Rabu, 8 September 2010

Salam Aidilfitri



Beberapa jam ajer lagi aku dok kat opis ni...kang masuk je bos aku nak minta izin balik awal...hahahha, apa lagi balik Kg Kota ler... Semangat raya dah datang ni.... dr malam tadi aku dah packing barang2 yng nak bawak balik....baju raya, kuih raya....pastu sempat lak shopping songkok n sampin Ammar kat Taman Tas...huhuhuhu, punya ler sesak....


Balik jer terus packing.....sampai kol 12.30.....sambung pulak bangun sahur tadi. Bangun pun bukan masak sahur...sbb hubby dah cakap dia sahur kat luar ajer....hehehe. TQ..... dia tau 'mem' dia tak larat nak buat semua benda dalam 1 masa... dia tapau kan kew tiaw tom yam jer...ish2 pg2 buta makan benda2 tu....kih3...


Barang2 dah masuk kan dalam keta separuh.... lega la sikit.... cepat sikit bergeraknyer ke kampung.... aku bukan apa teringin nak g ziarah pusara Mak....waktu paling bagus...selepas asar ari masak tu.... tahun lepas aku beraya kat Besut so tak sempat ler....


Apa2 pun kesempatan ni aku nak ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI INSAN YANG BERNAMA MARIAH MOHEMAD ALI @ AMI......BERHATI-HATI DIJALAN RAYA....BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT....


Buat Keluargaku yang tercinta...sabo yer menanti kepulangan anakanda dan cucunda, doakan agar kami selamat sampai ke rumah..


Buat kengkawan mohon ampun dan maaf andai kata ader yang terguris dan terasa....kita hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...untuk kengkawan Batch 78 jangan lupa datang umah.... raya ke 2 pukul 11 pagi... bawak keluarga sama yer...


Selasa, 7 September 2010

~ Jumaat or Khamis ~


Ish! Raya ari Khamis or Jumaat???? Huh! payah ni, bantainyer raya khamis, jenuh aku...kelam kabut nak balik kg...

Tak pa2...hubby cakap semalam nak balik petang besok.... Kita tunggu Mohor Besar Raja2....hehehehe

Ahad, 5 September 2010

63 perkara...

keluarga bahagiaTanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Sabtu, 4 September 2010

~ cepatnyer keluar ~

Alhamdulillah....
Abah dah keluar hospital...tapi pelik gak naper cepat sgt Hospital Taiping bagi keluar sedangkan...keputusan penyakit pun tak dpat lagi.... Abah pun still lemah lagi. Tadi call pun , tak bermaya jer sora....
Makan tak lalu semua rasa pahit.... miggu depan refer lagi ker hospital...tu tak kisah ler, mmg kena refer pun kan....
Alasan katil tak cukup tak logik....bukan ramai pun Abah kata... Susah kalau mengharapkan free ni...kalu aku ader duit pasti aku hantar Abah ker Hospital yg berbayar....dok situ sampai sihat sepenuhnyer....puas hati... tapi nak wat cam ner...anak abah ni bukan org berada....
Tak per ler Abah...rehat ler...jangan putus makan ubat...berdoa dan bertawakal.....Insyaallah...
Ami doakan Abah agar cepat sembuh ....dan dilindungi olehNYA...tak kira dimana Abah berada...
dan Insyaallah ...raya ni kita dapat berkumpul bersama2 walaupun ni tahun ke 2 kita beraya tanpa Mak...

Jumaat, 3 September 2010

Jantung ler pulak...

Baru kejap tadi aku sms dgn Kak Yang...Abah dah boleh bangun mandi..darah pun tak keluar lagi tapi scan tak leh wat lagi....sbb jantung Abah tak stabil. Nak tukar pampers pun jantung berdegup laju....ari ni baru nak start makan ubat jantung. Tapi semalam angin Abah dah start naik..huhuhuhu.... panggil misi lambat datang, bertempik Kak Yang kata...angin dah sampai....jangan meletup udah Kak Yang kata...ermmmmmm
Tak kisah angin apa melanda...janji Abah cepat sihat dan boleh keluar hospital....boleh beraya bersama2 kat kampung....
Tak kan nak beraya kat Taiping lak...huhuhu

Khamis, 2 September 2010

~ cian atok ~

Keadaan Abah...antara yg ada masa tu Abg Nyah....Nyah & Chik
sian Kak Yang...sempat gak dia melelapkan mata wat seketika atas riba Tati


Ni le keadaan Abah... Masa aku tunggu waktu melawat....Abah kena bawak ke bilik scan, tapi tak leh gak wat sbb darah keluar...so KIV lagi....n posa lagi...cian atok ( ayat anis bila tegok atoknyer terbaring ) Memandangkan cuti 31 Ogos...so masa melawat 12.30 hingga 7.00ptg.... apa lagi aku ambik ler peluang tunggu sampai kol 7.00....siap anis tido lagi kat situ....yang lain balik umah Kak Yang prepare utk bukak posa.....
Sekarang ni masa Kak Yang lak kena jaga Abah...dulu Yong yang jaga Mak sampai akhir hayat....berpeluang gak dowang berjasa..yang aku ni dah ler jauh..payah ler nak berjasa. Kak Yang penat ler sikit sebab nak piker Adik Ngah lagi...sementara ni Chik ader lagi n Tati...tp malam ni dah nak balik...Tapi sok Kak Nyah dah ader leh ler teman kan Tati jaga Adik Ngah pulak....Adik Ngah ok kalu sapa tak kacau dia...bukan susah pun...suap kan nasik jer...cuma ke toilet tu ler agak menyukarkan kan....tak pa ler darurat nak wat camner....