Ahad, 14 Disember 2014

Lesu Seorang Isteri......

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.

Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.

Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.

Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.

Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.

Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.

Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.

Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.

Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tekun korang baca yer.... citer ni tak tau ler real story or rekaan semata2 mungkin untuk buka  minda kita semua, bagi aku  aku tak sebelah mana2 pun malas aku wat sakit kepala jer nak mikir hal orang...jadikan iktibar cukup... Dah sejuk pun citer ni kalu 2 3 minggu lepas yer berapi2 orang dok citer pasal Mah  hahahhaha.... selamat beremosi

Khamis, 11 Disember 2014

Cinta Hatiku

11 Disember 2012 - 11.12.11 cantik kan tarikhnya

Alhamdulillah..... hari ni genap usia anak Ibu 

Muhammad Aqil 3 thn..Ibu doakan agar anak Ibu 

menjadi anak yang soleh...anak yang mendengar 

kata dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu sayang Aqil ketat2...


Abah, Along n Kak Ngah juga

sayangggg Aqil...... ♥♥♥







biarlah gambar berbicara...betapa cepatmasa berlalu...rindu saat babymu ...hu3 sekarang dah banyak mulut...tak sanggup kadang2 nak mendengar celoteh yang hanya paham adalah ibu ( kdg2 wat paham jer hahahahha )


sesi sembang dengan aqil

Ibu -  Aqil ..nama abah apa
Aqil : Dullah
Ibu : Nama Ibu
Aqil : Yah
Ibu : Nama Along
Aqil : Ammar
Ibu : Nama Kakak
Aqil : Nismimi ( Anis Syamimi )
Ibu : Kalu nak makan baca apa?
Aqil : Allahumma  ape bu ( jawapnya ibu le kena sambung )
Ibu : Dah kenyang kena cakap apa
Aqil : Alhamdullah ( time kalu anis dego mesti ngekek dia suka )
Ibu : Aqil nak tegok citer apa?
Aqil : ter tun...tu nam nam ( citer kartun kat 611 -astro sure dia terbalik kan jadi 166 hahahaha)
Ibu : Aqil dah makan ker , makan apa?
Aqil : tan cik auk lor yam tan tup ( makan nasik lauk telor ayam ikan sup hahahaha so sweet )

Jumaat, 21 November 2014

Apam Susu

Menarik dan tetarik kan...kan... bab2 kukus ni aku leh ler layan hehehe bab bakar membakar ni kureng sikit ...apa2 pun gambar n resepi ni aku copy paste dari FB , cuba jangan tak cuba yer......


APAM SUSU 1

Bahan-bahan :
4 bj telur
2 cwn tpg gandum
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
perwarna kesukaan
Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrapa bahagian & warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak



~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.


APAM SUSU VERSI 2


Bahan-bahan :
2 cwn tpg gandum
1 s/k baking powder
** ayak sekali, ketepikan
4 bj telur
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
4 s/b myk msk
perwarna kesukaan
Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt,kaup balik
- masukkan myk msk, kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak


~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~


APAM SUSU VERSI 3


Bahan-bahan :
2 cwn tpg gandum
4 s/b susu tpg
** ayak sekali, ketepikan
4 bj telur
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
perwarna kesukaan
Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak


SELAMAT MENCUBA!!!

Ahad, 9 November 2014

Demam yang pelik ...

Dugaan...dugaan... malam jumaat lepas aku telah diserang demam waaaaaaaa. dah lama tu tak demam last demam masa aku g kuching tu pun sebab kepanasan bershoping kat pasar sarikin , tau jer ler kan kuching cuaca panas macam mana ...sana jam 10 dah macam jam 1 hu3 mau tak tumbang aku......

Kononnyer kuat lagi pagi jumaat tu gi keje tapi dah kesejukan tahap kutub utara selatan ...husben ajak g RSAT...last2 mintak MC sekali , balik jer terus zzzzzzz sedar2 jam 5...tak daya beb badan lenguh2

Semalam dapat ler rest 1 hari tapi rest2 pun dah nama pun dok umah ader anak  laki tak kan nak bagi kebulur...nak tak nak ke dapur gak aku....

Hari ni keje ahad beb mmg takader jiwa ler keje ahad busan2......anyway dah nama pun keje nak tak nak terpaksa ler udah ler ari der kapal medan mmg tak leh rest ler..... Tapi demam ni lain mcam sikit ler..masuk makan jer rasa pening macam tak pijak lantai pun yer....pelik2

Tekak pun rasa payau semacam ,,,,aduh2!!!! jangan pelik2 sangat ler...

K ler  nak pi cafe jap tekak dok rasa nak teh tarik n roti bakar ( konfius gak ni hu3 )

INGAT!!! jangan pelik sangat2 yer waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rabu, 22 Oktober 2014

BERUAS DAN CERITANYA....

Hai... semua kali nie aku nak kenalkan korang dengan satu lagi tempat menarik yang terletak dalam negeri Perak iaitu Beruas.
Pekan beruas ni cuma pekan kecil yang berada didalam daerah Manjung ia terletak di tengah-tengah perjalanan diantara Taiping-Lumut-Ipoh-Kuala Kangsar, jarak perjalanan melalui jalan raya dari IPOH ialah 57 KM,dariTAIPING 55 KM,dari KUALA KANGSAR 50 KM,dari LUMUT 50 KM dan dariPANTAI REMIS 22 KM.

Pemandangan pekan Beruas waktu kitaorang sampai kat sini


Bagi korang yang datang ataupun tersesat kat sini ada 2 tempat yang pada pandangan aku wajip korang lawati
         1. Muzium Beruas
         2. Air Terjun Ulu Licin

MUZIUM BERUAS
Bagi korang yang dah biasa dengan tempat ni perkara pertama yang korang terfikir bila sebut beruas ialah air terjun ulu licin, tapi sebenarnya kat sini jugak ada sebuah muzium yang pada aku tak kurang menarik nya.
Untuk korang yang meminati sejarah tentu korang tau beruas satu ketika dulu adalah salah sebuah kawasan penempatan tamadun awal di perak, em.. sebenarnya dua tamadun awal iaitu kerajaan melayu beruas dan yang paling terkenal Gangga Negara. (cukup lah pasal Sejarah ni ) berbalik pada muzium ni untuk pengatahuan korang disini dipamerkan lebih kurang 300 koleksi barangan seperti pinggan mangkuk dan tembikar yang dikatakan berasal dari nagara China, Belanda serta England selain dari itu terdapat juga periuk tanah, batu giling, wang timah berbentuk kura-kura dan barang tembaga. Tetapi yang paling menarik ialah sepucuk meriam tembaga seberat 128 kg ( kalau jual timbang kilo mahal ni ) yang diperolehi di kampung pulau meranti pada tahu 1986. Jadi jangan lupa singgah ke muzium ni bila korang datang ke sini nanti tau.
Muzium ni dibuka dari pukul 9.30 am hingga 5 pm setiap hari, masuk adalah percuma.

Kat bawah ni ada sikit gambar yang aku ambil untuk tatapan korang :

Papan tanda pintu masuk ke muzium Beruas

Meriam yang di jumpai di kampung Pulau Maranti

Koleksi duit timah yang di pamirkan


Sebahagian daripada tembikar yang dipamirkan


Bagi korang yang tak pernah tengok batu giling zaman lampau ni lah rupanya



AIR TERJUN ULU LICIN
kali pertama aku datang kesini adalah sewaktu xpdc berbasikal pada zaman persekolahan aku ( 60 KM tau ) , masa tu kawasan ni taklah terkenal sangat seperti sekarang tetapi tempatnya memang cantik dan sesuai untuk menjadi kawasan rekeasi untuk sekeluarga terutama pada hujung minggu.
Kawasan air terjun ini terletak didalam hutah simpan kekal Bubu, kalau dari pekan Beruas lebih kurang KM masuk kedalam melalui kawasan perumahan, ladang kelapa sawit dan kebun getah, jadi kalau korang nak datang aku rasa elok lah dengan kenderaan sendiri kerana agak susah untuk dapatkan kenderaan untuk keluar masuk kawasan ini.
Kawasan air terjun ni terbahagi kepada beberapa tingkat tapi yang paling sesuai untuk seisi keluarga terutama mereka yang ada anak kecil adalah bahagian tengah kerana aliran air nya tak terlampau deras dan dalam,sayang nya bahagian bawah dah tak dijaga seperti aku mula-mula datang dulu sebab tak ramai orang mandi kat sini kut.
Antara aktiviti yang boleh korang lakukan kat sini selain mandi-manda dan skoding orang (aku tak buat kerja  ni sebab aku jejaka baik hie...) ialah :
   -Jungle tracking - ada laluan disediakan.
   -Camping
   -BBQ 
atau sekadar berehat sambil menikmati pemandangan hutan yang indah pasti dapat menghilangkan penat korang semingguan bekerja atau belajar. Kat bawah ni ada sikit gambar kawasan air terjun yang aku ambik untuk korang tengok, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan hanya gambar kawasan air terjun sebelah bawah saja yang korang boleh nampak maapye.

ps: bagi korang yang datang sini tolonglah jaga kebersihan tempat ni jangan lah buang sampah merata-rata 
     sayang aku tengok tempat ni dah mula jadi tong sampah.


 Papan tanda simpang masuk ke air terjun ulu licin betul-betul kat tengah-tengah
pekan Beruas



 Selepas masuk kawasan ladang kelapa sawit kalau korang tak jumpa papan
tanda ni maknanya korang dah sesat



Tiga gambar kat bawah merupakan kawasan air terjun bahagian bawah tingkat dua










Selain daripada dua tempat diatas korang yang datang kesini juga boleh melawat Kampung Kota yang terletak kira-kira 3 KM daripa pekan beruas.
Kat sini terdapat peninggalan sejarah seperti perkuburan raja yang dikabarkan milik Raja Beruas I dan II serta ratusan kubur lama,selain daripada tu aku juga diberitahu kat sini ada tapak pintu gerbang kerajaan Melayu Beruas.(tapi aku tak jumpa tapak ni sebab kesuntukan masa)

P/S :- COPY PASTE DIKEMBARA.BLOGSPOT

Serius aku katakan walapun aku dari beruas tapi aku tak der info mcm ni hu4 malukan.... tapi yang pasti beruas banyak kenangan buat aku tambah pondok telipon kat pejabat pos tu  huh!! seyes byk kenangan maklum ler nama pun tempat lahio ku..... Anyway tqvm buat kaki jalan 

Isnin, 20 Oktober 2014

Rumah Impianku......

Salam senin semua...adoi bertambah malas aku dah sekarang ni nak update...bukan tak der idea tapi bila dah megadap game FB hahahahhaha payah dah ler. Aku on FB pun sekadar nak like apa yang patut pastu gane kah5
Takpa2 jangan sampai bersawang udah setakat sebulan 1 kira okey ler tu...( nak cover diri ler tu kihkihkihkih )  okey ler tu ni jer aku nak post ( jangan mare yer  my blog  suka la nak post apa kan...kan.. )
Okey ler dah terlajak aku berceloteh ni aku nak kongsi dengan anda semua ( mcm ler ramai sangat layan layan blog aku ni hu3 ) kongsi tentang umah impian aku......tak sabo rasanyer nak dok umah sendiri deco2 bagai.... 
Aku tak ler nak mewah2 sangat just simple2 pun dah cukup bersyukur...janji dok umah sendiri. harap2 apa yang aku impikan tentang umah dan deco nyer jadi kenyataan...
Ni warna impian aku kat bilik tidur utama HIJAU!!! 
rasa aman dan damai jer kan kan.... 


Ni antara kabinet2 yang menarik...aku kena pandai pilih maklum ler my kitchen adoiyai  kocik bebeno...iye ler barang2 banyak nak sumbat kat mana ler agaknya nanti...tang warna aku tak pasti sebab semua shantik2 belaka2...hrmmmmm

 yang of coz la tak blh capai sebab ruamg umah kecik tapi yang nak kongsi warna dia,,HITAM MERAH....my hubby cakap mcm tuttttt...hu3 jangan ler mcm tu pandai2 ler susun nanti sure cantik tapi aku nak warna hitam merah ni kat ruang nonton ye
ni ruang majuk aku...shantik tak????? akan ku usahakan jadi mcm ni tak 100% pun 70% jadi ler hehehehehe


Anak teruna ada 2 orang so kena pandai ler pilih katil mcm mana...anak dara sorang jer senag tapi awa2 dan request warna pink kat bilik hahahhaha aku senang warna purple  pink dan anak teruna warna biru hijau...tapi biru atas sekali tu cantik kan....
Gambo yang tengah tu menarik pink dia ....

Impian demi impian semoga tercapai la apa yang aku inginkan tak 100% 70% pun aku dah bersyukur...sekarang ni nak piker budget jer...nak hitung n kira btoi2 jangan salah kira nanti bikin kepala jadi botak.....

Semua gambar di atas aku cilok dari internet jer....mmg aku dah mabuk tentang deco umah semua lama aku on tapi setakat aku mampu ler hehehhehe

Okey setakat hari ini aku mengomel sampai ketemu lagi chow sayang....( sapa ler mangsa sayang tu yer kahkahkha )