tak tau nak cakap apa...nak story bab apa, sbb skrg ni btoi2 stress giler.!!!!!! susah nak cakap hanya DIA yang mengetahui. Ya Allah.. aku mohon padaMU permudahkan lah segala2nyer....
Isnin, 10 Februari 2014
Jumaat, 31 Januari 2014
Happy CNY......kebaboommmm
Happy CNY....waaaa meriah u malam tadi berkaler2 langit. Tapi mmg ader design baru heheheh cantik woooooo sbb tu mata mmg berat jer ni. Kena keje lak tu kalu tak sedap wat taik mata..hehehehe
Malam tadi hubby siap rekod lagi..hu2 mana tak nyer atas pala jer dok bercahaya..anak2 ermmmm lena mcm tak der apa yg berlaku.
Kalu ikut perancangan petang ni aku balik kampung sok nak g umah Cu Lila kat Besout...ermmm tak der harapan kot, tayar keta tak elok lak. Frust rasanya kalau tak dapat pergi. Hubby lak turun sini...janji nak soh tunggu kat sana jer...entah mcm mana dia lak nak balik sini... hu3 Nak cari tayar paham2 jer ler time raya ni ...semua kedai tutup. Mmg payah kalau CNY ... semua tutup. Tegok la mcm mana kalu ader rezeki dapat la g kenduri Hambali n Nik Maria....ermmm kalu tak balik taiping jer ler..hu3 hantar Ammar n Anis balik aserama....
Ahad, 26 Januari 2014
2 in 1....apa2 aje lerrrr
Salam...ya Allah punya la lama tak jeguk umah , blh lupa password adoiyai!!!!!!! apa la punya tuan punya umah ni....apa pun tak boleh!!!! hehehhehe
So sebagai ikthibar jangan lupa la 'umah' ni ...sesekali jeguk la yer.....dapat yang baru lupa yang lama tak gitu...ermmmmm
Dah masuk 26 hari di tahun 2014 kan??? pejam celik pejam celik dah separuh bulan januari dah kita ...so apa yang terjadi selama 26 hari ni???? Aku mcm biasa ler makin sunyi semenjak awal tahun 2014 ni.... anis dah sekolah...sekolah lak kat kampung. Tinggal la aku dengan si bambam. Mujur la PY n Uda ader balik tiap2 hari, hilang sikit sunyi aku. Minggu ni aku tak balik In Shaa Allah minggu depan aku balik kot sekejap. Lagpun ader jemputan kawen mu kazen di Sungkai....so apa lagi
Ok la di hari minggu ni sapa yang dok umah syok la korang...aku gak dok bertempek kat opis..jap lagi nak cabut dah cari lunch hu3
Anyway selamat tahun baru 2014...hahahhaha sadis tak dah 26 hari baru wish..suka hati wa la kan???? Oh ya 23hb yang lepas my aniversary so....aku ni baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 10 thn...waaaa dah 10thn yer ...anak pun dah 3org yg lain 3 gak,....kalu tak 6 dah hu3. semua kuasa DIA...
Apa2 pun aku mendoakan yang terbaik untuk aku, hubby n anak2.....aku akan jaga rumahtangga aku sebaik mungkin...hingga akhir hayat... Aku bukan lah yang terbaik tapi aku akan sedaya upaya menjadi yang terbaik buat hubby dan anak2.
Terima kasih buat hubby yang menerima ku seadanya... i love u so much dunia dan akhirat.... buat anak2 ibu, walaupun ibu garang tapi kena ingat ibu garang mesti ader sebab, sebab nak jadikan anak2 ibu insan yang HEBAT dunia n akhirat jangan kata n ingat ibu garang sebab tak sayang...sebab sayang la ibu garang tau....AMMAR , ANIS & AQIL ibu sangat sayang kamu semua...sayang ketat2.....
Ahad, 1 Disember 2013
Dalam Kenangan Ahmad Ammar Ahmad Azam...
Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan | Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Siapa yang tidak kenal dengan anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Seorang remaja anak jati Malaysia yang Syahid pada 2 November lalu. Harini Dr Fuh nak share sedikit tentang biodata Ahmad Ammar dan sedikit sebanyak perjalanan hidup Allahyarham Ahmad Ammar sehingga beliau disemadikan. Semoga perkongsian ini membuka mata kita khususnya yang beragama Islam supaya mengikut jejak langkah Allahyarham.
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
- See more at: http://fuh.my/biodata-ahmad-ammar-dan-perjalanan-hidup-hingga-disemadikan/#sthash.4Jl6LqCL.dpuf
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Kenapa Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki?
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Sedikit Catatan Yang Kongsikan Dari Wall Puan Nur Azlina, Ibu Ammar
Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…
Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:
“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”
الفاتحة
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين
آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ
p/s copy n paste...
Al-Fatihah....Aku tidak mengenali siapa Ahmad Ammar sehingga aku melihat video dr GPTD- Ahmad Ammar Dalam Kenangan ( 1993 - 2013 ) ...Ya Allah hebat betul Ibu n Ayah nya sehingga mempunyai anak yang sedemikan rupa... Mampukah aku menjadi seperti Puan Nur Azlina??? Anak ku juga bernama Muhammad Ammar..... mampukah aku mendidik sehingga menjadi seperti Ahmad Ammar???? setiap kali aku melihat pasti air mata aku bergenang..entah kenapa.. Ya Allah sesungguhnya janjiMU pasti.. tenang dan damai lah adikku Allahyarham Ahmad Ammar ..pasti syurga milikmu.....pergimu sebagai Syahid Yang Tertangguh...Amiinn
Rabu, 20 November 2013
Tip Untuk Isteri Kesayangan Suami...
Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilakukan oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
- Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
- Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
- Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
- Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
- memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
- bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
- Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
- Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
- Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
- Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Semoga tip-tip ini mampu membantu anda menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.
Isnin, 4 November 2013
Langgan:
Catatan (Atom)