuba.....
gambo dari internet


Bahan-bahan:-

7 ulas belimbing buluh yg sudah direbus tanpa air sehingga hitam

ikan bilis segenggam rendam dan toskan

bawang 3 labu diricik halus

cili padi dlm 35 tangkai

minyak masak

garam gula secukup rasa


Cara memasak:-

tumbuk cili padi dulu sehingga lumat

kemudian tumbuk ikan bilis kalo suka lumat blh tumbuk sampai lumat

tumbuk separuh dr bawang yg telah diricik halus tadi

tumbuk juga belimbing buluh..

sementara menumbuk boleh panaskan minyak

tumis bawang sehingga naik bau

kemudian tumis bahan2 yg telah ditumbuk tadi sampai agak kering , tumis ni minyak 


kena banyak sikit....

kalu nak hitam sikit boh kicap hehehehe



Isnin, 5 Januari 2015

Mess Night ILTU

Mess Night or Makan Beradat...adoi bunyi pun agak menakut kan...maklum ler makan beradat kena jaga semuanya...ni kali ke 3...pertama aku join masa di kuantan buat di base ajer....kali ke 2 time mengandung Aqil buat di Gambang Beach Resort....dan kali ni di Casuarina Meru....op kos la sebab hubby dah bertugas di ILTU Ipoh....Majlis ini untuk meraikan kedatangan staff baru...bertukar dan bersara...

Seronok???? ermmm entah la bila hubby bagi tau jer kena join aku dah terpiker dress n make up hahahhaha teruk betoi la aku ...mau tak nyer aku bukan jenis tacap2 ni.... malam tu aku pakai baju yang beli kat Kak Ikin masa dok Klang...dah berapa tahun baju tu tersimpan entah ler...mujur muat...hubby pun dah risau bila aku kata pakai jer ler baju apa pun...hahhahaha sure risau bini dia tak mengancam  malam tu.

Bukan tu saja makan beradat ni kena jaga tingkah laku ...sampai makan pun kena ada cara nyer.... ingat lagi mula2 dl hubby siap ajar macam mana nak pegang cawan...sudu dan  makan dengan tertib..kahkahkah seksa rupanyer tapi aku bukan jenis macam tu mengelewo jer kepala aku negok orang ..kalu hubby yer udah gruper robot jer...siap aku sound langsung tak leh bergerak ker???

taraaaaaaaaaaaa

pose sebelum masuk dewan
curik2 ambik gambo hehehhe

with Ina wife Sjn Masol 

sontotnyer hakuuuuuuuuu
hijau, purple n kuning...kebetulan hahahha
Ina n Laila aku kenal masa dok kat kem bt 10...

Kpl Laila ( army darat ) wife Fsjn Riduan aka Ustaz



tegok muka langsung tak tenyeh apa2 huhuhu

last menu..bunga tu dapat sblm masuk dewan

menu2 nyer....aku leh pi tang desert jer...yang lain ke laut hahahahha

alamak...senge gak , lagu2 yang dimainkan 

tegok tu siap nama.....


Sabtu, 3 Januari 2015

Baru ku tau - Sejarah Kellie's Castle

Semalam ader aku entry pasal aku jenjalan kat Kellies Castle....adoi aku dah salah fakta....malunyer sejarah dalam negeri sendiri pun  aku tak tau...so kali ni aku perbetulkan apa yang tak betul ...minta maaf banyak2... 
Kat sini ader sikit sebanyak tentang Istana itu...fakta ni  aku ambik kat wikipedia dan  laman Web Rasmi  Batu Gajah... apa la aku ni mati2 aku ingat Kellie tu nama wife dia rupanyer Anges...hehehe sori yer... dan tapak istana yang macam tak siap tu  bukan 'bekas' tapi baru nak bina , terbengkalai suku jer kot baru siap 


 Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.


Mendiang William Kellie Smith ( 1870 - 1926) 
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Terowong rahsia

Tak pasti tu umah apa...mungkin pekerja kot

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bilik Linen

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Bilik penyimpanan arak

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Ruangan koridor yang sering dikatakan terlihat  roh willian Kelllies Smith merayau-rayau


Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Ruangan lif

Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.
Terbengkalai...




Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.
Walau bagaimana pun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellies Smith meninggal dunia di Lisbon Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahu. Sungguhpun Kellas house atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina' namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah.

Istana Kellie's

Jumaat, 2 Januari 2015

Kellie's Castle

Alhamdulillah dapat gak aku g ke sini...dah 20 thn baru ni aku dapat jejak ke sini lagi.... makin cantik tempat ni. Cuaca pun cantik semalam dapat le bergambo sakan...Saja bawak anak2 jenjalan ,,,abah pun kata dia lama dah tak  ke mari so apa lagi kebetulan off day semalam...berjimba ler kami ke sini.... Istana yang penuh kenangan kisah kasih sayang dan cinta pada isteri  maka terbina lah istana ini tapi sayang hanya separuh yang siap...Isteri sakit dan meninggal so tinggallah istana ni separuh siap...Kalu tak silap aku la begini la cerita nya...tak pa nanti aku cari cerita yang sebenarnya...tunggu yer sebelum mai kita layan pic2 ni dulu betapa cantik nya suasana nya dah macam dok kat England
Ahli rombongan hehehe

Cantik kan.....

Macam dok kat England....

My daddy...dia hepi aku pun hepi ..tapi kalu dia stress aku double stresssssssss hahahaha

My laling  n askar2nya...

tapak istana lama...

Suka pic ni...bukan senang Along nak pose macam tu dengan anis...selalunyer anis yang dok wat mcam tu ker Along

sebelum 'panjat' pose dulu

tapak lama

tingkat dua...tepi aku tu yang paras kepala tu court tenis...keta dalam 3 4 bijik leh park

style omputih

ayokkkkkkkkk atutnyerrrrrrr

cuaca indah pic pun cantik

i like this pic...cantikkkkkkkkkkk sangat2

stress!!!

aik!!! baru 2nd day tahun baru dah stress hahahha mau tak stress benda banyak nak up date notebook  lak cam hampeh,,,,adoi sakit nyer ati kitaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. geram2 nanti ler aku beli tipon besar screen ko ni  padan muka ko note book. Pasai pa tak leh nak publish pelik btoi la...laju dah masuk pic nak publish tak leh pulak...nak save pun  tak leh...ok ler nanti aku try sat g...
Kapal medan nak sampai dah babai

SALAM

Khamis, 1 Januari 2015

Selamat Datang 2015

  
welcome 2015


Selamat Datang 2015.....dah 2015 yer  tapi rasa 1995 lagi kahkahkah. Anyway aku hanya mengharap kan yang terbaik buat diri aku dan keluarga.....
 Azam??? Sambung yang tahun lepas punya kot ...hahahhaha nampak nor tak berazam punya orang.  Anyway kali pertama entry di awal tahun ni tak yah ler banyak2 ....kita simpan dulu yer... citer tahun lepas pun tak habis update lagi.

Biarlah 2014 berlalu dengan kesedihan, kekecewaan...yang pasti aku mengharap kan 2015 lebih indah lebih hebat lebih bahagia yang akan berlaku...dengan izinNYA

Bagi aku tahun 2015 tahun cabaran bagi aku...cabaran mental dan fizikal..... Insya Allah semoga Allah permudahkan segala urusan ku Amiinn