Khamis, 15 Julai 2010

Aku Cuba Untuk Tidak Mengeluh....

Ya Allah....penatnyer badan...
Semalam baru hbs Seminar IAT di Sanctuary Resort Cherating, biasa ler dok Seminar dengan usahawan dan petani dari 11 daerah. Walaupun hanya 2 hari 1 mlm tapi mcm2 kerenah dan perangai nak kena layan dengan sabar... Aku sebagai Urusetia Pendaftaran...mmg penat giler ler...


Tapi bukan citer Seminar yang aku nak berkongsi tapi rasa penat dengan keadaan sekarang.Keadaan di pejabat merangkap di Seksyen Latihan Teknikal. Entah ler, penat otak dan badan rasanya, sampai tahap nak meleleh ayo mata aku...bahu aku dah tak tertanggung beban yang ada sekarang.


G22 aku cuti sampai sok, aku tak kisah sgt sebab mungkin dia masih lagi bersedih atas pemergian anak ke 3 dia ke Rahmatullah kerana xcident....Al-Fatihah..

Boz aku???? Entah ler, tadi pun dia kena sound dengan AS sbb tak join majlis penutup kat AUT... Bukan sengaja tak mau join tapi keje kat HQ ni byk...semua nak cepat.

Yang aku penat nak uruskan LO.....ni surat2 kena jawap... keadaan aku rasanyer dah nazak sangat....aku tension sgt2...


Tapi tension tara mana pun, keje tetap aku yang kena langsaikan...bukan org lain. Nak cuti pun kena piker 2 3 kali. BUSAN!!!!!!!


Tapi aku syukur gak, aku dah ader pengalaman ni semua. Andai kata aku kena pindah lagi dan dapat pulak di state, pasti aku tak gelabah mcm mana pertama kali aku didedahkan dengan semua kerja ni... Ader benda yang akan aku belajar lagi....nak buat elaun petani...waaaaaaaaaaaaaaaaa, dah mcm kerani kewangan padahal maths aku cukup2 makan jer masa SPM dan tak pernah masuk kelas Akaun pun..huhuhu


Apa2 pun saat dan ketika ni terasa air mata aku nak mengalir sgt2...tak tau naper... emo sagt ker aku ni????????


Ya Allah ... Ya Tuhanku....

hanya padaMU aku memohon agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang aku lalui ini....

Engkau permudahkanlah segala uruskanku....


Ya Allah...Ya Tuhanku

Sesungguhnyer aku mencari rezeki yang halal buat keluargaku....

Amin2....Ya RabalA'lamin

Sabtu, 10 Julai 2010

Durian Oh Durian

Alahai....busannyer dok umah time cuti2 ni.
Pagi td dok hentam durian kat Bkt Goh...
mcm kebun sendiri lak, siap kait rambutan n manggis lagi.
Punyer ler suka Ammar n Anis....
berlari sana sini. Mcm kebun sendiri di buatnyer.
Pegi lak dengan geng askar2 ni, payah nak citer......
mujur tauke kebun ok....kalu tak mau dihalaunyer.....
tapi mcm tak puas jer makan durian, maklum ler...
byk sgt tangan...huhuhu. Ingat nak g lagi ler,
tapi kali ni nak beli jer...... makan kat umah..
nanti aku post gambo.....td aku ambik gambo kat
h/phone hubby jer...ni dia g menjala...huh!!!!
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Jumaat, 9 Julai 2010

Balasan Meninggalkan Solat.....

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w.,
"Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


Rabu, 7 Julai 2010

Ammar dgn no 11

Sejuk gak tegok result ni...
tp bab hafazan tu kureng skit....ermmmmm
huh! bahasa mcm budak sekolah menengah

hahaha.....tegok kalu xtvt ni Ammar tak dpat 'A' mesti cekgu ada problem...xtvt yg selalu Ammar wat ulangkaji kat umah..huhuhuhuhu

bab ni ler yang leh wat Ibu dia merangin....huhuhu
nak meleleh ayo mate baru btoi sikit tulisanyer....ermmmmmm

tu....no 11 daripada 24 student...
kalu ikut markah, kira ok dah tu.. lepas ni Ammar kena lebih rajin lagi...
dan jgn merungut bila Ibu soh baca surah Al-Fatihah bila nak tido yer....

Selasa, 6 Julai 2010

Ragam Nur Anis Syamimi




Sejak dah tambah umo ni...mak ai! bertambah nakal dia....kalu di marah pasti kita kena jeling, paling dasat kena cubit or jelir lidah....adus! sabo jer ler... kadang2 aku rajin gak mengusik dia...hehehe. Kalu dia cari aku mula ler....EBO.....EBO..... ermmmmm gasak ler janji bunyi gak IBU tu..hehehe...anis...anis...mcm2 kerenah anak dara sorang ni... tu belum jumpa bedak n lipticks lagi...ermmmm ...alamat penuh ler bibir tu dia tenyehnyer....hubby selalu cakap....
ANAK IBU...BIASA LER.....
mcm ler ibu ni bergaya..nak melawa jer....ish! tapi mmg anak ibu pun kan??????hehehe

Isnin, 5 Julai 2010

Julai dah datang......

Syukur Alhamdulillah......

dah masuk bulan Rejab / Julai....cepat kan masa berlalu??? Tak lama lagi Syaaban lepas tu Ramadhan.....peh! mujur posa dah hbs ganti..hehehehe

Dah 7 bulan di tahun 2010, apa yang aku dah kecapi dan lalu.....byk rasanyer. Entah ler skrg ni otak aku tak leh piker semua tu....semua perkara terjadi dgn cepat sgt..

Bulan 7 ni byk program....

13 - 14 Julai - Seminar IAT kat cherating

13 - 15 Julai - Kursus Penulisan dgn UMP kat AUT

17 - 18 Julai - nak g Raub , Pak Teh bertunang ( abg iparku )

24 - 25 Julai - hari keluarga TUDM kat Cherating

30 - 31 Julai - Along Tapa bertunang...muar, johor...

Adui ai..... penat poket dah tentu....penat badan tu ok lagi.... tapi yang pasti aku nak tunggu g Along Tapa bertunang kat johor sbb dah lama aku nak g Johor...hehhe dan 1 lagi nak g Family Day TUDM...tema thn ni hitam putih....hehehe... mesti best!