Isnin, 15 Disember 2014
Abah
Dah 2 minggu abah dok dengan aku...ermmmmm makin selesa dia Alhamdulillah. Dalam usia 76 thn macam2 penyakit yang ader tapi abah ni jenis suka makan ubat n suka dok hospital hahahhaha jangan tak caya apa juga ubat yang orang syor kan sure dia nak cuba. Tak pasai2 dalam 2 minggu lepas dia kena pakai pampers... risau gak aku apakehe nyer...rupa nyer kisah bermula bila Abah rasa yang di payah nak shishi....apa lagi ajak ler Yop g kenek....Yop ajar wat senaman tapi Abah biasa ler mana mau dego ajak gak g ...so doktor pun bagi injek dah Abah yang nak .... balik umah, Yong dah pesan jangan makan ubat sbb doktor dah injek..eh2 Abah tarak mau dengar makan pulak ubat apalagi menitis2 ler shishi tak sempat nak ke toilet...udah haru biru...... eh2 ader pulak yang pelawa makan ubat tahan shishi adoiyai!!!!!!! Abah ...Abah.... makan pulak kesudahnya pakai pempers dari sihat2 ni tak pasai2 pakai pampers....
Dia siksa la sikit nak dok umah sorang takut.... nak dok umah yong pun bukan ader sapa lagipun tido bawah bawah payah nak bangun n toilet pun jauh.....Aku pun pelawa la...lagipun aku mmg kesian Abah dok sorang...petang jer bawak ler beg gi umah Yong...maghrib gi masjid lepas Isyak baru balik umah yong...Lepas subuh berangkut lak balik umah kampung....siankan dah tu mai ler umah aku nak dok umah kak Yang tau2 ler Abang Ngah kang dihalau nyer Atok hu3 Tak yah pening2 mai jer dok dengan aku tapi sian gak ler tak dapat nak g masjid nak cap teh pun motor tak der...motor aku dah hantar kampung bagi ker dia...
Bukan susah pun nak jaga Abah ...makan minum tak cerewet janji ader kuah2 leh dia hirup. Sebelum Abah datang pun aku dah start bangun pagi wat bekpes n lunch untuk Ammar sebab dia tak mau g umah pengasuh yang Aqil dok sekarang.... Start 5.30 aku bangun siapkan apa yang patut...balik keje terkejar2 lak siapkan minum petang...malam pun pike nak makan apa...
Tapi dalam masa abah dok dengan aku , aku dapat rasa 1 kepuasan dan nikmat menjaga dia.... sebelum ni dok berulang ke kampung jeguk dia rasa biasa jer...tapi sekarang lebih menghargai... entah dia atau aku yang pergi dl so aku hargai apa yang berlaku sekarang...sekurang2nya dapat gak aku berbakti pada Abah...Mak dah mmg tak sempat ler. Yong untung dapat jaga Mak sampai akhir hayat..beso pengorbanan Yong.
Tahan perangai Abah??? hahahaha biasa ler orang tua..ader ajer tak kena dimata dowang so pandai2 la cover.... Jenis aku banyak diam , bila Abah bersuara biarkan dia nak luahkan pendapat layan jer tak larat nak dengo wat2 marah anak2 hahahahha ok la kan dia penat tak larat nak dego budak2 ni bergaduh masuk bilik tido hahahaha
Okey ler nanti aku citer lagi pasai Abah..oh ya kalu nak tau Abah besday dia sama bulan dengan ku so perangai Abah sama tak perangai aku??????? hahahahhaha
bye SALAM

Ahad, 14 Disember 2014
Lesu Seorang Isteri......
PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.
Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...
Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.
Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...
Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.
Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.
Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.
Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.
Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...
“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”
Soalan saya terbiar tanpa jawapan...
Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...
Minta terus terang
Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.
“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-
“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”
Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.
Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.
Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.
Surat jadi penyebab
Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.
Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...
Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.
Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...
Mah...
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.
Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.
Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.
Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?
Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.
Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.
Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tekun korang baca yer.... citer ni tak tau ler real story or rekaan semata2 mungkin untuk buka minda kita semua, bagi aku aku tak sebelah mana2 pun malas aku wat sakit kepala jer nak mikir hal orang...jadikan iktibar cukup... Dah sejuk pun citer ni kalu 2 3 minggu lepas yer berapi2 orang dok citer pasal Mah hahahhaha.... selamat beremosi
Khamis, 11 Disember 2014
Cinta Hatiku
11 Disember 2012 - 11.12.11 cantik kan tarikhnya
Alhamdulillah..... hari ni genap usia anak Ibu
Muhammad Aqil 3 thn..Ibu doakan agar anak Ibu
menjadi anak yang soleh...anak yang mendengar
kata dan berjaya di dunia dan akhirat.
Ibu sayang Aqil ketat2...
Abah, Along n Kak Ngah juga
sayangggg Aqil...... ♥♥♥
biarlah gambar berbicara...betapa cepatmasa berlalu...rindu saat babymu ...hu3 sekarang dah banyak mulut...tak sanggup kadang2 nak mendengar celoteh yang hanya paham adalah ibu ( kdg2 wat paham jer hahahahha )
sesi sembang dengan aqil
Ibu - Aqil ..nama abah apa
Aqil : Dullah
Ibu : Nama Ibu
Aqil : Yah
Ibu : Nama Along
Aqil : Ammar
Ibu : Nama Kakak
Aqil : Nismimi ( Anis Syamimi )
Ibu : Kalu nak makan baca apa?
Aqil : Allahumma ape bu ( jawapnya ibu le kena sambung )
Ibu : Dah kenyang kena cakap apa
Aqil : Alhamdullah ( time kalu anis dego mesti ngekek dia suka )
Ibu : Aqil nak tegok citer apa?
Aqil : ter tun...tu nam nam ( citer kartun kat 611 -astro sure dia terbalik kan jadi 166 hahahaha)
Ibu : Aqil dah makan ker , makan apa?
Aqil : tan cik auk lor yam tan tup ( makan nasik lauk telor ayam ikan sup hahahaha so sweet )
Jumaat, 21 November 2014
Apam Susu
Menarik dan tetarik kan...kan... bab2 kukus ni aku leh ler layan hehehe bab bakar membakar ni kureng sikit ...apa2 pun gambar n resepi ni aku copy paste dari FB , cuba jangan tak cuba yer......
Bahan-bahan :
4 bj telur
2 cwn tpg gandum
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
perwarna kesukaan
2 cwn tpg gandum
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
perwarna kesukaan
Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrapa bahagian & warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak

~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.
APAM SUSU VERSI 2
APAM SUSU VERSI 2
Bahan-bahan :
2 cwn tpg gandum
1 s/k baking powder
** ayak sekali, ketepikan
2 cwn tpg gandum
1 s/k baking powder
** ayak sekali, ketepikan
4 bj telur
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
4 s/b myk msk
perwarna kesukaan
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
4 s/b myk msk
perwarna kesukaan
Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt,kaup balik
- masukkan myk msk, kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt,kaup balik
- masukkan myk msk, kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak
~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~
APAM SUSU VERSI 3
Bahan-bahan :
APAM SUSU VERSI 3
Bahan-bahan :
2 cwn tpg gandum
4 s/b susu tpg
** ayak sekali, ketepikan
4 s/b susu tpg
** ayak sekali, ketepikan
4 bj telur
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
perwarna kesukaan
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
perwarna kesukaan
Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak
SELAMAT MENCUBA!!!
Ahad, 9 November 2014
Demam yang pelik ...
Dugaan...dugaan... malam jumaat lepas aku telah diserang demam waaaaaaaa. dah lama tu tak demam last demam masa aku g kuching tu pun sebab kepanasan bershoping kat pasar sarikin , tau jer ler kan kuching cuaca panas macam mana ...sana jam 10 dah macam jam 1 hu3 mau tak tumbang aku......
Kononnyer kuat lagi pagi jumaat tu gi keje tapi dah kesejukan tahap kutub utara selatan ...husben ajak g RSAT...last2 mintak MC sekali , balik jer terus zzzzzzz sedar2 jam 5...tak daya beb badan lenguh2
Semalam dapat ler rest 1 hari tapi rest2 pun dah nama pun dok umah ader anak laki tak kan nak bagi kebulur...nak tak nak ke dapur gak aku....
Hari ni keje ahad beb mmg takader jiwa ler keje ahad busan2......anyway dah nama pun keje nak tak nak terpaksa ler udah ler ari der kapal medan mmg tak leh rest ler..... Tapi demam ni lain mcam sikit ler..masuk makan jer rasa pening macam tak pijak lantai pun yer....pelik2
Tekak pun rasa payau semacam ,,,,aduh2!!!! jangan pelik2 sangat ler...
K ler nak pi cafe jap tekak dok rasa nak teh tarik n roti bakar ( konfius gak ni hu3 )
INGAT!!! jangan pelik sangat2 yer waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Langgan:
Catatan (Atom)