Rabu, 11 Januari 2012

Aqil di usia 30 hari...

Ermmm...dah masuk 30 hari usia Aqil... sekejap kan???? Tapi dalam sehari 2 ni le pulak..dia wat perangai..selalu muntahkan susu...minum tak ter hingga... pastu blm lagi burp...dah jeluak...ish!!! ai ni bab tu yang ai takut tu... korang pernah alami tak??? masa Anis dl cukup ler sekali...berhenti jantung ai ni...disebabkan kuning...kononnya bagi minum banyak...yang Ibu agak kebodohan dan tak pike panjang...bagi minum dalam keadaan baring.....hah!!! apalagi tersedak ler ...tak keluar air mata dibuatnyer...Tuhan je ler tau masa tu.... kering darah dibuatnya...
Yang si Aqil ni....entah ler kenapa... terlebih minum ker.... atau kuat sangat mengeliat... So, tadi ai servey2 ler...rupa2yer mmg ader kes ni...kdg2 sampai 4 5 6 bulan baru baby ok...ish!!! penat ler macam tu...sian dia... nak kita pun sentiasa kena pandang dia...
Semalam seharian dia tak tido nyenyak...malam lak mujur ok....tak muntah lak..siang ni jer....takut sangat kalu keluar kot idung....adoiyai!!! dah umo sebulan ni le pulak nak datang benda2 macam tu... so korang baca ler apa yang aku kongsi kat BLOG MAMA A.N yer.... tu semua untuk panduan para ibu2...
Ai ni memang cukup takut untuk menjaga baby walaupun ni anak yang ke 3... selagi belum cecah usia 6 bulan...tido memang tak lena...dan mata tak lepas pandang.... takut sangat2, baby tau menangis jer, bukan blh cakap kalau sakit or apa2 pun...nangis sebab lapo, basah, kembung perut....Sebab tu pantang mcm tak pantang jer....hu3..Anak beb!!! susah payah kita mengandung dan melahirkan.....sure ler nak pastikan dia sihat sempurna..Apa2pun 1 2 ni memang agak memenatkan sikit...tambah lak cuaca dok mendung dan hujan jer ni...so nak zzzz sat sementara si kecik zzzz..he3.

Apa itu muntah susu????

Petikan dari : Portal AlamHamil

Apa itu muntah susu?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Gejala dan simtom

Keluar secara 'effortless'

Muntah terjadi sebaik minum susu

Muntah selepas sendawa

Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu

Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu

Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.

Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu

Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa

Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur

Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur

Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.

Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.

Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:

Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi

Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi

Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?

Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Tip untuk menyusukan bayi

Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.

Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.

Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.

Pakaikan lampin dengan lebih longgar

Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

p/s Copy paste dr BLOG MAMA A.N

Isnin, 9 Januari 2012

KENANGAN 2O11

Dah 9 hr masuk 2012 baru nak wat entry ni,,,uik!!! suka hati ai ler.... anyway tahun lepas banyak rasanya kenangan2 yang manis dan tak lupa gak kenangan yang masam2,,,otak aku tak le mcm komputer leh ingat semuanyer...just antara bulan2 yang aku rasa aku nak ingat jer,,,,

Februari
Bulan ni ai n family g join trip ke KB....konvoi dengan kengkawan hubby... Dalam masa yang sama gak... jenjalan aku agak terganggu disebabkan aku demam...hu3. Dah lama tak demam,,tut2 g jalan kena virus ni lak...waaaaaaaaaaa, anyway aku hepi gak... Dan bulan ni gak Along Tapa bertunang dengan Ecah orang johor...dan Pak Teh Razi selamat menjd somi kepada seorang misi ...juga orang Raub... so memang bulan ni aku jalan jer....Tapi yang paling aku tak sangka aku xcident motor...hu3, xcident dalam kem ni jer, tapi kesan sampai skrg...mujur ler tak teruk...ermmmm, salah ai...memang salah ai pun.......

Mac
Bulan ni ler detik2 cemas2..he3..bila ai disahkan mendapat penyakit yang hanya hinggap pada sesetengah perempuan hanya 9 bln...ha3...tak disangka tak diduga.,,,,dalam dok tepis2 tu last tersangkut gak...patut ler ai dapat demam teruk last month....rejeki2....dan jangka pada 3hb Dis...

April - Jun
Biasa ler ai melalui kehidupan sebagai seorang perempuan yang mengandung...teruk rasanyer, walapun ai tak melalui alahan yang teruk tapi rasanyer dah macam org tua yang mengandung...sakit sendi sana sini...sakit pinggang...sakit punggung..hu3...seksa sangat rasanye..kalu dah sakit ai mmg tak leh nak gerak langsung...kalu kena kat dapur...tegak berdiri ler kat situ...mmg sadis betoi... Masa tu harap sangat ianya hanya pembawakan budak... yang peliknyer hanya sebelah kiri punggung sampai ke bawah yg sakit...mcm ader yg berpaut...berat sgt rasanyer....

Julai
Saat yang paling indah...dapat gak akhirnya bawak Ammar & Anis naik kapal terbang g Sabah,.....sanggup berabis pitih..janji dowang dpt ke sana..Bagusnyer dowang...kecik2 lagi dah dapat naik kapal terbang...Ibunyer pulak dah umo 32 thn baru merasa...he3..Untungnyer budak2 skrang...Memang best ler..dapat tegok tempat orang...Insyaallah kalu ader rezeki...leh bawak dowang ke Sarawak pulak........

Oktober
Sepatutnyer 1hb dah terbang ker Jakarta wat kali ke 2...hu2, tapi mana leh dah..peyot dah beso....melepas, Sian Chik ...dia pun tak g, tak der geng katanya..rugi2. So kirim mengirim jer ler...Tak pa.. tahun ni masih ader lagi..he3.. Nak g gak,,,,

Disember
Di adalah bulan yang sangat mendebarkan....ermmmm, maklum ler bakal ahli keluarga baru akan muncul..he3... Dan paling mencemaskan adalah bila terlepas due date...waaa, mcm2 kat kepala otak ni....10hb kena serah diri ker hospital...alahai!!!!!!!sedeyyyyy.......Alhamdulillah 11hb 9.37 mlm ai selamat melahirkan Muhammad Aqil..dan paling tak disangka2 my hubby menemani kat labour room sampai selamat semuanyer...... Dan paling tokojot my baby 3.55kg....adussss!!!! patut ler mcm2 dugaan ,,,rupanyer semangat rupanyer putera ku ni...he3
Dan ni adalah pengalaman yang paling tak boley ai lupakan....dan juga kali ni ai berpantang sendiri....hu3..sedey2.....

Jumaat, 6 Januari 2012

Aqil oh Aqil....


Dah 26 hari dah usia mu sayang.... Akal pun dah banyak yer..he3...
Saja jer entry kali ini..tak der apa yang istimewanya...cuba saja nak war2kan muka encem anak teruna aku ni hah!!! Macam muka sapa ler yer si kecik ni...ader yang kata muka Ibu...ader yang kata muka Ammar..muka Anis pun ader..he3..Muka Abah???? Ish!!! tak der kot...ni versi Kg kota....ha3.. Anyway aku ni busan sebenarnyer..al maklum ler...Ok ler, kita bersua di lain masa...babaiiiiii

Al-Fatihah.... Andai itu telah ditakdirkan buat mereka...

POH – Suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuhi air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75 kilometer di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.

“Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

P/S : YA ALLAH ...TEMPATKANLAH MEREKA DIKALANGAN ORG2 YANG BERIMAN DAN CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA BERDUA.... AMIN

Sian pada anak2...telah menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata... dan pastinyer mereka seolah2 telah berjanji untuk sehidup semati....


Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tinggal 2011...Selamat Datang 2012...

SELAMAT TAHUN BARU 2012......
SEMOGA TAHUN 2012 MENJANJIKAN KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN BUAT KITA SEMUA